BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkasa ambil alih tugas Pas

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.

Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.

‘‘Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi.

“Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Antara bukti Pas memperjudikan agama demi ‘membeli’ undi adalah tindakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara untuk bacaan al-Quran dan kuliah agama di masjid.

Pada masa sama, beliau berkata, Nik Abdul Aziz serta pucuk pimpinan Pas sehingga sekarang juga gagal menyatakan pendirian menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan 12 individu Islam.
http://www.utusan.com.my/utusan/inf...Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
 
abis tu tugas kerajaan yg mengaku negera msia nie islam camana plak?
 
meroyan pak berahim ni...hahahah
 
kah kah kah...lawak la ko berahim.esok ko ckp dgn rasmi ambil alih tugas PM lak
 
Jika ada org solat, kita juga dilarang membaca Al-quran dengan nada tinggi sehinggakan ganggu org lain beribadat..
 
Ilmu agama pak Berahim nie lagi tinggi dari mufti agaknya....saja nak besar2kan isu......hampeh...
 
Bagus PERKASA ni...teruskan usaha murni anda tu...harap lepas ni akan terlaksana hukum hudud, tiada lagi kes orang Islam murtad dan apa saja perkara yang boleh menganggu gugat kesucian Islam...CSL mulut cabul tu pun,kalau sekali lagi mencabar Islam...Perkasa harapnya tidak berdiam diri...
 
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.

Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.

‘‘Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi.

“Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Antara bukti Pas memperjudikan agama demi ‘membeli’ undi adalah tindakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara untuk bacaan al-Quran dan kuliah agama di masjid.

Pada masa sama, beliau berkata, Nik Abdul Aziz serta pucuk pimpinan Pas sehingga sekarang juga gagal menyatakan pendirian menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan 12 individu Islam.
http://www.utusan.com.my/utusan/inf...Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
ke.pala h0tak dialah.berahim oh berahim.menyampah sunggu aku tgk sandiwara keji ko.tuii
 
Kenapa tak ambil alih tugas UMNO pertahankan Islam???? Apa.... Oooo UMNO memang selama ni tak pertahankan Islam pun!!!!......Ok, OK...
 
Back
Top
Log in Register