BTC USD 85,302.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perfume..

Cartoon

Super Active Member
Messages
9,083
Joined
Apr 24, 2011
Messages
9,083
Reaction score
66
Points
70
Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kata mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagi la menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu. "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.
 
Hahaha... cara terbaik nak mengajar orang kerek dalam lif...
 
Back
Top
Log in Register