BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbezaan IPO MITI dan IPO Awam

faizalyusup

Fun Poster
Messages
374
Joined
Aug 11, 2011
Messages
374
Reaction score
163
Points
23
Assalamualaikum,

Nampaknya masih ramai yang keliru antara IPO Awam dan IPO MITI.

Untuk pengetahuan anda Peruntukkan khas saham Bumiputera di MITI akan keluar dahulu sebelum IPO Awam. Prospektus hanya akan keluar bilamana Peruntukkan saham IPO Awam dikeluarkan. Selalunya peruntukan saham di MITI jauh lebih banyak dari IPO Awam.

Untuk melanggan IPO MITI –

Kita kena membuat permohonan, mengisi borang online serta melampirkan dokumen sokongan untuk dihantar ke MITI.

Untuk melanggan IPO Awam –

Ia boleh dilakukan 3 cara ;

Melalui online bank
Melalui ATM
Melalui Broker dengan mendapatkan borang permohonan untuk diisi.
Kepada yang berjaya mendapat tawaran IPO di MITI mereka masih boleh memohon untuk IPO Awam. Sahamnya sama cuma peruntukannya sahaja di tempat yang berlainan. Begitu juga bagi mereka yang mendapat pink form, mereka juga boleh memohon di IPO di MITI mahupun di IPO Awam.

Dalam apa keadaan sekalipun kita kena buka akaun CDS sebelum kita boleh melanggannya. Hubungi FY sekiranya anda ingin membuka akaun CDS ini.

FY harap artikel ini dapat menghilangkan kekeliruan anda. Kalau masih keliru jemput datang ke seminar Super Investor dimana FY akan menjadi penceramahnya. Di sana FY akan terangkan dengan lebih lanjut dan terperinci.

Layari www.seminarsaham.com.my

Sekian dulu.

Terima kasih.

FY
 
perkara ni dah banyak kali bincang tapi still nak tanya.

1 lot = 1000 atau 1 lot = 100 ?

tekiu
 
Sekarang dah standardize;
1 lot = 100 shares

tenkiu bro.. maknanya kalu sy nak beli 1 lot IPO Gas Malaysia harga par rm2.20 seunit .. sy perlu bayar rm220.00 sahaja untuk 1 lot dan bukan rm2200.00 yer.. gitu yer, tn?

jadi pemohon boleh apply bnyk lot dgn unit yg baru ni,kan.. kan..
 
benda tue x beza sgt. Nanti masa baloting akan undi ikut jumlah unit yang diapply. Chance nak dpat bergantung kepada bp banyak kita apply
 
tenkiu bro.. maknanya kalu sy nak beli 1 lot IPO Gas Malaysia harga par rm2.20 seunit .. sy perlu bayar rm220.00 sahaja untuk 1 lot dan bukan rm2200.00 yer.. gitu yer, tn?

Ya betul. Motivasinya adalah untuk membolehkan para pelabur yang kurang mampu untuk membeli dan membuat trading pada nilai yang kecil.
 
tenkiu bro.. maknanya kalu sy nak beli 1 lot IPO Gas Malaysia harga par rm2.20 seunit .. sy perlu bayar rm220.00 sahaja untuk 1 lot dan bukan rm2200.00 yer.. gitu yer, tn?

jadi pemohon boleh apply bnyk lot dgn unit yg baru ni,kan.. kan..

Memang tak salah tu. Jumlah minima boleh dipohon melalui tawaran awam permulaan (IPO) ialah 100 unit (melalui miti minima 1000 unit)

Walaubagaimana pun apabila membeli saham ni kita mesti kira kos yang terlibat bila nak jual nanti. Kalau premium tinggi memang tak kisah, tapi kalau premium rendah silap percaturan cukup-cukup cover kos je.:D
 
terima kasih..

apa maksud kos utk premium tu, tn?
 
Back
Top
Log in Register