BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa besar dalam sejarah Bulan Ramadhan

1000518685.jpg


✨PERISTIWA PENTING DI BULAN RAMADAN ✨

Panglima Muhammad bin Qasim menakluk wilayah Sindh (Pakistan kini) dalam bulan Ramadan, menandakan permulaan pemerintahan Islam di benua kecil India.

#SirahRamadan
#ummahfadhilah
#indahnyaislam
 
1000518689.jpg


Hari ini pada tahun 2 Hijrah, tercetus Perang Badar.

Pertempuran ini adalah ujian besar pertama umat Islam selepas Nabi Muhammad SAW & pengikutnya di Mekah baru berhijrah ke Madinah, serta dianggap sebagai detik terpenting yang menentukan masa depan perkembangan Islam.

Ia bermula apabila Rasulullah SAW mendapat tahu ada rombongan karavan dagang, yang ditaja daripada hasil jualan harta umat Islam yang ditinggalkan ketika mereka berhijrah, sedang dalam perjalanan dari Syam (Syria) ke Mekah.

Maka Rasulullah SAW menghantar 313 orang untuk menyerang karavan tersebut di lembah Badar, kawasan di pertengahan laluan dagang antara Syam, Madinah & Mekah. Namun, pelan itu diketahui oleh Abu Sufyan RA, yang mengetuai rombongan karavan itu.

Lalu Abu Sufyan RA, yang ketika itu memusuhi Rasulullah SAW, menghantar utusan untuk memaklumkannya kepada pemimpin Quraisy di Mekah. Abu Jahal yang berang kemudian mengumpulkan sekitar 900 orang & berarak ke Badar untuk memusnahkan angkatan Islam.

Tentera Islam mendirikan kem di bahagian utara dekat laluan ke Syam, yang mana telaga air di situ dirosakkan lebih awal oleh tentera Quraisy yang berkampung di selatan, di pertengahan antara laluan menuju Mekah & Madinah.

Pertarungan bermula pada pagi 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah dengan tradisi kombat 3 lawan 3, yang berpihak kepada tentera Islam. Berang, barisan hadapan tentera Quraisy Mekah menyerang dengan keyakinan dapat menghancurkan tentera Islam dengan mudah.

Bagaimanapun, angkatan kecil Islam itu dibantu dengan kehadiran ribuan tentera malaikat, sepertimana difirmankan Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 12, yang menyebabkan tentera Quraisy gugur semangat lalu akhirnya lari dari medan tempur.

Pertempuran berlangsung hanya dalam beberapa jam & berakhir menjelang tengahari. 14 orang tentera Islam gugur syahid, sementara 70 tentera Quraisy terkorban termasuk Abu Jahal & 70 lagi menjadi tawanan.

*Gambar lokasi pertempuran yang juga tapak persemadian mereka yang terkorban dalam Perang Badar.

Sumber: New World Encyclopedia, Al-Arabiya

#PeristiwaHariIni
 
1000519526.jpg


✨PERISTIWA PENTING DI BULAN RAMADAN ✨

Pada 20 Ramadan Tahun 8 Hijrah, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat memasuki Mekah tanpa pertumpahan darah, menghapuskan berhala di sekelling Kaabah sekaligus membebaskan kota tersebut daripada amalan dan pengaruh jahillyah.

#SirahRamadan
#ummahfadhilah
#indahnyaislam
 
1000520584.jpg


✨PERISTIWA PENTING DI BULAN RAMADAN ✨

Sebelum berjaya membebaskan Baitul Maqdis, Salahuddin Al-Ayyubi terlebih dahulu menawan beberapa kota penting di Syam dalam bulan Ramadan 583H, sekaligus melemahkan penguasaan tentera Salib di wilayah itu.

#SirahRamadan
#ummahfadhilah
#indahnyaislam

------
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Indahnya Islam : klik https://telegram.me/indahnyaislam
 
1000521658.jpg


✨PERISTIWA PENTING DI BULAN RAMADAN ✨

Walaupun Mongol menawan Baghdad pada awal tahun 1258M, umat Islam tetap bangkit dan memenangi beberapa siri pertempuran penting dalam bulan Ramadan, sekaligus menghalang Mongol daripada meluaskan jajahan mereka.

#SirahRamadan
#ummahfadhilah
#indahnyaislam
 
1000522631.jpg


Hari ini pada tahun 40 Hijrah, Saidina Ali bin Abi Talib RA meninggal dunia.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 62/63 tahun akibat diserang oleh seorang lelaki daripada kumpulan Khawarij ketika sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Besar Kufa, Iraq, dua hari sebelumnya.

Saidina Ali RA menjadi Khalifah Rashidin menggantikan Saidina Uthman ibn Affan RA pada 36H, namun beliau berdepan tentangan daripada pelbagai puak termasuk Gabenor Syria, Muawiyah dari Bani Umaiyyah.

Dua perang saudara tercetus (Perang Unta dan Perang Siffin) dalam tempoh yang dipanggil Fitnah Pertama, membawa kepada pemansuhan Khalifah Rashidin dan pembentukan Dinasti Umaiyyah.

Apabila Saidina Ali RA bersetuju untuk menimbang tara dengan Muawiyah selepas Perang Siffin, ada kumpulan daripada tenteranya yang memberontak dan kemudian digelar Khawarij (mereka yang keluar).

Salah seorangnya bernama Abd al-Rahman ibn Muljam, dan mereka merumuskan bahawa kemelut Islam berpunca daripada Saidina Ali RA, Muawiyah dan Gabenor Mesir, Amr ibn As - dan mereka bertiga mesti dibunuh untuk menamatkan segalanya.

Maka pada hening pagi 19 Ramadan 40H, Ibn Muljam menetak Saidina Ali RA di kepala dengan sebilah pedang beracun. Dua hari kemudian, Saidina Ali RA syahid dan dimakamkan.

Ibn Muljam berjaya ditangkap dan dihukum bunuh secara Qisas oleh anak Saidina Ali RA, Hasan RA sehari selepas Saidina Ali RA dikebumikan.

*Gambar makam yang dipercayai makam Saidina Ali RA di Masjid Imam Ali, Najaf, Iraq.

Sumber: World History, Republika Id, Islamic Finder

#PeristiwaHariIni
 
1000525491.jpg


✨PERISTIWA PENTING DI BULAN RAMADAN ✨

Sekumpulan sahabat berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan daripada Raja Najashi yang adil setelah kezaliman Kaum Quraisy terhadap umat Islam semakin memuncak. Peristiwa ini membuka jalan kepada perkembangan Islam di luar Mekah.

#SirahRamadan
#ummahfadhilah
#indahnyaislam
 
1000525993.jpg


✨PERISTIWA PENTING DI BULAN RAMADAN ✨

Pertempuran yang hebat di antara Kerajaan Islam Mamalik Mesir dan tentera Mongol telah berlaku pada 25 Ramadan 658 Hijrah. Kemenangan berpihak pada tentera Islam. Kejayaan ini sedikit sebanyak mengekang misi perluasan wilayah oleh tentera Mongol.

#SirahRamadan
#ummahfadhilah
#indahnyaislam
 
1000526212.jpg


Hari ini pada tahun 8 Hijrah, dipercayai tarikh Jeneral Khulafa ar-Rashidin, Khalid al-Walid RA menghancurkan berhala Al-Uzza.

Al-Uzza adalah satu daripada tiga dewi utama bersama Al-Lat dan Manat yang disembah oleh masyarakat Arab pra-Islam terutamanya puak Quraisy & Kinanah. Berhalanya dibina pada tiga batang pokok akasia di sebuah lembah di Nakhlah dekat Mekah.

Selepas kuasa Islam berjaya menakluk kembali Mekah pada 20 Ramadan lapan tahun selepas Hijrah, Nabi Muhammad SAW telah segera mengarahkan supaya segala bentuk objek sembahan dan berhala yang wujud di kota itu dan sekitarnya dihapuskan.

Baginda mengutuskan Khalid al-Walid RA ke Nakhlah untuk menghapuskan berhala dan rumah sembahan Al-Uzza di situ. Jeneral al-Walid RA membawa 30 orang bersamanya, menjalankan misi itu dengan mudah dan kembali ke Mekah.

Bagaimanapun, Rasulullah SAW memberitahu Khalid RA bahawa berhala yang dimusnahkan itu adalah palsu, kerana beliau tidak berdepan sebarang cabaran atau apa-apa perkara yang luar biasa. Maka Khalid RA diperintah Baginda supaya kembali ke sana.

Sekembalinya Khalid RA di Nakhlah, penjaga rumah sembahan itu pantas melarikan diri. Kemudian Khalid RA menyeru nama Al-Uzza, lalu muncul seorang wanita Habsyi berkulit hitam yang berbogel dengan rambut panjang kusut menggerbang sambil meratap.

Tanpa ragu, Khalid RA melibaskan pedangnya lalu membelah wanita itu kepada dua, yang kemudian berderai menjadi abu. Beliau pulang dan melaporkan kejadian itu pada Rasulullah SAW, lalu dibalas Baginda, “itulah dia Al-Uzza.”

*Gambar: Al-Uzza (paling kiri) digambarkan sebagai dewi pahlawan, di tengahnya Manat dan kanan sekali Al-Lat.

Sumber: Al- Arabiya, Britannica

#PeristiwaHariIni
 
1000527798.jpg


✨PERISTIWA PENTING DI BULAN RAMADAN ✨

Rasulullah ﷺ memimpin 30,000 tentera Islam ke Tabuk untuk menghadapi ancaman Rom. Walaupun tidak berlaku pertempuran besar, ekspedisi ini menunjukkan kekuatan Islam dan mengukuhkan pengaruh Madinah di wilayah utara.

#SirahRamadan
#ummahfadhilah
#indahnyaislam
 
Back
Top
Log in Register