Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,591
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,591
- Reaction score
- 7,741
- Points
- 916
Akronim merupakan singkatan kepada istilah yang terbentuk daripada beberapa perkataan, diguna bagi memudahkan sebutan perkataan-perkataan itu tanpa perlu kita menyebutnya satu per satu. Boleh dibentuk dengan bermacam cara berdasarkan kepada kreativiti penciptanya, akronim kebiasaannya terbentuk daripada pengambilan huruf-huruf tertentu (biasanya yang terawal) yang digabungkan membentuk satu istilah baru. Negara kita punya bermacam akronim sendiri seperti BR1M, FELDA, MARA, RMK, UPSR, SPM dan sebagainya yang boleh disebut dan kita dah faham apa yang dirujuknya. Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa istilah yang terhasil sebagai akronim tetapi akhirnya menjadi satu perkataan rasmi yang kita gunam tanpa kita sedar istilah itu asalnya adalah akronim sebenarnya.
Scuba
Scuba
Kini dirujuk terus sebagai kata kerja perbuatan menyelam, skuba sebenarnya adalah akronim kepada Self-Contained Underwater Breathing Aparatus dengan mengambil setiap huruf pertama dalam istilah panjang itu membentuk akronim SCUBA. jika diterjemahkan istilah ini ke dalam bahasa Melayu, ia boleh berbunyi alatan pernafasan dalam air bersifat kendiri. Jika di-akronimkan, akan jadi PDABK. Langsung tak sedap bunyinya.
Captcha
Bila kita nak masuk mana-mana laman web yang memerlukan akaun, pasti tetingkap Captcha akan terpapar kan? Disuruhnya kita tulis teks, cari perkataan tersembunyi atau yang paling annoying klik gambar lampu trafik atau taip semula perkataan. Captcha mudah disebut. Nak menyebut istilah penuhnya; Completely Automated Public turing test to Tell Computers and Humans Apart adalah sukar.
Base Jump
Di Malaysia, aktiviti base jumping atau terjun tapak sudah mendapat perhatian mereka yang berani. Bagi saya - tak apalah. Yang berani, silakan terjun. Walaupun selalu disebut, tidak ramai yang menyedari base jumping sebenarnya akronim; singkatan kepada Building, Antenna, Span dan Earth; merujuk 4 lokasi di mana lompatan biasa dibuat. Span bukan merujuk kepada span mandi ya. Span itu adalah istilah Sepanyol merujuk kepada jambatan.
Pakistan
Sejarah penyatuan dan perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat negara India, Pakistan dan Bangladesh memang dikenali. Dari sejarah ini jugalah, nama Pakistan terbentuk hasil penyatuan beberapa kawasan berbeza. Walaupun lebih dikenali sebagai bangsa Pak atau Pakis, nama Pakistan sebenarnya dibentuk daripada gabungan nama Punjab, Afghan, Kashmir, Sindh dan BaluchiSTAN.
Radar
Sebut radar, automatik kita akan terbayangkan satelit. Sebut telinga radar, kita terus teringatkan kawan kita yang tidak bernasib baik ada telinga capang. 'Radar' merupakan akronim kepada RAdio Detection And Ranging, merujuk kepada peralatan yang mampu mengesan dan menghantar gelombang jarak jauh antara satu sama lain menggunakan gelombang elektromagnetik.
Sonar
Sonar
Seperti adik beradiknya radar, sonar juga adalah sebuah akronim yang terbentuk bagi merujuk kepada peralatan yang mampu mengawal gelombang. Bezanya sonar berfungsi dalam lautan. Sonar merupakan singkatan kepada SOund Navigation And Ranging, diguna bagi mengukur jarak di antara pemancar dengan apa saja hadangan yang ada didepannya berasaskan kepada prinsip pantulan gelombang.
Laser
Apa saja yang berkait dengan laser, pasti dilihat cool kan? Pedang laser, pistol laser, mulut laser, kereta Ford Laser. Semuanya menjadi idaman ramai. Sebut laser mudah. nak menyebut makna sebenarnya agak sukar. Laser adalah akronim kepada Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation, di mana cahaya mampu difokuskan ke satu titik bagi memfokuskan tahap radiasinya.
Minyak Canola
Jika anda cuba cari pokok kanola anda tidak akan menemuinya, walaupun di pasaraya banyak dijual minyak kanola dalam pasaran. Ini kerana 'kanola' tidak wujud. 'Kanola' atau 'Canola' dalam bahasa Inggeris adalah singkatan kepada CANada OLA atau Canadian Oil (minyak Kanada); sejenis istilah pemasaran bagi mewujudkan identiti kepada minyak benih keluaran negara itu. Bagi melayakkan sesuatu produk digelarkan 'Minyak Kanola', minyak yang terhasil haruslah dibuat daripada biji benih tumbuhan dari spesis genus Brassica, hanya mengandungi kandungan asid 2% serta beberapa syarat lain yang ditetapkan. Oleh kerana benih yang menghasilkan minyak ini dulu dikenali dengan nama rapeseed dan minyak yang terhasil digelarkan sebagai rapeseed oil, nama 'Canola' diperkenalkan bagi menggantikan nama lamanya.
Tak boleh bayangkan kita ke kedai nak beli minyak rapeseed. Habis lari semua gadis cashier kalau kita tanya "boleh tunjukkan di mana minyak rapeseed?"