Daripada Abu Hurairah katanya : Rasullullah Shollallahu'alaihi wasallam bersabda :
"Banyakkanlah membaca selawat ke atasku pada malam Jumaat yang penuh mulia itu dan siang Jumaat yang penuh indah itu, kerana selawat kamu ketika itu diperlihatkan kepadaku."
Imam At-Tabrani - Kitab al-Awsath.
Rujuk Al - Lum'ah : Hadis 177 : ms102
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.) Riwayat Muslim)