BTC USD 81,519.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERKATAAN "SALAM"?? apa maksudnya??

sidiq90

Fun Poster
Messages
753
Joined
Oct 23, 2008
Messages
753
Reaction score
19
Points
15
Sekadar berkongsi ilmu...insyaAllah...

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS.43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan -“Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr..Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi
syariat dan
>berdosa, walaupun sekadar gurauan!
>Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum”
dengan
>“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
>
>Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita
ganti dengan
>perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”.
>
>Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
>“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah
gelaran untuk
>orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
‘BINATANG‘
>dalam Bahasa Ibrani.
>
>Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang
bermaksud
>‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
>Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita
ingatkan dia
>guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
>
Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang
bermaksud “DiBawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”


*mari kte share same2.... ;p

copy dr fb
 
kalau org bg sms salam kat aku,
aku reply

"ha. aku salam balik"
 
payah2 toksah bagi salam..panggil wei je..
 
Sebenarnya kita tak faham makna perkataan
itu yang kita dok main sebut aje. Apa2 pun
tima kasih TT, berkongsi info yang berguna
ini. Sama2 lah kita perbetulkan....
 
bye vs buy vs by
semua bunyinya sama
tapi kalau disebut lain tempat
lain lah maknanya

setau aku bye = god be with ye
 
Sekadar berkongsi..... Dalam sebutan melayu kalau depan pintu rumah selalu jerit assalammualaikuuuuum. panjangnya harakat kat belakang tu, dah lain maksudnya. patutnya 1 harakat.
 
Rujukan tambahan

cuba teliti apa perkataan yg terdapat dalam alquran

As-saaffat, 37 : Ayat 79

سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam

As-saaffat, 37 : Ayat 109

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim


As-saaffat, 37 : Ayat 120


سَلَـٰمٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَـٰرُونَ

Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun

As-saaffat, 37 : Ayat 130


سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِلۡ يَاسِينَ

Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas


As-saaffat, 37 : Ayat 181

وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِينَ

Dan salam sejahtera kepada sekalian Rasul

Yaa-Sin, 36 : Ayat 58

لَهُمۡ فِيہَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ (٥٧) سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ (٥٨

Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (57) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (58)

Adh-Dhariya, 51 : Ayat 25

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا*ۖ قَالَ سَلَـٰمٌ۬ قَوۡمٌ۬ مُّنكَرُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu! Dia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! (Sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang-orang yang tidak dikenal

Hud, 11 : Ayat 69

وَلَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُنَآ إِبۡرَٲهِيمَ بِٱلۡبُشۡرَىٰ قَالُواْ سَلَـٰمً۬ا*ۖ قَالَ سَلَـٰمٌ۬*ۖ فَمَا لَبِثَ أَن جَآءَ بِعِجۡلٍ حَنِيذٍ۬

Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang menggembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu. Maka tidak berapa lama selepas itu, dia membawa jamuan untuk mereka seekor anak lembu yang dipanggang.

Al-A'raf, 7 : Ayat 46

وَبَيۡنَہُمَا حِجَابٌ۬*ۚ وَعَلَى ٱلۡأَعۡرَافِ رِجَالٌ۬ يَعۡرِفُونَ كُلاَّۢ بِسِيمَٮٰهُمۡ*ۚ وَنَادَوۡاْ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَن سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُمۡ*ۚ لَمۡ يَدۡخُلُوهَا وَهُمۡ يَطۡمَعُونَ

Dan di antara keduanya (Syurga dan Neraka) ada tembok "Al-A`raaf "(yang menjadi) pendinding dan di atas tembok Al-A`raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

Az-Zumar, 39 : Ayat 73
وَسِيقَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ رَبَّہُمۡ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ زُمَرًا*ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَٲبُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُہَا سَلَـٰمٌ عَلَيۡڪُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَـٰلِدِينَ

Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk). (73)

Al-Ahzab, 33 : Ayat 44


تَحِيَّتُهُمۡ يَوۡمَ يَلۡقَوۡنَهُ ۥ سَلَـٰمٌ۬ۚ وَأَعَدَّ لَهُمۡ أَجۡرً۬ا كَرِيمً۬ا


Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera) dan Dia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.

*** SALAM masih lagi ditafsir sebagai sejahtera atau salam sejahtera dan banyak digunakan dalam al-quran dengan maksud ucapan salam... berbanding As-salam
 
salam = sejahtera



p/s:sila rujuk pakar berkaitan sebelum menyebarkan info yang tidak pasti kesahihannya
 
Back
Top
Log in Register