BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkemahan Solo

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
Solo.jpg


Perkemahan Solo



Namaku Randy, aku sangat minat dan amat tertarik dengan keindahan alam semulajadi. Ada sesuatu tentang kedamaian hutan dan ketenangan air sungai yang mengalir yang membuatkan fikiranku rasa damai. Oleh itu, aku memang tak lepaskan peluang bila dapat buat trip perkemahan secara solo berdekatan sebuah sungai yang terpencil.


Malam Pertama.

Sebaik saje aku masuk ke dalam kemah yang didirikan berdekatan gigi air, datang kabus yang pelik dan menakutkan. Ia begitu tebal hingga menghalang penglihatanku dan menutup bunyian unggas malam. Yang pelik tu, terdengar bunyi bisikan2 bergema dari dalam kabus tebal tu. Sejuknya pun lain macam. Dengan jantung yang berdebar2 bagai nak luruh rasanya, aku pasang telinga untuk mendengar apa yang dibisikkan tu.


“Pergi,” Suara2 itu berbisik dengan nada penuh dengan amaran. Aku menggigil, nafas tersekat di kerongkong… Dengan berhati2, aku pegi betul2 kat tebing sungai dan mengintai ke dalam kabus tebal tu. Tapi, takde sape pun. Bisikan2 tu semakin kuat, makin tak menyabo2 dan makin marah betul bunyinya. Aku masih gagal kesan punca bunyi bisikan tu dari siapa.


Ketakutan semakin mencengkam diri, tapi aku tak bolehlah main tinggal camtu je kawasan perkemahan aku tu. Aku tekad yakinkan diri yang semua ini hanyalah mainan perasaanku saja.

Demi keazamanku untuk menikmati keheningan percutian ini, ‘healing’ dari keributan kotaraya dan juga beban kerja, aku persetankan saja kejadian yang aneh ini dan bertahan sampai malam kedua.


Malam kedua.

Bila tirai malam pun berlabuh, aku melepak dengan selesa depan unggun api. Bunyi letupan kayu api dibakar dan baraan api membantu rasa selamat walaupun sebenarnya macam tak.


Kemudian terdengar bunyi tapak kaki berderap2 memijak daun dan ranting dengan jelas, kuat dan bergema memecah keheningan malam. Dengan berhati2 aku menoleh sekeliling, meninjau perimeter kawasan perkemahanku. Tapi apa pun tak nampak. Gelap semata. Tapi bunyi tapak kaki tu makin dekat dan akhirnya macam mengelilingi kawasan perkemahanku.


Panik, aku meraba2 mencari lampu suluh pastu terus menyuluh keliling. Takde ape. Tiada tanda2 manusia atau haiwan. Bunyi tapak kaki tu beredar pergi dan makin sayup hilang dalam hening dan gelap malam.


Malam tu, aku tak boleh lelapkan mata. Setiap bunyi geselan daun atau sahutan burung hantu membuat aku cuak tak terkata. Aku mula rasa ragu. Betul ke aku sorang2 je dekat sini? Ke sebenarnya ada makhluk lain sedang mengintaiku dari tirai kamar? Entah2 pekemah lain yang cuba nak takut2kan aku kot? Aku ni tak percaya hantu jadi ni mesti kerja pengendap.


Malam ketiga.

Aku menguis2 bara kayu api di dalam unggunan api untuk hilangkan perasaan berdebar. Cahaya dari api yang marak membakar menari2 menghasilkan bayang2 yang menakutkan. Kuperhatikan keadaan sekeliling. Tiba2 entah dari mana muncul satu bayang puaka menyerupai seorang pakcik petani dari arah kegelapan malam, ada cahaya yang menyeramkan di keliling tubuhya. Baju overallnya compang-camping, wajah tampak keletihan dan sedih. Di tangannya ada parang panjang.


Badan rasa kaku terkunci bila bertentang mata dengannya, pandangannya tajam menikam kalbu. Mata birunya bersinar2. Suara jeritan mengerikan keluar dari mulutnya yang ternganga dan senget. Aku jatuh terduduk, dada rasa nak pecah dek debaran jantung yang kuat. Takut yang teramat sangat.


Wajahnya kemudian bertukar menjadi lompong kosong, gelap dan semakin mengerikan. Kepulan asap keluar menampakkan ribuan jiwa2 yang terperangkap terseksa. Ketika inilah baru aku sedari yang ini bukan manusia. Jauh lebih teruk dari rupa manusia maupun haiwan yang aku pernah jumpa.


Sekarang aku percaya hantu itu wujud!


Saat tu jugak aku persetankan semua pemikiran rasionalku dan angkat kaki cabut lari selaju yang boleh. Tak peduli dah tinggal kemah ke, muka calar-balar kene ranting pokok ke, yang penting aku kene pergi sejauh yang mungkin dari puaka tu.


Akhirnya aku jumpa jalan raya dekat luar hutan tu. Hoh, ketenangan air sungai yang mengalir, kedamaian hutan la sangat…semua tu dah takde makne, tak penting dah. Sumpah, aku tak nak datang situ lagi dah!
 
seram juga juga cerita ni,
ini pengalaman abg lempeng ke...
:giggle:
 
Jangan Sesekali Pergi Berkemah Bersendirian

(Lokasi: Estes Park, Larimer County, Colorado)



cg estes park.JPG

cg ep.JPG



“Aku tak takut apa benda pun lah!”

Itu kata2 yang aku jeritkan pada abangku lalu menghempas tutup pintu kereta. Semenjak tu..um..aku dah tak sama macam dulu.



Masih terbayang2 di ruangan mata sewaktu dia tarik jaketku sambil senyum sindir. Mulutnya tak henti2 menakut2kanku dengan benda2 mistik seperti ahli sihir, serigala jadian dan makhluk yang menjelma berubah bentuk (skinwalker). Aduhai. Dia tambah pula berbagai alasan cuba meyakinkan betapa bodohnya rancanganku ini. Mohon agar aku goyah dan batalkan saja hasrat itu demi mengelakkan malu di kemudian hari.



Masa tu aku cuma jelingkan mata ke atas, rentap balik jaketku dari genggamannya dan jerit aku tak takut sambil hempas pintu kereta lalu merempit laju membelah kesuraman senja menuju ke arah pergunungan.



Aduhai. Kalaulah aku dengar nasihat dia. Dia memang betul. Aku yang salah.



Tak pernah aku rasa takut nak mati macam ni.



Imbas kembali 2 hari lepas.

Aku mengalami depresi yang sangat teruk. Terlantar di atas katil tak boleh bangun, rasa nak bunuh diri sangat kuat. Mati lagi baik. Cukup2lah dengan tekanan ni.



Ada seorang rakan yang cadangkan agar aku pegi solo camping, mudah-mudahan ketenangan alam semulajadi dan keheningan hutan dapat membantu melepaskan beban dijiwaku. Dia siap bagi aku senarai tempat untuk berkemah dan ada antara lokasi tempat tu jauh terpencil. Aku pilih yang terpaling jauh lagi amat tersorok. Untuk sampai ke tempat tu mengambil masa 3 hingga 4 jam memanjat dan berjalan dari lokasi tapak perkemahan yang terakhir di Hutan Negara Gunung Rocky.



Kawanku terkejut namun pasrah dengan keputusanku itu.

“Kau pastike ni?” Dia bertanya dengan suara bergetar. Aku sekadar menganggukkan kepala.

“Ok. Memang jauh terpencil jugak ni, lebih2 lagi untuk orang yang baru pertama kali nak mencuba aktiviti berkemah macam kau. Tapi tempat ni memang cantik. Langit malam kat sana gila lawa baq hang. Moga dapatlah ia mempengaruhi dan merubah pandangan kau tentang hidup..”



Aku ucap terima kasih dan berpaling pergi. Namun beliau menyambung lagi kata2nya, “Woi, jangan biar diri kau diselubungi misteri dalam hutan tu ok? Nasihat aku sebagai otai dalam aktiviti ni, jangan keluar merayap dalam hutan waktu malam tak kiralah apa benda yang kau dengar. Karang tak memasal kena kokak dek singa atau beruang.” Pesannya lagi.


cg road to ep.JPG



Aku memandu dengan aman2 saja menuju ke kawasan pergunungan. Rasa seronok pula lalu lingkaran selekoh naik ke gunung yang tidak tajam dan dihiasi pula dengan pepohon menghijau serta batu2 besar di kiri kanan jalan. Perlahan2 timbul rasa tenang dan damai dalam hati.



Malas nak bawak gajet. Henpon pun aku simpan dalam glovebox kereta. Aku benar2 nak bebas dari semua benda yang menyerabutkan kepala otakku. Nak fokus masa sekarang saja, tak hingin daku mengenang kisah lampau maupun memikirkan ketidakpastian hari yang mendatang.



Cadangnya nak duduk sini 5 hari 4 malam. Harapnya cukup untuk healing dan muhasabah diri.



Ketika melalui pekan Larimer, aku menahan diri dari daftar masuk kat hotel Stanley. Akhirnya sampai juga kat pintu masuk Taman Estes dan terus pandu masuk ke tempat yang paling dekat dengan lokasi yang aku nak pergi.



Malam pertama.

Matahari dah tenggelam. Aku menyumpah2 diri senndiri dalam hati pasal gerak keluar dari rumah lambat sangat. Duduk sekejap termenung dalam kereta dalam 30 minit, aku putuskan memang tak bolehlah nak memanjat berjalan 3-4 jam dalam keadaan gelap gelita macam ni. Selain aku, ada 4 lagi kemah lain yang dah siap terpacak di situ. Malam tu cukup damai selain bunyi unggas malam, dihiasi pulak dengan hilai tawa dan perbualan rancak dari pekemah2 lain di sekeliling, ditambah dengan jeritan budak2 kecik yang bermain2 serta berlari2 dengan girang. Mereka pelawa aku makan hotdog, s’more panggang beserta beer. Aku tidur lewat dalam kekenyangan malam tu.


cg ep 2.JPG



Malam kedua.

Aku bangun lewat tapi rasa puas dapat rehat secukupnya. Dalam keadan masih mamai mengantuk tu aku kemas kemah dan barang2, sambil memikir2 sama ada nak duduk aje kat situ ke atau nak ikut perancangan awal. Namun dalam sekitar jam 3 petang ada sekeluarga datang situ dan tunjuk bukti depa dah tempah ruang perkemahan tu. Jadi cecepat kuangkut barang2 dan menuju ke tempat yang asalnya aku nak pi tu.



Aku dah sesat barat. Walaupun ada peta dan kompas, tapi aku tak berape reti guna dahla sorang2 pulak tu..memang mendapatla. Asyik berpusing2 tempat yang sama – nampak pokok yang sama dan semak yang sama. Walau bagaimanapun, akhirnya…akhirnya aku sampai jugak ke tempat yang dituju selepas lebih 6 jam mendaki dan meredah hutan, tersasar jauh dari anggaran masa 3 jam tu.



Disebabkan hari dah malam, tanpa berlengah aku dirikan kemah dan hidupkan unggun api. Keadaan bebetul gelap buat aku rasa cuak dan agak gementar. Segala mak nenek bunyi dari keliling dan bayang2 dari cahaya unggun api rasa cukup menyeramkan bagiku. Tak boleh jadi ni. Cecepat aku menyusup masuk kemah dan bergulung dalam beg tidur, cuba untuk melelapkan mata. Bila hampir nak lena tulah aku terdengar bunyi derapan tapak kaki di luar kemah. Mataku otometik terbuka dan kucapai lampu suluh di sebelah tapi tak pasang dulu. Aku pasang telinga. Bunyi tu kedengaran sekali lagi. Macam ada seseorang atau sesuatu sedang berjalan dengan penuh berhati2 mengelilingi kemahku.



Bunyi tu berterusan sepanjang malam dan aku andaikan itu sekadar binatang yang sedang mencari sisa makanan atau hanya nak melawat kawasan. Hampir subuh barulah ia berhenti dan aku akhirnya terlena.



Bersambung.
 
Malam Ketiga.



Aku terjaga dalam keadaan mamai dan pening2 lalat. Bila teringat yang aku ni tengah berada kat mana, aku jadi panik dan haru-biru. Aku mesti patah balik. Sekarang jugak.



“Eh, dah senja?” Terkesima jap bila keluar dari kemah. Rupanya aku tertidur sepanjang hari membawak sampai nak ke malam.



Dalam keadaan tak keruan tu, ligat aku memikir apa nak buat. Aku nak balikkk. Kalau gerak je terus sekarang, agak2nya berapa jauh aku boleh belah dari situ ye…ah sudah…haruslah sesat barat nanti dan tak mustahil situasi jadi lebih buruk dari sekarang.



Tanpa buang masa, aku kutip kayu api sebanyak2nya dan hidupkan unggun api yang besar giler dan bersiap siaga untuk mengharungi malam tu. Lepas makan malam aku terus masuk kemah. Memang tak la nak lepak kat luar.



Aku bersengkang mata dan memasang telinga je malam tu. Pasrah menanti apa agaknya kejadian yang bakal berlaku. Unggun api di luar kemah kubiar marak dengan harapan timbunan kayu api tu cukup dibakar hingga ke pagi. Itu jelah yang mampuku buat. Rasa takut menguasai diri lebih2 lagi teringat betapa gelapnya keadaan dalam hutan tu.



Selang beberapa jam bila takde apa2 berlaku, terasa macam aku yang terlalu ikutkan perasaan. Drama sangat. Padehal takde ape pun sebenarnya. Jadi aku bersiap2lah nak tidur. Baru je baringkan badan, tiba2 bunyik yang sama macam semalam kedengaran sayup2. Bunyik sepasang tapak kaki berjalan, diikuti yang kedua dan ketiga. Ia makin kuat, makin dekat. Aku terus bangun dan duduk semula. Mata membelingas cemas, jantung berdegup kencang.



Apekebendanya tu?



Tak boleh jadi ni. Tiba2 rasa geram, kewarasan pun dah hilang saat2 macam ni. Aku tak peduli, nak tau jugak apa benda yang dok mengacau kat luar tu.



Bende alah tu berlari2 keliling kemah. Tiba2 dinding kemah dihenyak ke dalam oleh sesuatu.




“HOI! Aku tak tidur lagi la mangkuk, siap kau, tunggu jap aku keluar!”



Dalam kelam kelibut nak keluar dari beg tidur, jatuh tertumus pulak kat pintu kemah. Adeh… Pening jap.



Bukak je zip kemah, aku meluru lari keluar bawak lampu suluh. Aku kejar satu kelibat yang cuba nak lari.



Ia kemudiannya tiba2 berhenti. Dalam suluhan lampu, nampak jelas susuk tubuh seseorang berdiri membelakangiku. Kedua tangannya dalam keadaan terkehel dan terkulai.



Perlahan2 aku mendekatinya. Bunyi ranting patah yang kupijak seolah buat ia terkejut dan menelengkan sikit kepalanya.



“Woi!” Jerkahku. “Kau ni ape hal ha? Nak carik pasal dengan aku ke?”



Tiba2 terdengar bunyi ketawa mengilai mengekek bergema dalam hutan tu. Aku terus kecut perut dan patah balik lari ke kemah, terjun masuk dan zip tutup ketat2. Pastu bergulung berbungkus semula dalam beg tidur sambil menangis macam budak pompuan.



Kemah digegarkan dengan kuat dan ditolak2 dari luar. Bunyi orang berlari2 pula makin menjadi2 macam ada berpuluh2 orang kat luar kemah tu.



Aku pengsan.





Bersambung.
 
Malam Keempat.



Sedar2, dah masuk hari berikutnya. Tapi…aku terbangun waktu hari dah lewat petang. Aku berlari ke sana ke mari macam orang gila memeriksa keadaan sekeliling untuk mengesahkan yang kejadian semalam memang betul2 berlaku. Tapi satu jejak maupun kesan pun takde.



“Argh, Lantaklahh!” Aku main campakje semua barang dalam beg galas. Tah kiralah hari dah nak gelap ke tak, aku tetap berazam nak pegi dari situ segera, tak sanggup nak tunggu satu malam lagi.



Baruje nak robohkan kemah, kedengaran satu bunyik sayup dari kejauhan.



“Tolong! Tolong saya! Tolonglah, ya tuhan, ya tuhan, tolonglah saya!”



Dengan secara refleks, aku segera berlari ke arah suara tersebut. Walaupun tersedar yang diri sendiri pun tengah galau, inikan pulak kalut nak menolong orang, aku tetap teruskan mencari sumber suara yang mintak tolong tu.



“Awak kat mana?” Aku melaung2 dalam hutan tebal tu. “Saya kat sini. Awak kat mana?”

Aku dah keletihan, hari pula dah remang senja.



“Tolongg..tolong saya…oh tuhan..huhahaha heeheheee!”

Suara minta tolong tu bertukar menjadi kasar dan garau dengan hilai tawa yang menakutkan.



Aku begitu kaget, tercegat dalam beberapa saat dan tanpa sedar aku berlari lintang-pukang patah balik. Yang ajaibnya, boleh pulak aku sampai kat tempat perkemahanku. Kucapai beg dan main tarikje tiang2 kemah. Dadaku berdebar kencang macam nak pecah. Rasa nak menangis pun ye.



Dari 6 batang tiang kemah, baru dapat tarik 3. Itupun yang peliknya apehal kain kemah tu tak turun ke tanah. Kujenguk ke dalam kemah. Mataku terbelalak dan mulut terkunci melihat benda di depanku.



‘Aku’ sedang duduk bersila dalam tu. Lebih tepat lagi, sesuatu yang menyerupai aku dengan muka pucat lesi dan badan kurus kering. Senyuman ngeri terukir lebar di wajah’ku’ itu. Biji mata pula hitam seluruhnya dan darah menitik dari setiap rongga mata.



Aku terdorong ke belakang, terpijak kaki sendiri dan jatuh terduduk atas tanah. Gema hilai tawa yang menyeramkan tak putus2 menghantui suasana. Sekujur tangan terhulur keluar dari kemah, diikuti dengan sebelah lagi. Kepala’ku’ menjenguk keluar sambil menyeringai dan kemudian terbahak2 ketawa mengejek.



Aku terus bangun menjerit sekuat hati dan terus berlari mengikut langkah kaki tanpa henti, tanpa arah tujuan. Sesekali kutoleh jugak ke belakang, takut2 setan tu mengikut. Perasaanku macam aku lari tak cukup laju dan ranting2 pokok yang kuredah seolah2 menghalangku dari pergi dari situ.



Tengah kalut2 berlari tu, tibe2 ade suluhan cahaya lampu kat mukaku dan aku terlanggar satu benda keras dan terjatuh terduduk lagi. Segeraku tekup muka tak sanggup nak hadap benda yang kini dihadapanku.



“Tak guna!”



“Tidakkk..ya tuhan..tidak, tidak, tidakkk!”



“Hey, hey, bertenang...bertenang, takpe, jangan takut. Saya terkejut je tadi tu. Bertenang ye. Kenapa ni?”



Aku mendongak. Terlihat sepasang mata kelabu kerisauan memandangku. Aku amati bebetul. Wajah seorang lelaki pertengahan umur sedang berkerut melihatku. Dia tolong aku bangun dan mencapai lampu suluhnya yang tergolek jatuh masa aku rempuh dia tadi.



Aku menoleh cemas ke belakang, terasa2 macam masih diekori oleh sesuatu.



“Hey. Awak ke tadi tu? Yang terpekik terlolong menjerit tu? Saya terdengar, tu yang saya datang tengok ni.” Dia bertanya dengan tenang dan suara yang perlahan.



Aku kelu sebab masih dicengkam ketakutan, hanya mampu anggukkan kepala.

“Awak berkemah sorang2 ke kat sini?”

Aku angguk. Pastu mula menangis.



“Hey takpe, takpe..tempat ni memang angker pun. Dah jom, kereta saya ada kat sana, meh, meh.” Dia menelengkan kepala ke arah keretanya.



Aku kesat hingus dan akhirnya mampu nak bercakap, “Abang ni sape?”



Dia menoleh padaku dan segera pandang depan semula.

“Saya, um, renjer hutan.”



Tapi serius tak nampak gaya macam renjer hutan pun. Dia memakai sepasang sut yang kemas berwarna hitam beserta tali leher hitam. Kemeja putih. Kasut kulitnya hitam berkilat. Bukan kasut hiking.



“Mari.” Dia mengajak sambil angkat dan sandang beg galasku ke belakangnya. Masa dia angkat tu jaket sut dia terselak sikit dan aku ternampak pistol tangan jenis Sig Sauer tersisip di tali pinggangnya.



cg sh.jpg



“Okay,” Jawabku sambil masih tertoleh2 ke belakang. “Macam mana abang boleh jumpa saya?”



Dia sekadar mengangkat bahu sambil berkata, “Tajam pendengaran.”



Kami sampai di satu kawasan lapang. Sebuah SUV hitam pekat bercermin gelap sedang parkir di situ, enjinnya dibiar hidup dengan lampu yang terpasang terang-benderang.



Dia buka but belakang dan letakkan beg galasku di situ. Aku terus duduk di tempat duduk penumpang hadapan.



Sambil memakai tali pinggang keledar, dia menoleh ke arahku dan bertanya nak hantar aku kat mana. Aku mintak dia tolong hantar ke tempat aku letak kereta.



“Betul ke abang ni renjer hutan?”



Dia toleh kejap pandang aku, pastu pandang depan balik sambil senyum je tak menjawab. Pastu dia tanya aku dah makan ke belum dan hulurkan sebungkus kacang. Aku makan sampai licin.



Sepanjang perjalanan aku banyak diam. Dia pun macam paham dan tak bertanya pun apa dah jadi kat aku. Sedar tak sedar akhirnya sampai juga ke lot tempat aku parkir kereta.



Aku berkali2 ucapkan terima kasih kat dia dan rasa sangat terhutang budi sangat2 dengan bantuan dia. Aku mintak no talipon dan tanya dia keje kat stesen renjer mana untuk datang lawat dia lain kali nak belanja makan.



Lelaki tu sekadar tersenyum dan kata semua tu tak perlu kemudian dengan suara yang lembut dan tenang dia berpesan, “Lepas ni elakkanlah berkemah sorang2. Lebih2 lagi tempat yang tak biasa orang pergi. Kalau tak cukup persediaan dan ilmu di dada, macam2 perkara tak diduga boleh berlaku. Keselamatan diri adalah nombor satu. Kira awak bertuah saya memang kebetulan lalu kat situ masa tu.”



Dia segera mintak diri dan memandu keluar dari kawasan tu.



Eh.. astaga, aku lupa nak tanya nama dialah.



Aku tak bercerita langsung kat sesiapa akan kejadian tu dan aku ambik keputusan untuk pendamkan saja buat kenangan. Entah kadang2 aku rasa tu semua macam mimpi dan ilusi je. Pastu..pasal lelaki misteri tu. Adakah dia malaikat pelindung yang dihantar untuk bantu aku ye…Tapi apapun, yang pasti lepas tu aku dah tak nak pegi berkemah lagi walaupun beria kawan aku mengajak.
 
Malam yang Menakutkan di Hutan Terbakar yang Berpuaka



Hobi aku pergi berkemah secara solo dengan menaiki trak ‘camper/motorhome’ kesayanganku. Satu hari aku terjumpa satu lokasi yang baik punya. Ia jauh di dalam sebuah hutan yang pernah terbakar hangus yang terletak di selatan Flagstaff, Arizona.


cg 1.jpg



Sampai sana hari dah senja. Aku siapkan kawasan kemah, buat unggun api dan mula panaskan kuali leper untuk memasak stik daging rusuk yang bikin air liur meleleh bila teringat. Dah 2 bulan aku diet tak makan daging, hanya ambil sayur2an saja. Kali ni nak balas dendam makan daging pulaklah. Stik tu aku masak separa mentah. Bau masakan stik tu cukup menyelerakan.


cg2.jpg


Kalini aku bawak 2 ekor anjing jadi teman tapi keduanya aku masukkan dalam sangkar dan letak kat luar camper.



Hari pun dah malam. Suasana keliling gelap gelita.



Siap masak, aku bawak masuk nak makan dalam camper. Pada suapan ketiga, tiba2 ada bunyi kuat dari luar camper. Sukar nak kenalpasti bunyi tu. Bukan bunyi ranting kayu patah, tapi bunyi ‘pop’ yang kuat macam kayu besar dipatahkan atau diketuk serentak.



Bunyi cengkerik pun terhenti. Jantungku mula berdebar2. Aku pasang telinga dan tengok luar melalui tingkap. Bunyi tu datang lagi, kali ni lebih dekat dan sangat kuat. 2 ekor anjingku menyalak2. Aku bangun ambil lampu suluh dan keluar suluh sekeliling. Takde apa2.



Aku masuk semula dalam camper habiskan makan malamku. Keadaan tenang.



Lepas makan, aku duduk di luar ambil angin sambil minum. Sambil tu aku bercakap depan kamera yang terpasang, “Aku duduk jugakla kat luar ni untuk dengar bunyi tu ada lagi ke tak. Sebahagian dari diriku berharap bunyi yang ku dengar tu sekadar bunyi lembu atau coyote atau lain2 binatang. Aku benar2 nak tengok sendiri benda tu depan mata agar aku puas hati dapat tau apabenda sebenarnya..”

cg3.jpg



Sebaik saja perkataan ‘nak tengok sendiri benda tu depan mata’ meluncur keluar dari mulutku, bunyi tadi datang sekali lagi, kali ni macam betul2 di sebelah tempat aku duduk tu. Anjingku mula menderam dengan garang. Bunyi menyeramkan tu datang bersilih ganti pula. Anjing2 pun menyalak dan menderam2.



Aku bangun suluh keliling dan menyergah ‘Hey’ dengan kuat ke arah bunyi tu. Tak nampak pula apa2. Tapi bunyi tu semakin rancak dan ia bergerak di sekeliling perimeter kemahku. Macam ada sesuatu berjalan memijak ranting2 dan semak rumput sambil buat bunyi meletup ‘pop’ tu.



Aku suluh ke arah 2 ekor anjing dalam sangkar. Tubuh dan telinga mereka tegak, serta memandang ke arah hutan yang gelap tu sambil menyalak2.



Memandangkan dah macam ni kejadiannya, aku cepat2 keluarkan anjing2 dari sangkar dan bawak mereka masuk sekali dalam camper dan kunci pintu rapat2. Aku harungi malam tu dengan rasa resah dan ketakutan.



Aku berjaga sampai subuh. Mujurlah takde ape2 berlaku. Aku bergerak pulang ke rumah petang esoknya. Sampai sekarang aku masih tertanya2 apakah sebenarnya bendanya tu.
 
Pengalaman Seram di Kawasan Pedalaman Outback, Australia



Beberapa tahun yang lalu aku pernah ditugaskan untuk buat pemeriksaan ke atas pemagaran sempadan di sebuah gurun yang benar2 jauh terpencil tiada habitat di Australia. Aku dibantu oleh seorang pakcik orang asli di situ untuk kelancaran kerja2.

Satu hari lepas makan malam, kami duduk2 depan unggun api sambil minum dan berbual santai. Tiba2 aku dengar bunyi macam ketukan yang kuat di belakang kami.

Aku tanya pakcik tu, “Pakcik dengar tak tadi?”

Pakcik tu buat dek je.

Bunyi tadi berulang lagi, kalini lebih kuat dan buat aku lebih saspen.

Aku tanya pakcik tu sekali lagi, “Eh pakcik dengar tak bunyik tu?”

Dia cakap tak dengar apa2.

Lepas tu aku dengar bunyi tu lagi dan ia ditambah dengan suara2 pulak.

Aku jadi seriau lalu melompat bangun, “Biar betul pakcik..pakcik dengar jugak bunyik tu kan?”

Dia pandang aku dengan muka yang begitu serius dan suruh aku duduk diam2 sambil cakap dia tak dengar apa2.

Keesokan paginya, aku masih dihantui dengan kejadian malam tadi jadi aku ingat nak tanya kat pakcik tu.

Tapi belum sempat aku bukak mulut, pakcik tu terus cakap kat aku macam ni:

“Jangan sesekali ambil peduli akan benda yang kau tak nampak. Memanglah tak kenal maka tak cinta. Tapi benda macamni kalau kau tak kenal lagi baik, sebab kalau kau buat juga, lagi ‘dia’ menjadi2.”

“Menjadi2 macam mana pulak tu pakcik?” Tanyaku bingung.

Pakcik tu tak jawab, sekadar senyum penuh makna dan ubah topik ajak aku pi sambung siapkan keje.
 
Pengalaman Misteri Berkemah Sendirian



Rancangan perkemahan solo ku kali ini bertempat di tepi sebuah sungai dalam salah sebuah kampung pendalaman di negeri Perak. Untuk sampai ke lokasi perkemahan, aku menaiki motosikal melalui jalan kampung melepasi penempatan rumah orang2 kampung, kebun sawit dah getah hingga sampai di satu jalan mati. Berhampiran jalan mati tu jumpalah sungai tersebut yang merupakan sempadan antara kebun orang2 kampung dangan hutan tebal.


Masa ni musim hujan. Malang tak berbau, kemah yang aku dah dirikan 2 kali tumbang dilanda hujan lebat dan ribut. Kali pertama pada waktu petang dan kali keduanya masa hari dah senja.


Habis kemahku masuk air, semua peralatan termasuk pakaian dan kayu api yang aku dah siap kumpulkan semuanya basah lencun. Ini bermakna takdelah tempat tidur, pakaian bersih dan api untuk memasak. Atas sebab2 ini dan beberapa faktor lain, aku ambil keputusan untuk batalkan saja rancangan perkemahan kali ini.


Aku berkemas simpan semua barang dan lipat kemah. Masa ni dah lepas pukul 8 malam. Hujan masih turun renyai2. Dah siap punggah semua barang atas motor, aku hidupkan enjin dan mula bergerak pulang. Dari situ nak sampai ke jalan besar mengambil masa kira2 15-20 minit. Perjalanan lancar tanpa ada sebarang masalah.


Perut mula berkeroncong, jadi aku amek keputusan berhenti makan di sebuah R&R yang berkedakatan dengan kampung tersebut. Ada jalan motor nak ke situ senangla sikit. Sampai situ dah pukul lebih kurang 9 malam. Selesai segala urusan di R&R tu, aku mulakan perjalanan pulang ke rumah sekitar jam 10 malam.


Hujan masih turun renyai2. Jarak nak balik ke rumah masih ada dalam 55km lagi. Kiri kanan jalan hanyalah hutan dan kebun kelapa sawit. Ada lampu jalan tapi masih gelap. Jalannya berbukit2, tak tinggi sangat tapi jarak antara bukit2 tu agak jauh. Aku anggarkan ada dalam 5 bukit untuk ditempuhi.


Semasa mendaki bukit yang pertama, kat tengah2 bukit tu motosikalku tiba2 hilang kuasa macam nak habis minyak. Padahal tadi kat R&R baru je isi penuh. Aku pulas2 minyak tapi tetap tak boleh pegi. Akhirnya motor mati terus. Aku berhenti kat tepi jalan sambil puas memikir apakebende masalah dengan motor aku ni. Baruje setahun aku pakai. Tak pernah buat hal pun selama ni. Dah kenapa tiba2 sekarang nak buat perangai, kat tempat macam ni pulak tu..adoyai..Geram pulak rasa.


Aku cuba hidupkan balik motor. Aku amek ‘starter kit’, tendang sekali dia terus hidup balik. Leganya tak terkata. Mungkin ada masalah teknikal kot tadi. Aku cuba fikir positifje. Aku teruskan perjalanan. Tapi motor aku rasa sebu dan kurang kuasa, rasa berat bebeno. Sampai kat atas bukit kedua, dia mati sekali lagi dan aku hidupkan semula macam tadi jugak.


Tapi kali ni bunyik enjin motor aku macam motorbot, meletup2 bunyiknya. Aku cuba main2 minyak tapi masih tetap macam tu. Tak boleh jadi ni, rasa nak taliponje kawan aku yang duduk dekat2 dengan R&R tadi. Tapi bila difikir2kan balik, dia baru dapat anak kecik, tak tergamak aku nak kacau dia malam buta macam ni. Nak talipon orang rumah, memang takla dia nak datang ke sini.


Aku teruskan jugaklah perjalanan dalam keadaan motor yang semput melompat2. Hujan masih turun renyai2 sepanjang jalan. Ada lebih kurang 40km lagi nak sampai rumah dan terdapat beberapa buah bukit lagi perlu ditempuh. Selang setiap 10-15 minit, motor aku akan mati, aku bawakkan bertenang kemudian baru bergerak semula.


Malam tu takde la pulak budak2 motor lalu lalang merempit ke hape. Kalau tak boleh la mintak tumpang saing. Kereta pun tak banyak, ada kurang 10 bijik je aku berselisih malam tu. Alhamduiillah, dengan izin-Nya akhirnya lepas sejam setengah, aku berjaya jugak melepasi kawasan bukit-bukau tu dengan keadaan motor aku yang macam tu.


Lepas bukit terakhir, kena pulak lalu satu tempat pelupusan sampah. Tapi elokje lalu kat situ, terus motor aku otometik jadi berkuasa semula dan ringan balik. Aku pulas minyak baik punya merempit pergi jauh dari situ.


Setengah jam kemudian barulah sampai rumah. Aku keluarkan semua barang dan baru aku teringat aku ada bawak daging mentah masa pegi berkemah tadi. Hajat di hati nak buat bakar2 masa kat sana. Daging tu aku bubuh dalam ‘saddle bag’ motor.


Sebelum pegi berkemah, daging tu aku dah bekukan dengan garam serta perapan dan balut dengan kerajang aluminium untuk bagi tahan lama. Tapi bila aku keluarkan dan periksa, tengok2 ia dah rosak dan berbau. Aku husnuzon jelah barangkali jadi macam tu sebab dah lama sangat kat luar tanpa ais. Itujelah penjelasanku untuk diri sendiri, nak sedapkan hati sendiri…


Aku tak peduli pun tentang pantang-larang orang2 lama yang melarang bawak benda berdarah macam daging mentah dalam hutan apatah lagi pada waktu malam, yang katanya akan menarik perhatian makhluk halus yang akan mengganggu atau mengikut kita sepanjang perjalanan. Bagi aku pengalaman malam tu hanyalah satu misteri yang tiada penjelasan logik akal.
 
Aku, Anjingku dan Sesuatu


Aku ada banyak pengalaman seram semasa berkemah, memanjat gunung atau bila masuk hutan. Kisah yang aku nak ceritakan ni seram-seram manja aje, tak taulah kalau korang rasa seram sangatla pulakkan. Ok, begini ceritanya…


Macam aku bilang tadi, aku suka berkemah dan biasanya aku pergi sorang2 je. Hampir setiap kali buat aktiviti ni tempat2 yang aku pilih memang terpaling jauh dari segala jenis ketamadunan dan peradaban manusia. Ni aku cakap kat korang, tempat2 tu kurang2 jauhnya 40-50 batu ke dalam hutan, atas gunung, dalam kawasan ngarai/kanyon dan sebagainya. Haa…cukup jauh tak tu. Tak cukup aku tambah lagi ek.


Beberapa tahun lepas, aku pergi berkemah secara solo dekat sebuah kawasan padang prairie rata yang sebahagiannya dikelilingi oleh hutan belantara. Dan macam biasa kalau korang nak tau aku pasti akan bawak Jake sekali, anjing aku yang beso gedabak tu. Masa tu dah hujung musim luruh nak masuk musim sejuk gitu. Dalam radius 50 batu, tak kelihatan langsung kelibat orang lain kat situ. Sedang elok sangat la bagi aku.


Picture1.jpg



Cuaca terrramat sejuk masa tu, terasa menggigit sampai ke tulang. Aku agak suhu ada dalam bawah paras bekulah macam tu. Jadi aku buat unggun api yang besau. Si Jake asyiklah merayap je kerja dia - agak2 dah rasa kesejukan dia balik ke kemah nak panaskan badan dan mohon perhatian. Karang kejap lagi rasa dah selesa dia pergi merayap balik…haish..anjing, anjing…


Aku ada pasang loceng kat kolar leher dia jadi ke mana pun dia merayau aku boleh dengar dan cari. Tapi pada masa tu aku tengah syok tonggang tin bir sambil layan dengar lagu, oleh itu tak perasanlah dia pegi mana. Selain tapak kemah aku tu, keliling semua gelap-gelita. Hanya bertemankan cahaya rembulan dan bintang2 di langit jer. Setengah jam berlalu, si Jake masih tak balik2 ke kemah.


Aku laung panggil dia datang. Senyap jer. Aku tutup radio dan pekik panggil dia lebih kuat lagi. Masih tak menyahut jugak. Lepas 5 minit, aku dengar bunyi loceng dia..barulah lega rasa hati. Tapi rasa heran apa pasal pulak bunyi loceng dia tu kat belakang aku. Pelik, bukan tadi aku nampak dia pergi ke arah pokok2 hutan dekat depan aku tu je ke… Eh, gasaklah janji dia ada sudah.


Dengan senang hati aku belah beberapa ketul lagi kayu api dan tambahkan ke dalam unggun bagi lagi marak. Dalam masa yang sama loceng si Jake masih lagi berdenting2 berbunyi kat belakang aku, kadang2 makin dekat, kadang menjauh pulak. Aku ingat si Jake tengah buat perangai anjing dia la tu, teruja hidu sana hidu sini, lepas tu terkinja2 lari sana sini.


Keadaan tu berlarutan hampir sejam lebih. Lepas tu senyap balik. Aku bangun dari kerusi dan panggil dia lagi sambil berjalan ke arah barisan pokok tempat dia pergi tadi. Dalam hutan tu dipenuhi oleh pokok2 pine yang tinggi dan besar. Memang gelap apa pun tak nampak. Kusuluhi sekitar tempat dan kemudian ke arah pokok2 dalam hutan tu. Takde apa2. Takde langsung bunyi loceng dia. Bayang lubang hidung dia pun tak nampak.


Aku dah mula cuak, gelabah dah mula datang. Sayup2 terdengar bunyi derapan macam sesuatu sedang perlahan2 berjalan memijak ranting2 dan daun2 dalam hutan tu. Ah, tak boleh jadi ni. Entah ke mana pulak si Jake ni pergi. Hati aku yang dah tak sedap ni kuat mengatakan yang aku harus pergi semula ke kemah, unggun api yang marak tu pasti boleh bantu hilangkan rasa gusar dan memberi rasa selamat. Aku pun patah balik pergi ke trak yang memang letak betul2 sebelah kemah untuk ambik senapang patah. Tiba2 terdengar bunyi salakan anjing yang sedang panik ketakutan betul2 dari dalam hutan depan aku. Jake mencicit berlari laju dengan penuh kalut menyalak2 denga kuat dan ketakutan menuju ke arahku, lepas tu terus pergi menyorok kat belakang aku. Kemudian dia pergi sambung sembunyi bawah trak pulak.


Aku panggil pujuk dia keluar dan periksa keadaan dia. Meremang bulu tengkuk aku bila dapati loceng yang disangkut pada kolarnya dah takde. Kalau Jake cuma merayau2 kat dalam hutan berhadapan dengan aku, siapakah atau apakah benda yang pakai loceng berbunyi2 dengan lama dekat belakang aku tadi?


Aku terus bawak Jake masuk trak dan malam tu kami tidur dalam trak sampai pagi.

“””””””””””””””””””””””””””””””
 
Back
Top
Log in Register