BTC USD 84,530.8 Gold USD 4,265.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbaiki ranking dunia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
PERBAIKI kedudukan ranking pasukan bola sepak negara di peringkat antarabangsa.

Itu harapan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap skuad kebangsaan dalam usaha memudahkan pemain negara menjadi perhatian kelab-kelab bertaraf tinggi termasuk Liga Perdana England (EPL).

"Mungkin pemain-pemain kita ada sedikit sebanyak peluang. Tetapi disebabkan pasukan kebangsaan kita berada pada ranking terlalu bawah, ini menyebabkan mereka tidak mendapat perhatian.

"Mereka (seperti di EPL) ada dasar mereka sendiri iaitu hanya boleh menerima pemain dari negara di kedudukan 70 ke atas dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan skuad hoki Pahang di Hotel Shahzan Inn, Kuantan malam kelmarin.

Baginda berkata demikian bagi mengulas mengenai kesukaran yang dihadapi pemain negara seperti Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat untuk beraksi di kelab Queens Park Rangers (QPR) walaupun kelab itu bersedia untuk memberi peluang kepada mereka mengikuti latihan di sana.

Tambah baginda lagi, ini merupakan satu peringatan yang baik buat pasukan kebangsaan supaya dapat meningkatkan kedudukan ranking di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.

"Kalau boleh kita perlu membaiki ranking kita bukan sekadar kita menang di Sukan SEA atau Piala Suzuki tetapi apa yang lebih penting lagi adalah di peringkat Piala Asia dan Sukan Olimpik," titah baginda.

Dalam pada itu, baginda tetap berbangga kerana ramai pemain negara diberi peluang untuk bermain di peringkat antarabangsa sejak kebelakangan ini.

"Saya percaya dengan adanya peluang ini, ia akan memberi keyakinan kepada pemain itu untuk lebih bersemangat beraksi di mana-mana sahaja.

"Para pemain yang ditawarkan untuk bermain di peringkat anta- rabangsa juga perlu mempamerkan permainan yang bermutu bagi membolehkan mereka diberi kontrak dalam tempoh lebih lama," katanya.

Pada Khamis lalu, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah menjadi pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, Vion Zlate Moravce selama dua bulan.

Terbaharu, kapten skuad bola sepak negara, Safiq Rahim telah menerima tawaran rasmi daripada kelab Liga Divisyen Dua England iaitu Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan selama tiga minggu sebelum dipilih beraksi bersama kelab itu.
 
Benda ni patut buat lama dah....
xkan dah pegang jawatan x tau kot.....
 
safe yg tere x dpt safiq pulak yg dapat...:-?
 
kena byk menang kejohanan utama & menang frenly ngan negara2 ranking lbh tggi

batul.. xyahlah buat game nga kelab epl.. macam rugi je.. stkt 1 team kira oklah.. tp klu dah 3 team, x berbaloilah plak.. rasanyalah.. huhu
 
Orang Tua ni tau berharap je...tp apa je yg dia ada wat?..kasi jahanam sampai ranking jatuh lagi ada....
 
memang itulah peminat mahukan tapi setakat ckp je semua org blh, tapi dia yg dah pegang jawatan tu dah lama pun apa sgt hasilnya.
 
Back
Top
Log in Register