BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal Akhir Zaman

kalalah007

Junior Member
Messages
52
Joined
May 6, 2015
Messages
52
Reaction score
15
Points
11
Perihal akhir zaman..

tentang manusia yang melupakan tuhan..
melupakan sebuah pertemuan..
di hari kebangkitan / keputusan..
hari yang ditinggikan satu golongan..
serta merendahkan segolongan yang lain..

Maka apakah manusia tidak memperhatikan..
Dari apa mereka diciptakan..
Sehingga mereka sanggup mendustakan..
Keterangan keterangan al quran..

iaitu sebuah kitab yang menjelaskan..
sedang manusia terus dalam keraguan..
akan kebenaran dan kesempurnaan..
sehingga manusia terus mencari perantaraan perantaraan
untuk sampai kepada tuhan..
oleh itu berhentilah dari berbuat demikian..

Aduh sungguh kasihan..
Al quran kini telah ditinggalkan..
ayat ayatnya cuma dilagu lagukan dan dibuat pertandingan..
perintah tuhan tidak lagi dipedulikan..
merintihlah rasul minta pembelaan..
alquran tidak lagi dijadikan perlembagaan..

Sebuah kitab penuh perincian..
tapi manusia tidak mahu jadikan pedoman dan peringatan..
mana tahu ia membawa kebaikan?
tapi sayang ia disimpan dan dibiarkan..
malang sekali tidak mahu gunakan akal fikiran..
untuk memikirkan dan memahamkan..
dibiarkan kepada ahli agama untuk dibereskan..

tinggallah al quran sebagai kitab yang "suci"
yang diletakkan di atas rak rak dan laci laci..
sedangkan jika manusia meletakkan didalam akal dan hati..
pastilah itu tempat yang lebih suci dan lebih tinggi..
jika mereka mengetahui..

akhirnya al quran dibaca untuk orang mati..
bukankah selayaknya untuk diri sendiri?
atau adakah manusia tidak mengerti..
bahawa dosa dan amalan sendiri sendiri..
sesungguhnya al quran ini..
benar benar dapat mengeluarkan yang mati dari yang hidup serta mengeluarkan yang hidup dari yang mati..
maka pantaskan al quran dijadikan barang dagangan..
atau sebagai barang perhiasan..
sehingga tidak lagi digunakan...
untuk kesejahteraan insan..

maka benarlah kita sudah di akhir zaman..
maka apakah manusia ingin masuk syurga?
sedangkan hidup didunia bagaikan ahli neraka?
tidak pernah mahu jadikan bumi spt syurga di dunia..
agar manusia hidup sejahtera..
bahkan bertuhankan pula sistem syaitan tercela..
riba, judi, arak, zina berleluasa..
bermusuh berperang sesama seagama..
tidak sekali mahu mengikut kehendakNYA..

Maka adakah manusia yakin jihad itu diterima?
jika tidak mengikut jalannya..
hanya menduga duga dan berprasangka..
bahawa syurga menanti mereka..

Untuk itu pasti ada caranya..
baca quran dan fahamilah ia..
bagaimana cara para rasul menjalankan agama..
dari selemah lemah iman sehingga berjaya..
itulah jalan (sunnah) yang tuhan sediakan untuk para rasul tercinta..
Maka kita hendak ikut siapa?

Inilah hikmah dan sebabnya..
Mengapa beransur ansur diturunkan wahyunya..
sesungguhnya tuhan tidak menjadikan kesempitan / kesusahan dalam agama..
cuma agar manusia faham jalannya..
bila dah faham baru boleh laksana..
kalau tidak bingung dan sesat selamanya..
selama lamanya.
 
Back
Top
Log in Register