BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man United Perkembangan Kontrak Pemain Manchester United

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1704505151192.jpg

FB_IMG_1704505153332.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

Rangkuman mengenai pemanjangan kontrak pemain United sepanjang minggu ini:-

1. Manchester Utd telah mengaktifkan pilihan untuk melanjutkan kontrak Victor Lindelof untuk tempoh semusim lagi. Kapten Sweden berusia 29 tahun akan tamat kontrak pada akhir musim ini namun mempunyai opsyen untuk dilanjutkan sehingga Jun 2025.

2. Selain Victor Lindelof yang sudah pun mendapat pengesahan bahawa beliau kini terikat dengan kelab sehingga 2025, Manchester United turut merancang untuk mengaktifkan pilihan lanjutan kontrak setahun Hannibal Mejbri dan Aaron Wan-Bissaka.

3. Joe Hugill dilaporkan telah melanjutkan kontraknya bersama United untuk kontrak sehingga Jun 2026, dengan pilihan untuk tambahan setahun. Beliau kini dijangka akan dipinjamkan ke kelab League One atau League Two.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1704505642084.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

RASMI. Manchester United telah mengaktifkan pilihan untuk melanjutkan Aaron Wan-Bissaka sehingga Jun 2025.

Rundingan untuk kontrak baharu dilaporkan hampir selesai, seperti yang dilaporkan oleh Mail Sport.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1704505681635.jpg


| BMU – Kontrak Semasa |

Berikut adalah kontrak semasa para pemain Manchester United. United sedang dalam pertimbangan melanjutkan kontrak Victor Lindelof, Aaron Wan Bissaka dan Hannibal Mejbri selepas mengaktikan klausa pilihan lanjutan setahun.

Jun 2024:
Sofyan Amrabat (Pinjaman dari Fiorentina, Pilihan untuk pembelian tetap pada harga £21.4 juta)
Anthony Martial (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Brandon Williams (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Tom Heaton
Jonny Evans

Jun 2025:
Donny van de Beek
Aaron Wan-Bissaka
Victor Lindelöf
Raphael Varane
Christian Eriksen
Hannibal Mejbri
Facundo Pellistri (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Amad Diallo (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Harry Maguire (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Scott McTominay (Pilihan untuk lanjutan setahun)

Jun 2026:
Casemiro (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Jadon Sancho (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Tyrell Malacia (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Bruno Fernandes (Pilihan untuk lanjutan setahun)

Jun 2027:
Lisandro Martinez (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Luke Shaw (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Antony (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Altay Bayindir (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Kobbie Mainoo (Pilihan untuk lanjutan setahun)

Jun 2028:
Andre Onana (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Rasmus Hojlund (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Mason Mount (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Diogo Dalot (Pilihan untuk lanjutan setahun)
Alejandro Garnacho
Masrcus Rashford

Erik Ten Hag - Jun 2025 (Pilihan untuk lanjutan setahun)

Nota:
1. Kontrak pinjaman Sergio Reguilon di United sepatutnya tamat pada Jun 2024 tetapi telah dipecah kontrak oleh United untuk beliau kembali ke Spurs.

2. Jadon Sancho mempunyai kontrak sehingga Jun 2026 namun bakal meninggalkan United pada perpindahan Januari 2024 ini secara pinjaman.

3. Donny van de Beek telah melengkapkan perpindahan pinjaman beliau ke Eintract Frankfurt.

#BMU02 #BMU #MUFC #GGMU
 
FB_IMG_1704955168647.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

Penyerang muda, Joe Hugill, 20 tahun, telah menandatangani kontrak baharu dengan Manchester United.

Beliau telah bersetuju dengan perjanjian baharu untuk kontrak 2 tahun sehingga Jun 2026, dengan pilihan untuk lanjutan satu tahun tambahan.

Hugill telah menjaringkan lebih dari 55 gol dalam 99 penampilan dalam semua pertandingan.

Hugill telah menjaringkan 7 gol dalam Liga Perdana 2 setakat musim ini dan dinamakan dalam senarai pemain bangku simpanan dalam kemenangan pusingan ketiga Piala FA menentang Wigan Athletic.

#BMU02 #GGMU #BMU #MUFC
 
Back
Top
Log in Register