BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Perbezaan ketara caj pengurusan mandi jenazah di hospital cetus kebimbangan waris.

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
356685-356685.jpg


Perbezaan ketara caj pengurusan mandi jenazah di hospital cetus kebimbangan waris.

Oleh - Admin BSKH.

Bagan Serai : Perbezaan caj pengurusan mandi dan kafan jenazah di Unit Forensik Hospital Taiping dan Hospital Parit Buntar menimbulkan kebimbangan dalam kalangan waris apabila bayaran yang dikenakan didakwa terlalu tinggi dan tidak seragam.

Seorang penduduk yang enggan dikenali mendakwa pihak pengurusan jenazah di Forensik Hospital Taiping mengenakan caj sekitar RM600 bagi pakej mandi dan kafan jenazah dewasa bersaiz badan standard.

Malah, menurutnya, caj tersebut boleh meningkat sehingga RM700 atau RM800 bagi jenazah bersaiz badan besar.

Dia menyifatkan kadar bayaran berkenaan sebagai terlalu tinggi dan membebankan waris yang sedang berdepan saat sukar kehilangan ahli keluarga.

“Manakala Bahagian Pengurusan Jenazah di Hospital Parit Buntar, caj yang dikenakan bagi pengurusan mandi dan kafan jenazah dewasa adalah RM450 sahaja dan kadar itu kekal sama tanpa mengira saiz badan jenazah,” katanya ketika menghubungi BSKH hari ini.

Menurutnya,terdapat beberapa waris yang tampil mengadu kepadanya mengenai caj tinggi yang dikenakan di Hospital Taiping, menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar dalam keadaan terdesak.

Sehubungan itu, dia menasihatkan waris agar lebih peka dan mendapatkan penjelasan terperinci berhubung kadar bayaran sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan pengurusan jenazah, khususnya di Hospital Taiping.

“Saya sarankan waris bertanya secara jelas dan menyeluruh tentang jumlah caj yang dikenakan supaya tidak terbeban dengan bayaran yang tinggi, terutama apabila melibatkan tambahan kos bagi jenazah bersaiz besar,” katanya.

Tambah beliau, waris yang terkesan juga disaran mengemukakan aduan secara rasmi kepada pihak pengurusan Hospital agar perkara tersebut dapat disemak dan ditangani sewajarnya demi menjaga kebajikan masyarakat.

Keterangan Foto : Sekadar Hiasan.

Kredit ➡️ Bagan Serai Kampung HalamanKu
 
Back
Top
Log in Register