BTC USD 82,503.4 Gold USD 4,179.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perjanjian Hudaibiyah

zammmm

Super Active Member
Messages
8,242
Joined
Oct 10, 2010
Messages
8,242
Reaction score
415
Points
86
Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah.

Isi Perjanjian Hudaibiyah

Gencatan senjata selama sepuluh tahun.

Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.

Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.

Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.

Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.

Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.

Sebab berlakunya perjanjian

Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah".

Hikmah Perjanjian Hudaibiyah

Berkembangnya syiar Islam.

Kehidupan masyarakat aman dan damai.

Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.

Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.

Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.

Kesan Perjanjian Hudaibiyah

Musyrikin Quraisy semakin lemah.

Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.

Rasullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.

Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.

ps: ini adalah contoh terbaik yg menunjukkan islam tidak melarang umatnya untuk melakukan perjajian dgn kaum kafir...termasuk utk bersatu pada dan bekerjasama dlm membina hal2 kebaikan...

Walaupun menurut para sahabat Nabi saw kala itu, isi Perjanjian Hudaibiyah tak berpihak pada umat Islam, tapi Allah menyebutnya dengan kemenangan. Perjanjian Hudaibiyah seperti gerbang bagi rangkaian kejayaan umat Islam selepas itu.

Peristiwa tersebut adalah seperti mukaddimah bagi kemenangan Islam seterusnya.... Bermula dari penaklukkan Khaibar, diteruskan dengan Umratul Qadha' yang disertai sekitar 2000 orang, dan kemuncaknya dengan terbebasnya kota Makkah.

Dengan adanya Perjanjian Hudaibiyah, Nabi saw mempunyai kesempatan untuk melebarkan sayap dakwah dan menyeru para raja melalui risalahnya. Dunia pun bergoncang. Cahaya Islam berkembang ke seantero alam.itulah yg kita harapkan berlaku di mana2 termasuk di malaysia...

semoga bermanfaat...:)paid
 
bro,

zaman rasulullah takda politik kepartian.
skarang ni dah jauh beza, buat baik ngan yg kafir, sesama Islam ditolak plak.
 
Hudaibiyah Treaty spelled the fall of Khaybar and consequently the fall of Quraisy in Makkah.

Perjanjian Hudaibiyah ni bukanlah perjanjian keamanan sebaliknya hanyalah perjanjian gencatan senjata yang diilhamkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW. Perjanjian ini adalah kemenangan besar yang dianugerahkan Allah kepada umat Islam ketika itu.

Selepas peperangan Badar, Uhud dan Khandaq kedudukan adalah seri antara kaum muslimin dengan pihak musyrikin Quraisy. Tiada mana-mana pihak yang beroleh kelebihan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun kedudukan kaum muslimin lebih terancam kerana tersepit di antara ancaman musyrikin Quraisy di selatan dan kaum Yahudi di Khaybar yang terletak di utara Madinah. Kaum Yahudi yang mengkhianati kaum Muslimin dalam perang Khandaq telah lari ke Khaybar dan terus mengancam kaum Muslimin dari sana. Jika kaum muslimin tidak mengambil inisiatif segera maka dibimbangi Yahudi Khaybar dan Quraisy Makkah akan berpakat untuk menyerang kaum muslimin di Madinah. Ini amat membahayakan kedudukan kaum muslimin di Madinah. Dan kaum muslimin tidak boleh mengambil inisiatif menyerang mereka serentak kerana tidak mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian dan kaum muslimin juga tidak boleh menyerang Makkah dan Khaybar satu persatu kerana bimbang akan di serang dari belakang oleh salah satu dari mereka.

Maka sebab itu pada suatu hari dalam tahun ke 6 selepas Hijrah, Rasulullah SAW telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk membawa kaum Muslimin ke Makkah untuk menunaikan umrah. Maka Rasulullah SAW pun memerintahkan kaum Muslimin bersiap sedia dengan binatang korban untuk ke Makkah menunaikan umrah dan menghebahkan perkara itu ke seluruh tanah Arab. Menurut tradisi masyarakat Arab ketika itu, adalah menjadi hak untuk setiap Arab untuk melawat Kaabah yang dianggap Rumah Allah yang suci. Jika ada mana-mana pihak menghalang seorang Arab dari melawat Kaabah maka pihak itu akan diperangi oleh kabilah-kabilah Arab yang lain. Di sini musyrikin Quraisy berada dalam dilema kerana mereka tidak mahu Rasulullah dan kaum muslimin memasuki Makkah dan dalam masa yang sama mereka tidak boleh menghalang Rasulullah dan kaum muslimin dari melawat Kaabah. Begitu juga kaum Yahudi di Khaybar tidak boleh menyerang Madinah semasa kaum muslimin melawat Kaabah kerana seluruh kabilah Arab akan memerangi dan membantu kaum muslimin mempertahankan Madinah.

Maka musyrikin Quraisy telah menghantar sepasukan pahlawan berkuda diketuai oleh Saidina Khalid Al-Walid Saifullah untuk menghalang rombongan kaum muslimin di luar Makkah. Namun, Rasulullah SAW telah mengetahui tentang perancangan tersebut terlebih dahulu dan telah menukar haluan lain untuk memasuki Makkah. Akhirnya, kaum muslimin tiba di Hudaibiyah iaitu satu kawasan yang dianggap suci dan diharamkan berperang di situ. Rasulullah SAW memerintahkan kaum muslimin berkhemah di Hudaibiyah dan menyalakan sebanyak mungkin unggun api untuk memberi impression kepada musuh bahawa bilangan kaum muslimin terlampau ramai.

Taktik itu berjaya melemahkan semangat musuh dan akhirnya musyrikin Quraisy terpaksa mengalah dan menghantar wakil untuk berbincang dengan Rasulullah. Inilah sebenarnya hikmah yang dikehendaki oleh Allah apabila memerintahkan Rasulullah dan kaum muslimin menunaikan umrah iaitu memaksa musyrikin Quraisy ke meja rundingan dan seterusnya bersetuju untuk gencatan senjata. Melalui perjanjian ini juga secara tidak langsung mengangkat kedudukan politik kaum muslimin di mata kabilah-kabilah Arab yang lain sebagai setanding dengan Quraisy Makkah kerana kaum muslimin berjaya memaksa Quraisy untuk ke meja rundingan.

Dua minggu selepas perjanjian Hudaibiyah ditandatangani Rasulullah SAW telah memerintahkan kaum muslimin menyiapkan kelengkapan perang untuk menggempur kaum Yahudi di Khaybar. Kali ini kaum muslimin tidak perlu lagi bimbang dengan serangan dari belakang oleh Quraisy Makkah kerana telah ada gencatan senjata di antara kaum muslimin dan Quraisy Makkah. Akhirnya, ancaman Yahudi di Khaybar berjaya dihapuskan dan kejayaan ini telah membuka mata seluruh masyarakat Arab ketika itu tentang kepimpinan Rasulullah SAW yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT. Hikmah dari itu semakin ramai orang-orang Arab dan ketua-ketua kabilah Arab yang berpengaruh yang memeluk Islam. Kedudukan kaum muslimin menjadi semakin kuat dan kedudukan Quraisy Makkah menjadi semakin lemah dan mereka juga semakin hilang pengaruh di kalangan kabilah-kabilah Arab. Dan ini akhirnya membuka peluang untuk kaum muslimin menakluk Makkah beberapa tahun selepas itu setelah Quraisy Makkah mencabuli perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui.
 
bro,

zaman rasulullah takda politik kepartian.
skarang ni dah jauh beza, buat baik ngan yg kafir, sesama Islam ditolak plak.

bro..
kalau pn islam tp tk mahu menegakkn islam, itu kita panggil org

1)munafik,

"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".

2)fasiq

orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan. Ia juga bermaksud melakukan maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar.

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” (TMQ al-Maidah [5]: 47)

3)zalim
meletakkan sesuatu/ perkara bukan pada tempatnya.

zaman rasulullah dan para sahabat sndiri pn mereka memerangi org2 sebegini biarpn mereka mndakwa mereka islam.

wallahualam.kalau salah tolong betulkn.
 
Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah.

Isi Perjanjian Hudaibiyah

Gencatan senjata selama sepuluh tahun.

Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.

Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.

Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.

Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.

Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.

Sebab berlakunya perjanjian

Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah".

Hikmah Perjanjian Hudaibiyah

Berkembangnya syiar Islam.

Kehidupan masyarakat aman dan damai.

Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.

Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.

Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.

Kesan Perjanjian Hudaibiyah

Musyrikin Quraisy semakin lemah.

Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.

Rasullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.

Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.

ps: ini adalah contoh terbaik yg menunjukkan islam tidak melarang umatnya untuk melakukan perjajian dgn kaum kafir...termasuk utk bersatu pada dan bekerjasama dlm membina hal2 kebaikan...

Walaupun menurut para sahabat Nabi saw kala itu, isi Perjanjian Hudaibiyah tak berpihak pada umat Islam, tapi Allah menyebutnya dengan kemenangan. Perjanjian Hudaibiyah seperti gerbang bagi rangkaian kejayaan umat Islam selepas itu.

Peristiwa tersebut adalah seperti mukaddimah bagi kemenangan Islam seterusnya.... Bermula dari penaklukkan Khaibar, diteruskan dengan Umratul Qadha' yang disertai sekitar 2000 orang, dan kemuncaknya dengan terbebasnya kota Makkah.

Dengan adanya Perjanjian Hudaibiyah, Nabi saw mempunyai kesempatan untuk melebarkan sayap dakwah dan menyeru para raja melalui risalahnya. Dunia pun bergoncang. Cahaya Islam berkembang ke seantero alam.itulah yg kita harapkan berlaku di mana2 termasuk di malaysia...

semoga bermanfaat...:)paid

Perjanjian Hudaibiyah tu tak meliputi dalam hal-hal pentadbiran. Ia hanyalah perjanjian gencatan senjata je. Nak samakan dengan apa yang berlaku di Malaysia ni dengan perjanjian
Hudaibiyah memang jauh panggang dari api.
 
hal itu pd hemat kita termasuk juga dlm hal qias... kita boleh qiaskan hal2 yg melibatkan perkara berkaitan dgn apa yg pernah berlaku di zaman Rasullullah...
 
Perdamaian Hudaibiyah dan Sahabat (sebuah tragedi), apa hukum bagi yang meragukan Kenabian Muhammad SAW ?

Singkat ceritanya adalah sebagai berikut:

Pada tahun keenam hijriah Rasulullah bersama seribu empat ratus para sahabatnya keluar dari Madinah dengan tujuan umrah. Diperintahkannya para sahabat menyarungkan pedangnya masing-masing. Mereka berihram di Zil Hulaifah dan membawa binatang korban agar orang-orang Quraisy tahu bahwa mereka datang untuk umrah bukan untuk perang.

Karena sifat angkuhnya, orang-orang Quraisy tidak mau kelak ada penduduk Arab mendengar bahwa Muhammad telah masuk ke Mekah dan memecahkan benteng mereka. Diutusnya serombongan delegasi yang diketuai oleh Suhail bin A'mr bin Abdu Wud al-A'miri agar meminta Nabi kembali ke tempat asalnya. Tahun depan mereka akan diizinkan untuk umrah selama tiga hari. Orang-orang Quraisy juga meletakkan syarat yang berat yang kemudian diterima oleh Nabi berdasarkan kemaslahatan yang dilihatnya dan wahyu Allah kepadanya.

Namun sebagian sahabat tidak senang dengan sikap Nabi seperti ini. Mereka menentangnya dengan keras.

Umar bin Khattab datang dan berkata: "Apakah benar bahwa engkau adalah Nabi Allah yang sesungguhnya?"

"Ya", jawab Nabi.

"Bukankah kita dalam hak dan musuh kita dalam batil?"

"Ya". Sahut Nabi.

"Lalu kenapa kita hinakan agama kita?" Desak Umar.

"Aku adalah Rasulullah. Aku tidak melanggar perintah-Nya dan Dialah penolongku." Jawab Nabi.

"Bukankah engkau mengatakan kepada kami bahwa kita akan mendatangi Rumah Allah dan bertawaf di sana ?"

"Ya. Tetapi apakah aku katakan kepadamu pada tahun ini juga?" Tanya Nabi.

"Tidak".Jawab Umar.

"Engkau akan datang ke sana dan tawaf di sekitarnya." Kata Nabi mengakhiri.

Kemudian Umar datang kepada Abu Bakar dan bertanya: "Wahai Abu Bakar! Benarkah bahwa dia adalah seorang Nabi yang sesungguhnya?"

"Ya" Jawab Abu Bakar.

Kemudian Umar mengajukan pertanyaan serupa kepada Abu Bakar dan dijawab dengan jawaban yang serupa juga.

"Wahai saudara!" Kata Abu Bakar kepada Umar. "Beliau adalah Rasul Allah yang sesungguhnya. Beliau tidak melanggar perintah-Nya dan Dialah Penolongnya. Maka percayalah padanya."

Usai Nabi menulis piagam perdamaian, beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya:

"Hendaklah kalian sembelih binatang-binatang korban yang kalian bawa itu dan cukurlah rambut kalian." Demi Allah tidak satu sahabatpun berdiri mematuhi perintah itu sampai Nabi mengucapkannya sebanyak tiga kali. Ketika dilihatnya mereka tidak mematuhi perintahnya Nabi masuk ke dalam kemahnya dan keluar kembali tanpa berbicara dengan siapa pun. Beliau sembelih korbannya dengan tangannya sendiri lalu memanggil tukang cukurnya
kemudian bercukur. Melihat ini para sahabat kemudian menyembelih juga korban mereka, kemudian saling mencukur sehingga hampir-hampir mereka saling berbunuhan.

[Rujukan: Lihat buku-buku sejarah dan sirah. Juga lihat Shahih Bukhari dalam Bab as-Syuruthi Jihad 2:122; juga Shahih Muslim Bab Sulhul Hudaibiyah Jil. 2]

Demikianlah kisah Perdamaian Hudaibiyah yang disepakati oleh Sunnah dan Syi'ah secara singkat. Para ahli sejarah dan Sirah seperti Thabari, Ibnul Athir dan Ibnu Sa'ad menuliskan cerita ini pada buku mereka masing-masing. Begitu juga Bukhari dan Muslim.

Tidak mungkin cerita seumpama ini tidak menimbulkan sembarang pertanyaan atas sikap para sahabat terhadap Nabi mereka seperti itu. Apakah seorang yang berpikir waras akan dapat menerima ucapan orang yang mengatakan bahwa semua sahabat Nabi r.a. telah mematuhi seluruh perintah Nabi dan melaksanakannya. Bukti sejarah ini menafikan kebenaran ucapan seperti itu.

Dapatkah seseorang yang berpikir rasional menilai bahwa sikap seperti itu terhadap Nabi adalah hal yang kecil, atau dapat diterima atau dimaafkan?

Allah berfirman: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya."(QS. An-Nisa: 65)

Dalam peristiwa ini apakah Umar tidak merasa berat dalam menerima keputusan Nabi SAWW ataukah dia bersikap ragu-ragu terhadap perintah Nabi, khususnya ketika dia berkata: "apakah engkau benar-benar Nabi Allah yang sesungguhnya? Bukankah engkau berkata kepada kami..." dan seterusnya.

Apakah Umar juga menerima jawaban Nabi yang memuaskan itu? Tidak. Dia tidak puas dengan jawaban Nabi lalu pergi kepada Abu Bakar mengajukan pertanyaan yang serupa. Apakah dia menerima jawaban Abu Bakar dan nasihatnya agar mematuhi perintah Nabi? tidak tahu aku apakah dia terima lantaran jawaban Abu Bakar atau jawaban Nabi! Kalau tidak kenapa dia berkata terhadap dirinya, "Lalu aku telah lakukan beberapa perkara yang ..."

Hanya Allah dan RasulNya saja yang tahu apa yang dilakukan oleh Umar. Dan lihatlah keengganan sahabat-sahabat lain atas perintah nabi setelah itu ketika Nabi berkata: "Sembelihlah binatang korban kalian dan cukurlah rambut kalian!"

Tidak satupun dari mereka mendengar perintah Nabi ini hingga beliau terpaksa mengulanginya tiga kali tanpa ada kesan.

Subhanallah! hampir-hampir tidak percaya apa yang kubaca ini. Apakah sampai tahap ini para sahabat bersikap terhadap perintah Nabi? Jika cerita ini diriwayatkan hanya oleh golongan Syi'ah saja, maka aku akan katakanbahwa ini adalah tuduhan Syi'ah kepada para sahabat yang mulia. Permasalahnya sedemikian terkenal dan benar hingga semua ahli hadis Ahlu Sunnah Wal Jamaah meriwayatkannya dalam buku mereka masing-masing.

Dan karena aku telah berjanji untuk menerima apa yang telah disepakati, maka aku tidak ada pilihan kecuali menerima dan bingung. Apa yang harus kukatakan? Dengan apa aku harus "maafkan" sikap sejumlah sahabat yang telah hidup bersama Nabi selama hampir dua puluh tahun, dari awal Bi'thah sampai periode Perdamaian Hudaibiyah di mana mereka telah saksikan berbagai mukjizat dan cahaya kenabian. AlQuran juga telah diajarkan kepada mereka siang dan malam. Bagaimana seharusnya mereka bersikap dan beradab dihadapan baginda Nabi SAWW, dan bagaimana cara berbicara dengannya. Allah pernah mengancam untuk menggugurkan amal-amal baik mereka apabila suara mereka diangkat lebih keras melebihi suara Nabi.

Umar bin Khattablah (bisa saja) yang mempengaruhi sahabat-sahabat lain untuk mengabaikan perintah Nabi. Hal ini dapat dilihat lewat pengakuannya bahwa dia telah melakukan beberapa perkara yang tidak mau disebutnya; atau sebagian ucapannya yang berkata: "Aku terus berpuasa, bersedekah, sembahyang dan membebaskan hamba sahaya karena takutkan akan kata-kataku yang kuucapkan itu..." dan sebagainya seperti yang tercatat dalam berbagai buku. (lihat As-Sirah al-Halabiyah bab Sulhul Hudaibiyah 2: 706)

Bukti ini menunjukkan bahwa Umar sendiri sebenarnya mengetahui implikasi sikapnya seperti itu. Suatu cerita yang aneh dan ajaib, tetapi benar dan nyata.
 
Back
Top
Log in Register