combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Petugas membawa barangan untuk mangsa banjir seperti tikar dan keperluan lain di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 1.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perlis menjadi negeri terbaharu dilanda banjir, manakala jumlah mangsa bencana itu di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat setakat petang ini.
Di PERLIS, lebih 200 mangsa di sekitar daerah Padang Besar ditempatkan di tiga PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi, SK Lubuk Sireh dan SK Felda Mata Air.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata terdapat enam kawasan terjejas iaitu Kampung Titi Tinggi, Kampung Jalan Sahabat, Kampung Guar Tinggi, Kampung Bukit Cabang, Kampung Wang Kelian dan FELCRA Lubuk Sireh.
“Hujan berlaku sejak semalam dan air mula naik di kawasan terlibat kira-kira 6 pagi tadi. Pihak APM Perlis akan terus memantau situasi banjir dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di KELANTAN meningkat kepada 5,463 orang daripada 2,047 keluarga petang ini berbanding 1,623 orang pagi tadi yang ditempatkan di 26 PPS di empat jajahan terjejas iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.
Berdasarkan Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, paras air Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok berada pada paras 7.46 meter, melebihi tahap waspada tujuh meter.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 356 orang daripada 106 keluarga setakat 3 petang berbanding 225 orang daripada 66 keluarga, pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari daerah Kulim ditempatkan di PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang, Surau Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Naga Lilit dan SK Permatang Tok Dik.
“Mangsa adalah penduduk dari sembilan kampung antaranya Kampung Siam, Kampung Bukit Sarang Ayam, Kampung Paya Serdang, Kampung Titi Tok Aris dan Kampung Padang Cina,” menurut kenyataan itu.
Perlis Negeri Terbaharu Terjejas Banjir
banjir, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, PPS