BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal Taska PASTI

Mereka mahukan pahala dengan kerja-kerja kebajikan ini. Inilah sumbangan mereka melalui PAS. Ada suami yang berkorban masa isteri mereka dengan menjadi guru PASTI semata-mata mahu melihat anak-anak kecil di kampung-kampung mereka, pandai membaca, menulis dan mengira”

————-

Ari tu tok imam tok bilal siak dpt pahala jugak..tp tak cukup mkn 😂
 
Alhamdulillah, PASTI di sekitar Kota Kinabalu boleh tahan juga banyaknya.

Pernah sekali join abg ipar punya anak event sukan pelajar gabungan Tadika Pasti seluruh Kota Kinabalu.

Memang anak-anak dididik untuk mengukuhkan ajaran Islam. Ibu bapa pun sejajar dengan yang dituntut ajaran Islam.

Ada juga bukan penyokong PAS tapi sekolahkan anak ke PASTI. Tapi bukan itu isunya. Isunya adalah menanamkan didikan ajaran agama dalam diri anak-anak.

Seronok tengok anak-anak kecil mendalami ajaran Islam di usia yang muda.

Memang terbaik.
 
Wa nampak PAS, wa meloncat. :ROFLMAO:

Ey4Xg8.png
 
علماء ڤون مريك چرچا دان ڤرماءينكن

اينكن ڤولاق انسان بياسا يڠ بروسها اونتوق اسلام

اصل بوليه جادي باروا د اي ڤي
 
علماء ڤون مريك چرچا دان ڤرماءينكن

اينكن ڤولاق انسان بياسا يڠ بروسها اونتوق اسلام

اصل بوليه جادي باروا د اي ڤي

Cari rezeki kot.

Ey8HQZ.png
 
‘Ingin bertugas sebagai guru PASTI sampai hujung nyawa’

AZMI YUSOFJanuary 20, 2024

SEREMBAN: “Saya ingin bertugas sebagai guru PASTI sampai hujung nyawa,” ujar Ainin Sofia Hartini Tuah.

Hasrat murni tersebut diluahkan beliau usai menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK) pada Majlis Konvokesyen Perguruan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia kali ke-14, di Nilai Spring, di sini hari ini.

Majlis bersejarah itu meraikan graduan Institit Latihan PASTI Malaysia dari seluruh Malaysia yang telah menamatkan sesi pengajian mereka setelah tiga tahun berhempas pulas berjuang.

“Ini hadiah untuk ayah dan ibu saya. Merekalah orang pertama yang memberi galakan dan perangsang pada saya untuk berkhidmat sebagai guru PASTI.

“Ramai juga bertanya, tak nak mohon kerja lain ke, dapat gaji lebih sikit dan bermacam lagi insentif lain, saya jawab, tak mahu, insya-Allah saya ingin bertugas sebagai guru PASTI sampai hujung nyawa,” ujar anak kedua dari lapan beradik ini bersemangat.

Menurut mantan graduan dakwah, Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Muhammad ini, jika soal wang dan keselesaan menjadi keutamaan mungkin beliau tidak memilih guru PASTI sebagai kerjaya, tetapi niatnya berkhidmat melebihi keinginan nafsu dan peribadi.

“Tak ramai anak muda sanggup berkhidmat sebagai guru PASTI kerana gajinya kecil, saya sedar hakikat itu sejak 2018 hingga hari ini saya bertugas tapi saya tak mahu berhenti kerana niat saya bertugas untuk membantu jamaah,” ujarnya.

Beliau bersama dua orang lagi rakannya dari PASTI Bentong iaitu Faridah Hanna Khamis, 46, dan Cik Kamalia Othman, 46, merupakan antara 49 graduan DPAK Institut Latihan PASTI Malaysia, Pahang terlibat dalam konvokesyen membabitkan seramai 591 orang graduan dari seluruh Malaysia.

Muallimah Siti Aisyah Ishak dari PASTI Al-Qawiyyul Amin, Bera juga turut dinobatkan sebagai salah seorang guru PASTI cemerlang dan dianugerahkan Anugerah Presiden. – HARAKAHDAILY 20/1/2024
 
‘Dalam konteks PASTI, jangan kacau’

AZMI YUSOFJanuary 26, 2024

Tuan Guru Dato' Hashim Jasin
ARAU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak mengacau Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) berikutan keputusan jemaah menteri mengenai penyelarasan sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara.

Menurut beliau, sehingga ini pihaknya tidak mengetahui mengenai perkembangan sistem prasekolah yang bakal diselaraskan sama ada ia akan memberi manfaat atau merosakkan sistem sedia ada.

“Dalam konteks PASTI, jangan kacau. PAS sudah mengurus dengan baik sejak tahun 1980-an dan terus berkembang pesat tanpa masalah.

“Kita akan pantau jika ada sebarang usaha yang boleh mengganggu PASTI dan hala tuju sistem berkenaan juga perlu dilihat terlebih dahulu,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, jemaah menteri memutuskan untuk menyelaraskan semula sistem prasekolah di seluruh negara bagi memastikan kualiti pendidikan awal kanak-kanak lebih terjamin dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyatakan Kementerian Pendidikan telah diputuskan untuk melaksanakan penyelarasan tersebut.

PASTI yang beroperasi sejak 1980, kini mempunyai 139,000 murid dengan 2,680 premis di seluruh negara membabitkan 9,002 guru.

PASTI juga menjadi pilihan bukan hanya ahli PAS malah pelbagai lapisan masyarakat termasuk ibu bapa dari pelbagai parti politik dan bukan Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamuddin, sebelum ini menyatakan kepercayaan ibu bapa terhadap PASTI antaranya disebabkan kurikulumnya tidak jauh beza dengan pendidikan arus perdana dan menitikberatkan nilai dan akhlak.

Tuan Guru Hashim menambah, walaupun kerajaan mempunyai kuasa, tetapi perlu diingat bahawa rakyat juga memiliki kuasa besar dalam menentukan haluan negara. – HARAKAHDAILY 26/1/2024
 
nak buat apa2 subjec tu ikut la std KPM utk pra sekolah utk subject teras, yang elektif tu nak tambah 10 subject pun tak kisah la

gaji cikgu pasti tu up la sikit, kasihanya la gaji dibawah paras kemiskinan bangla datang Malaysia pun gaji RM 1500.

400-500 tolak KWSP tolak socso tinggal baper je.
 
Back
Top
Log in Register