TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkembang pula ke Felda dengan mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras Perkasa Felda (Perkasa Felda) bagi menampung minat peneroka menyertai pertubuhan itu.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata penubuhan jawatankuasa tersebut bertujuan memudahkan warga Felda di seluruh negara mendaftar sebagai anggota pertubuhan itu.
"Sebenarnya ramai orang Felda yang nak jadi ahli Perkasa. Namun dengan adanya jawatankuasa ini, maka mudah untuk mereka mendaftar sebagai ahli kerana ia diterajui oleh warga Felda sendiri.
"Ia juga bertujuan membantu warga Felda dalam isu-isu yang sering dibangkitkan kebelakangan ini. Penubuhan jawatankuasa ini adalah berikutan permintaan daripada orang Felda sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Perkasa Felda akan diterajui warga peneroka Abdul Razak Abdul Rahim sebagai Yang Dipertua.