"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif"
Labels: Dr M, Islam, Najib, Pas, Pilihan raya, Terengganu
Banyak pihak menyatakan pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan menjadi referendum kepada kebolehan Datuk Seri Najib Tun Razak. Malaysian Insider 30 November 2008 menggambarkan, pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan menjadi indikator tentang kebolehan Najib mengepalai dan merangsang gerombolannya serta meyakinkan para pengundi bahawa beliaulah masa hadapan negara ini. Kalau BN bungkus di Kuala Terengganu, Najib tak boleh lagi nak sorok muka dia di dalam hutan rimba kelemahan Abdullah. Tak boleh lagi dah kali ni.
Agaknya mungkin pilihan raya itu sangat dibimbangi akan menjadi mala petaka kepada kegianannya hendak menjadi Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dilihat mencederakan peluang Najib di Kuala Terengganu, saya dok rasa mungkin anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu menghubungi Dr Mahathir merayu pertolongan. Mungkin.
Mengenangkan Allahyarham Abdul Razak banyak berjasa kepadanya, Dr Mahathir akhirnya bersetuju membantu. Kalau benar teropong buluh saya itu, maka akhirnya lahirlah posting Dr Mahathyir dalam blognya yang bertajuk "Kuala Terengganu".
Dr Mahathir membangkitkan isu ****, hudud dan pemberian tanah kepada kaum Cina di Perak.
Isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir mungkin dianggap boleh membunuh peluang PAS di Kuala Terengganu. Saya tidak reti nak jawab apa yang dibangkitkan itu walapun saya penyokong PAS. Apa yang dapat saya lakukan ialah copy and paste apa-apa yang saya jumpa.
Mengenai isu hudud, antara yang saya jumpa adalah beberapa kenyataan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan juga kenyatan Najib, yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri:
Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud - amaran Dr Mahathir dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan
Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud - kenyataan Dr Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - kenyataan Dr Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan
Apabila hukum rejambatu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan bolehmeneruskan kerja - kenyataan Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan
Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - ucapan Dr Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan
Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja - kenyataan Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992
Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan - kenyataan Dr Mahathir , temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991
Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama- ucapan Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah