BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perempuan simpanan bongkar rasuah.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
BEIJING – Seorang bekas pegawai tinggi China dihukum penjara seumur hidup semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah berjumlah AS$5.8 juta (RM20.17 juta).

Bekas Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pembangunan Dan Pembaharuan Kebangsaan, Liu Tienan didapati bersalah menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk menerima suapan daripada beberapa individu berkepentingan.

Menurut dokumen mahkamah, Tienan menerima rasuah daripada beberapa ahli perniagaan yang memberinya wang tunai dan pelbagai hadiah lain termasuk sebuah vila di sini serta kereta sport Porsche.

“Tienan didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup.

“Tertuduh didapati bersalah berdasarkan fakta dan bukti yang mencukupi,” menurut dokumen mahkamah yang diperoleh pihak media.

Kes berprofil tinggi berkenaan dibicarakan di sebuah mahkamah di Langfang, dalam wilayah Hebei.

Perbicaraan tersebut dikawal ketat oleh pihak berkuasa dan hanya media tempatan yang dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

Tienan merupakan antara pegawai tinggi negara itu yang didakwa di mahkamah selepas Presiden China, Xi Jinping berikrar memerangi rasuah selepas beliau berkuasa dua tahun lalu.

Aktiviti Tienan terbongkar selepas seorang wanita yang juga perempuan simpanannya membocorkan perjanjian perniagaan meragukan dan penipuan lelaki itu kepada seorang wartawan. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm


du_02.1.jpg
 
Back
Top
Log in Register