BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perjuangan Pas mengelirukan

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
BESUT - Perjuangan Pas dilihat mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan kenyataan bertentangan berhubung sesuatu isu iaitu perkara yang "dikatakan tidak boleh" sebelum ini tetapi kini "dikata boleh".

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata antara contoh kenyataan yang mengelirukan itu ialah pemimpin parti itu sebelum ini mengatakan haram bagi Umno bekerjasama dengan parti bukan Islam seperti MCA.

"Tetapi kini mereka (Pas) boleh pula berkawan dengan DAP dan tidak haram," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Menteri Besar Terengganu dengan jentera pilihan raya BN Kuala Besut di sini hari ini.

Turut hadir calon BN bagi kawasan Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh dan calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar.

Idris ketika berucap sebelum itu berkata perjuangan Pas sejak akhir-akhir ini makin mengarut.

"Dulu dia (Pas) kata suara wanita aurat, tetapi sekarang dia ambil pula artis-artis wanita jadi calon pilihan raya umum kali ini," katanya.

Beliau berkata Pas kini sanggup mengambil artis untuk menjadi calon sebagai wadah perjuangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Pas meletakkan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin bertanding di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan untuk menentang calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. - Bernama
 
Mat Said cuba mengelirukan rakyat yg tak keliru, ke PAS yg terkeliru sampai aku terkeliru dengan kekeliruan yg ditimbulkan Mat Said.. keliru mcm mana pun UMNO lebih mengelirukan dr segala kekeliruan sejagat. :)
 
nexus™;16956345 said:
aku dah mula benci dengan thread sampah TT

saya tak melihat apa yg dikatakan bro ni betul,sebab mmg ada logiknya pun ada yg dikata pasal perjuangan pas yg semakin mengelirukan.

dulu matlamat utama nak jadikan negara islam telah ditukar kepada negara berkebajikan,hudud tidak lagi disentuh oleh pas
 
pas parti politik.
demi survival politik kena buat apa yang perlu.
itu normal.boleh diterima.
 
Back
Top
Log in Register