lencai dan leng lui tau x maksud apa?
Leng chai = "Cantik anak/budak/lelaki" = lelaki hensem
Leng lui = "Cantik anak/budak perempuan/perempuan = perempuan cantik
Tapau = bungkus = asal dari dialek Kantonis. Disebut "Da Bao" dalam Bahasa Mandarin. Frasa ini hanya digunakan di Malaysia.
Ngam ngam = tepat-tepat = asal Kantonis. Tiada sebutan seumpama dlm Mandarin
Kaw Tim = urus/bereskan = asal Kantonis. Ada sebutan seumpama dlm Mandarin tapi tidak setepat
Ping = ais = biasanya disebut "ping" dlm dialek2 cina dan "bing" dlm bahasa Mandarin
Kan cheong = teruja. Asal Kantonis. Disebut "jin zhang" dlm Mandarin
Sui/suey = celaka = asal kantonis/hokkien. Tiada sebutan seumpama dlm Mandarin
Ang pau = "merah paket" = paket merah = asal Hokkien. Disebut "hong pau" dlm kantonis dan "hong bao" dlm Mandarin.
Bak Kut Teh = "daging tulang teh" = sup daging tulang. Asal Hokkien. Disebut "yuk kwaat cha" dlm kantonis dan "rou gu cha" dlm Mandarin.
Perlu ingat bahawa dialek kantonis mempunyai pengaruh besar dalam penggunaan bahasa Cina di negara ini. Dialek kantonis paling berpengaruh di semenanjung tengah manakala dialek hokkien di utara, dan Mandarin di selatan.