BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Periksa kereta jumpa pistol

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


BANDA HILIR - Tindakan sepasukan anggota polis memeriksa sebuah kereta yang diletakkan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Hang Tuah, di sini, awal pagi kelmarin, membawa kepada penemuan dua pucuk pistol serta 22 peluru hidup.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM6,390 dan enam telefon bimbit milik suspek.

Berikutan penemuan itu, polis terus menahan lima suspek, termasuk seorang wanita, kesemuanya berusia antara 27 dan 44 tahun bagi membantu siasatan.

Anggota polis dari Balai Tengkera itu dikatakan sedang membuat rondaan apabila ternampak kereta jenis BMW itu, di mana tiga daripada suspek, termasuk wanita yang merupakan pemandu kereta itu, berada di dalam kenderaan, dua lagi di luar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Ko*misioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, hasil pemeriksaan terhadap seorang suspek, polis menjumpai sepucuk pistol Heckler & Koch GMBH 9mm dengan tujuh butir peluru di dalam kelopak, manakala 10 lagi di dalam sebuah beg.

Menurutnya, sepucuk lagi pistol, jenis Smith & Wesson .038 special bersama lima butir peluru ditemui di dalam beg sandang kepu*nyaan seorang lagi suspek.

“Apabila pemeriksaan dijalankan terhadap suspek wanita, polis menemui wang tunai berjumlah RM6,390 di dalam sebuah beg sandang.

“Bagaimanapun, pemeriksaan terhadap dua lagi suspek yang berada di luar kereta tidak menemui apa-apa,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini semalam.

Raja Shahrom berkata, siasatan awal polis mendapati, semua suspek lelaki mempunyai rekod jenayah.

Bagaimanapun menurutnya, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti sama ada mereka turut terbabit dalam sebarang kumpulan jenayah.

“Kita juga masih menyiasat motif dan ujuan mereka ke Melaka, kerana mereka didapati berasal dari luar negeri ini. Mungkin mereka terlibat dalam kegiatan dadah. Kita masih menyiasat kerana banyak kemungki*nannya,” katanya.

Difahamkan suspek wanita itu berasal dari Bandar Tun Razak, Cheras, manakala empat suspek lelaki, masing-masing dari George Town, Kulim dan Bukit Mertajam.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/periksa-kereta-jumpa-pistol-1.28970
 
wow..ni supplier pistol ke??
elok plak dalam kotak bagai..
 
peh bahaya betei skang ni ramai org jahat
 
wow..ni supplier pistol ke??
elok plak dalam kotak bagai..

tue kotak polis punya la.... klu barang kes jenis senjata memang ltak dalm kotak jenis nie
 
Back
Top
Log in Register