Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
Festival VW di Harewood House, Leeds menarik 15,000 peminat jentera buatan Jerman itu.- Agensi
LEEDS, Yorkshire - Seramai 15,000 peminat tegar jenama Volkswagen (VW) meluangkan masa hujung minggu berkumpul bersama di Harewood House di sini, lapor akhbar dalam talian Daily Mail kelmarin.
Seorang peminat jenama VW, Sooty Shuttleworth berkata, perhimpunan itu diadakan bagi mempamerkan koleksi kereta jenama VW masing-masing di festival VW yang diadakan sepanjang minggu ini.
Festival tahunan VW yang diadakan dengan tema In Praise of All Things VW itu sudah memasuki tahun kesembilan.
Katanya, festival tersebut semakin mendapat sambutan daripada pemilik kenderaan jenama VW yang tiba dengan model vintaj masing-masing.
Para penonton turut terpesona dengan pameran berkenaan yang akan berakhir dengan pengumuman pemenang perarakan kereta itu pada Ahad depan.
Pada festival tersebut, terdapat pelbagai jenis model VW dipamerkan. Malah, ada kereta itu yang kelihatan berkarat dan seperti tidak bernilai.
Volkswagen bermaksud 'kereta rakyat' di Jerman. Ia merupakan syarikat pembuat kenderaan ketiga terbesar di dunia ketika ini.
Syarikat itu diasaskan pada tahun 1937 di Jerman bagi membekalkan kenderaan baharu pada harga berpatutan kepada orang ramai. - Agensi
Last edited: