BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Perisa Vape' rupanya dadah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
FB_IMG_1652958762353.jpg

Kuala Lumpur: Kegiatan sindiket menjual dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam bentuk perasa rokok eletronik atau 'vape' terbongkar selepas penahanan lima individu dalam tiga serbuan di sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menahan lelaki, 23, disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di kondominium di Jalan Kuching, di sini, 6.40 petang, kelmarin.

"Hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor, yang dipercayai dijadikan sebagai pusat memproses dadah.

"Dalam serbuan itu, kami menahan dua lelaki dan seorang remaja perempuan berusia antara 14 hingga 28 tahun.

"Remaja perempuan itu dipercayai teman wanita kepada salah seorang suspek lelaki berusia 25 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Eng Lai berkata, siasatan lanjut dilakukan membawa kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berusia 34 tahun di kondominium di Jalan Cemur, di sini, 11.30 malam tadi.

"Tangkapan itu dibuat selepas pihak polis mendapat maklumat daripada semua suspek yang ditahan berkaitan rakan mereka yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar kawasan Dang Wangi.

"Secara keseluruhannya, kami berjaya merampas sebanyak 4,210 mililiter (ML) dadah sintetik jenis MDMA dan air ketum sebanyak 7,000 ML yang dianggarkan berjumlah RM210,570," katanya.

Beliau berkata, sindiket terbabit dipercayai aktif sejak tahun lalu dengan menjual dadah berkenaan di dalam botol perasa 'vape' bersaiz 10 milliliter di Lembah Klang pada harga RM150 sebotol.

"Siasatan lanjut dalam kes ini masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek lain yang terbabit dan dari mana sumber bekalan diperolehi.

"Hasil tangkapan dan rampasan itu, kami berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang," katanya.

-Hmetro
 
x pasal ii high. kekeke
 
lepas ni bolehlah haramkan vape sebab penyebar dadah... dari ko tak isap dadah.. terus jadi penagih dadah...
 
Bahaya gak kalau hari2 isap vape yg isi dadah ni. Dah jadi mcm penagih tegar .
 
Back
Top
Log in Register