Apa yang kau cakap tu betul.. memang aku pun selalu terfikir macam tu. Tapi aku selalu jumpa jawapan. Simple tapi logik.
Pertama sekali...Jahat atau baik dalam dunia ni kekutan dia sama 50/50. Jadi apa yang mendorong dia berlaku salah satu?.
Disini letaknya cara,usaha,ikhtiar,permintaan dan harapan dan faktor sekeliling.
Cthnya: Katakan aku nak gi merompak bank. Aku pun buat perancangan dan plan nak merompak. So aku pun ikut la plan tu. Dalam plan aku yang konon2 perfect tu aku lupa nak buat plan B utk kes2 sekiranya tak berlaku sepertimana yang dirancang, Maka rancangan rompakan aku tu akan gagal sekiranya tetiba tak berlaku seperti yang dirancang.
Cth kedua: Kau plan nak gi masjid untuk solat terawih. So kau pun siap2 bersihkan diri dan ikut jalan yang telah dirancang. Entah macam mana sampai tengah jalan ada pulak hujan turun secara tiba2 dan kau pulak tak sediakan payung. jadi rancangan kau juga akan gagal sebab tiada backup plan.
Aku cuba relatekan dalam kehidupan... Setiap apa yang kita nak buat seharian mesti kita akan rancang sama ada secara sedar atau tidak. Soalnya ia nak berlaku seperti yang dirancang atau tidak adalah bergantung pada rancangan dan faktor sekeliling.
Dalam hal ini aku tak boleh nak salahkan TUHAN sebab bagi aku kekuatan nak berjaya atau gagal adalah sama. Yang perlu kita buat hanyalah cari jalan, ruang, alat atau apa saja yang berkaitan bagi membolehkan ianya berlaku sepertimana yang kita nak sama ada baik atau jahat dari sudut syariatnya.
Kalau kau nak perut kau kenyang mesti la kau kena usaha pegi cari makanan dan suap dalam mulut, kunyah dan telan baru boleh rasa kenyang. Hukum adatnya memang macam tu dan pasti akan berlaku. Kalau kau dah kunyah semua bagai tapi tak telan maka "kenyang" takakan berlaku.
Kalau kau selalu sangat mengalami kegagalan kau kena renung balik plan yang kau buat, mesti ada loophole yang menyebabkan ianya gagal. Mungkin plan kau tu bergantung pada faktor luaran yang perlu kau elakkan bagi memastikan ianya berjaya.
Sebagai contoh: (Ini yang berlaku pada aku). Blacklist nak buat loan. Semua tempat aku buat kena reject. Finally aku cuba kat satu tempat tu dan aku tanya habis2an proses dan sebagainya dan bila aku puas hati dan yakin akan berjaya aku baru submit. Hasilnya.. Jeng jeng jeng. Aku dapat loan 70K walaupun NPL aku hampir 200K. Cuma aku tak boleh dapat interest yang rendah disebabkan halangan black list. Namun bagi aku 6.99% sudah cukup baik.
Kalau nak ambik kata2 Thomas Edison pun boleh je. Dia tak kata dia gagal, cuma dia hanya temui 1000 cara yang salah sebelum menemui 1 cara yang betul.(Lebih kurang macam tu la maksudnya).
Aku tak pasti kau paham ke tak apa yang aku maksudkan. Harapan aku semoga TUHAN bukakan kefahaman pada kau.
Itu sahaja yang mampu aku katakan buat masa ni. :-?
Last sekali aku nak pesan. Walaupun kekuatan jahat dan baik tu sama, jangan lupa pulak bila kau nak buat rancangan dan keputusan, soal hukum hakan sila letak di depan. Sekadar untuk menjamin keberkatan.... Senang sikit nanti segala urusan akan jadi smooth.
Kesimpulannya kalau kita buat sesuatu tu kena pada cara, tempat, saat dan ketikanya pasti akan jadi smooth sepertimana yang kita nak.
Mungkin dalam diri kau ada kelemahan perancangan kehidupan macam aku jugak. So aku sedang berusaha nak betulkan semua tu. yang lepas aku tak nak pikir, aku nak plan yang baru dan aku nak pastikan ianya smooth macam yang aku plankan...