BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkara 114 - Keanggotaan SPR..

qba437

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,538
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,538
Reaction score
92
Points
120
mengikut sinar harian edisi isnin 18 julai 2011, di bawah tajuk "Wakil parti bukan penyelesaian" pada muka surat N2..aku tertarik pada perenggan ke-5 dimana pengerusi SPR mengatakan

Cadangan ini boleh dibawa ke Parlimen untuk diusulkan dan kabinet boleh meletakkan cadangan nama. Tetapi sekarang undang-undang dimana pada Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, kerajaan memerintah (Kabinet) akan mencalonkan nama-nama pada majlis raja-raja..

dalam carian perkara 114..lain pula yang aku dapati

(1) Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.

(2) Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

:-?:-?..rasanya macam ada percanggahan antara kenyataan pengerusi SPR dan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan..kalu ikut kepahaman aku laa..:-?:-?
 
dari apa yang aku faham..PM dan Jemaah menteri menyenarai pendekkan nama yang bakal dilantik sebagai anggota SPR dan dipersembahkan kepada SPB YDPA..SPB YDPA pula akan membawa senarai ini untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Raja-raja...berdasarkan kenyataan nih

Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

:-?
 
kalau jemaah menteri & pm yg senaraikan, confirm....... (faham2 sendiri la)
 
kalau jemaah menteri & pm yg senaraikan, confirm....... (faham2 sendiri la)

aku baru perasan..Perkara 114 berkait pula denga Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan...

Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;
(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.

(3) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain Jemaah Menteri pada menjalankan mana-mana fungsinya selain—

(a) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;
(b) fungsi yang berkenaan dengan penjalanannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain.
 
dengan kata lain..kene buang habis segala Perkara yang terkandung dalam PP..baru dapat bersihkan SPR...:p:p
 
dari apa yang aku faham..PM dan Jemaah menteri menyenarai pendekkan nama yang bakal dilantik sebagai anggota SPR dan dipersembahkan kepada SPB YDPA..SPB YDPA pula akan membawa senarai ini untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Raja-raja...berdasarkan kenyataan nih



:-?

dari apa yang aku faham, perlantikan SPR tu oleh Tuanku YDPA, tanpa ada campurtangan eksekutif.

Perlantikan Menteri yang memerlukan nasihat oleh PM.

Tengok gayanya tak ada tulis pun "dengan nasihat Perdana Menteri".

Kalau ikut nada cakap Husam Musa sewaktu Bersih, Tuanku bebas nak bubar SPR bila-bila masa, dan Tuanku bebas nak lantik SPR baru.

Itu pertama kali aku dengar cakap macam tu.

Aku ingatkan SPR ni bawah eksekutif, dari cakap Husam tu aku tersedar.

Yang bo.dohnya pembangkang, perkara ni dia tak cakap kat rakyat (kecuali Husam).
 
elok la tu... SURUHANJAYA PERBO.DOHKAN RAKYAT (SPR)
 
teringat dulu spr pernah lantik kakitangannye yang sebenarnya adalah puteri umno
 
Back
Top
Log in Register