BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Percaya Allah Tapi Tidak Kenal Allah

serban hitam

Active Member
Messages
1,147
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
Orang yang percaya Allah, tidak kenal Allah
Allah tidak ada erti apa-apa kepadanya
Allah bukan tempat rujuk dan harapannya
Masing-masing akan bertawakkal dengan kerajaan

Apabila kerajaan tidak membelanya dia kecewa
Ada yang bersandar dengan kekuatan fizikalnya
Manakala fizikalnya sakit atau zaman tua dia putus asa

Tidak kurang yang bersandar dengan orang kaya yang menolongnya
Apabila orang itu mati dia tidak tahu hendak hidup
Dia mati akal, buntu fikirannya, mati jiwanya

Ada juga yang bertawakkal dengan usahanya
Apabila usahanya gagal, derita jiwanya, gelisah hidupnya

Ada yang bertawakkal dengan ilmu dan kebolehannya
Apabila ilmu dan kebolehannya orang tidak gunakan
Hilang akalnya, tidak tahu bagaimana mahu hidup, terseksa jiwanya

Ada pula yang bertawakkal dengan ibu bapanya
Kerana ibu bapanya kaya, ada harta
Jika kekayaan ibu bapanya sudah tiada dia kecewa mungkin putus asa

Tapi jika mereka-mereka yang bertawakkal dengan selain Allah itu berjaya
Datang sombongnya, angkuhnya sangat ketara
Ramai orang yang tersinggung dibuatnya
 
Awak bercerita ttg msyirikn ALLAH atau nasihat ttg riya' En.Serban...
 
Wah srikandi ni siap pedang2 ni nak bunuh sape? Patutlah orang berugama lain memandang serong kat Islam. Sepatutnya kita kena tunjuk benda yang baik.
 
Wah srikandi ni siap pedang2 ni nak bunuh sape? Patutlah orang berugama lain memandang serong kat Islam. Sepatutnya kita kena tunjuk benda yang baik.
Nie off topic nie...huhuhu...sy bley pegang jea,klu hayun bkn kuat pun...:))
 
bnyk org tau sape allah tp x ramai yg kenal allah
bnyk org tau sape rasull allah saw tp x ramai yg kenal rasull allah saw
bnyk org tau sape guru sebenar guru tp x ramai yg kenal sape guru itu sebenarnya
bnyk org tau sape ibu bapa tp ramai yg x kenal sape ibu bapa mereka
byk org tau sape diri nyer tp x ramai yg kenal sape diri nyer sebenarnya
wallahualam
den pun samo cam apo yg den cakap kan heeeeeeeeeeee
 
sifat2 Allah yg diyakini oleh org islam adalah seperti yg terkandung dalam sifat 20. secara logiknya kita mampu membaca dalam buku2 apa itu sifat 20.

tapi bila kita menghayati dengan erti kata yg sebenar... semakin kita kenal semakin kita tidak kenal. kita manusia biasa tidak akan mampu mengenal Allah dengan erti kata yg sebenar.

jgn tanya saya ttg perenggan kedua tu. itu ulasan pengarang buku. baik kaji dan hayati sendiri sifat 20... apa maksud perenggan kedua tu
 
boleh jadi salah tafsiran dah thread ni nanti ......

"mengaku ada Allah ... menyembah Allah tapi tak kenal Allah seperti mengnal kita kepada laut tapi tak tahu kemana laut akan membawa kita belayar ....
 
Sesiapa yg benar2 kenal ALLAH dia kenal dirinya
Sesiapa yg benar2 kenal ALLAH dia lihat dunia ini fana dan tiada apa2 tapi hanya permainan sandiwara sahaja
Sesiapa yg benar2 kenal ALLAH dia akan selalu ingat akhirat
Sesiapa yg benar2 kenal ALLAH dia tidak akan pandang harta dunia
Sesiapa yg benar2 kenal ALLAH dia akan lakukan segala2nya dgn ikhlas kerana ALLAH.
 
Back
Top
Log in Register