BTC USD 84,264.6 Gold USD 4,128.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal pendidikan agama anak-anak

Looprevil

Fun Poster
Messages
451
Joined
Feb 12, 2012
Messages
451
Reaction score
164
Points
23
384950_510299902315864_1732018893_n.jpg

Pendidikan Agama Islam untuk Anak-Anak harus dimulakan seawal mungkin dan diserapkan nilai-nilai Islam seperti yang disebut melalui hadith berikut:
Dari Abdullah ra Sabda Rasulullah Saw yang bermaksud,
“Ditegakkan Islam atas lima perkara: Pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, Pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasu
lullah, mendirikan sholat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan”
– Dari Hadith Riwayat Muslim

Dan Sabda Rasulullah Saw lagi :
“Apabila seseorang daripada kamu telah menunaikan ibadat sholat di masjid, maka apabila pulang jadikanlah sebahagian bahagian sholat itu untuk keluarga kamu (iaitu sholat bersama keluarga) Sesungguhnya Allah Swt menjadikan kebaikan untuk rumahnya (ahli keluarganya) daripada sholat tersebut.”
- Dari Hadith Riwayat Imam Muslim

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang Pendidikan yang diajar oleh Rasulullah Saw itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya sholat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya.
Jika kewajipan yg tertinggi iaitu sholat yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.
 
Orait... Thank Thread Starter untuk info nie... memang sangat bagus dan amat berguna...
 
zaman skrg, ramai ibubapa yg lebih menitikberatkan pendidikan barat utk anak2... doniya...doniyaaa... :(

Slide2.JPG
 
Back
Top
Log in Register