BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perisian Ini Berupaya Membaca Teks Yang Dikaburkan

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Screenshot-2022-02-28-at-9.07.07-PM.jpg




Penyelidik keselamatan dari Bishop Fox menyatakan bahawa pengguna yang cuba mengaburkan teks sebagai sia-sia kerana mereka telah berjaya membangunkan perisian yang dikenali sebagai Unredacter khusus bagi tujuan untuk membaca teks yang dikaburkan secara pixelation.

Menurut penyelidik itu, mengaburkan teks adalah tindakan yang tidak bijak kerana teks yang dikaburkan itu kononnya sebagai tujuan untuk melindungi privasi atau merahsiakan sesuatu boleh dibaca dengan menggunakan perisian yang dibangunkan mereka.

Screenshot-2022-02-28-at-9.12.19-PM.jpg


Sungguhpun perisian yang dibangunkan itu hanyalah sebagai satu konsep, tetapi penyelidik keselamatan tersebut mengesyorkan pengguna supaya sekali-kali tidak mengaburkan teks untuk tujuan rahsia atau sebagainya kerana ia terbukti boleh dibaca oleh perisian.

Penyelidik keselamatan itu menegaskan bahawa cara terbaik bagi melindungi teks yang ingin dirahsiakan pengguna itu adalah dengan menjadikan teks tersebut sebagai bar hitam sahaja.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register