BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.

Majlis perasmian serentak ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dijadual berlangsung pada 8 malam dan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO.

Ketiga-tiga sayap pergerakan parti telah sebulat suara mahu perasmian itu dilakukan Ahmad Zahid yang merupakan naib presiden yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden. Tahun lepas, perasmian perhimpunan sayap dilakukan oleh ketua pergerakan masing-masing.

Sepertimana lazim, presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanatnya dalam Taklimat Presiden pada 2 petang ini, yang dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan.

Perdana menteri juga dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pembangunan Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC KL), yang bakal menjadi mercu tanda baharu di ibu negara.

Selain itu, beberapa acara sampingan di luar perhimpunan turut diadakan iaitu Konvensyen Penerangan UMNO 2016, Majlis Anugerah Nadi Negara (Wanita) 2016 dan pelancaran Laman Media yang juga akan disempurnakan Ahmad Zahid. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
 
mmg makan PAU la dedakian
 
Ada harapan tak ahli-ahli UMNO yang tak berpuas hati keluar parti dan tubuhkan parti baru?
 
parti melayu pakai bahasa penjajah sebagai nama parti
 
Bagus dah parti nie..
Semakin maju ke depan untuk martabatkan Islam..
Hidup melayu Islam..
 
PAU 2016 Perhimpunan Ampu UMNO 2016 bermula.....
 
sebuah parti yang paling unggul didunia dan tidak akan retak walau taufan datang melanda, ahlinya amat amat taat dan setia kepada pemimpin dan sanggup berjuang selagi nyawa dikandung badan.
 
maka berderet2 gula2 dan dedak2 ditabur disepanjang perhimpunan...takburrrrr
 
Back
Top
Log in Register