balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
JIKA anda ingin melangsungkan perkahwinan yang eksklusif, elegan, berkonsepkan mewah tetapi murah, tidak perlu pening kepala untuk mencari.
Anda hanya perlu berkunjung ke Klana Resort Seremban, kerana di sini pelbagai pakej perkahwinan disediakan mengikut citarasa dan bajet anda.
Bukan sahaja dewan makan, tetapi Klana Resort Seremban juga menyediakan bilik khas untuk pengantin yang ingin terus berbulan madu.
Pengurus Klana Resort Seremban, Mohd Yazid Mustafa berkata, pihaknya menyediakan pakej perkahwinan bermula RM75 bagi setiap orang, dan RM750 bagi satu meja yang bole dimuatkan 10 orang.
"Tawaran yang kami sediakan ini termasuk enam jenis menu makanan, red carpet, meja makan pengantin, bunga segar dan kek dummy setinggi lima tingkat untuk perhiasan di meja makan pengantin.
"Bagi dewan makan pula, kita boleh sediakan sehingga 1,000 orang bagi satu masa, dan dijamin selesa,"katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, Klana Resort Seremban boleh menyediakan pelbagai jenis dewan makan, mengikut kehendak pelanggan bagi mendapatkan kepuasan yang maksimum.
Katanya, pakej perkahwinan yang disediakan termasuk perkahwinan Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Manakala bagi menu makanan pula, pelanggan boleh memilih mengikut selera dan citarasa mereka.
"Kita yakin perkhidmatan, tawaran dan kemudahan yang disediakan di sini mampu memberi kepuasan kepada semua.
"Malah kita juga mempunyai kakitangan termasuk pelayan tetamu yang mencukupi bagi membantu melancarkan majlis perkahwinan tersebut.
"Tuan rumah tidak perlu bersusah payah dan pening kepala nak uruskan, kerana semuanya akan dikendalikan oleh kita," katanya.
Selain menyediakan pakej perkahwinan di Klana Resort Seremban juga menyediakan pelbagai jenis bilik seperti Superior, Deluxe dan Garden Wing.
Kesemua harga bilik ini, bermula dari RM240 sehingga RM270 termasuk sarapan pagi untuk dua orang.
“Keadaan bilik yang selesa, luas dan bersih dijamin dapat memberi keselesaan kepada semua pengunjung Klana Resort Seremban.
“Saya yakin, kepada mereka yang berkunjung buat pertama kali, pasti akan berkunjung lagi pada masa akan datang,” katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi di talian 017-3663832, atau email sebarang pertanyaan di [email protected], atau layari www.klanaresort.com.my