BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlu bantu pelarian Rohingya

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Ayub (empat, kanan) selepas Majlis Solat Hajat di Masjid Felda Pemanis 1.​

SEGAMAT - Isu pelarian Rohingya yang membanjiri perairan negara serantau dan Malaysia perlu dipandang serius dan kerajaan Malaysia perlu campur tangan bagi memastikan isu ini tidak berlarutan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, tragedi yang berlaku ini tidak sepatutnya dibatasi isu sempadan, bangsa, warna kulit dan agama tetapi lebih kepada isu kemanusiaan dan insani.

"Kita sering mengambil ringan isu yang berlaku ke atas saudara kita atas alasan persempadanan dan perbezaan geografi, namun nilai persaudaraan seagama dan seakidah telah membuka sempadan dan merentasi seluruh benua.

"Tindakan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan yang bertindak menghantar tenteranya untuk misi bantuan menyelamat pelarian Rohingya ini diharap mampu membuka mata pemimpin Islam di rantau ini," katanya.

Beliau yang juga Adun Kemelah ditemui selepas Majlis Solat Hajat 'Selamatkan Orang Islam Rohingya' di Masjid Felda Pemanis 1, di sini.

Menurutnya, tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) menjalankan usaha mencari dan menyelamat bot-bot pendatang Rohingya untuk mengelak kehilangan nyawa juga perlu dipuji.

"Kami (Muafakat Sekijang) mengutuk sekeras-kerasnya penindasan dilakukan penganut Buddha di sana (Myanmar), saya yakin setiap agama mahukan keamanan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register