BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang Tok Janggut

Anda kenal Tok Janggut


  • Total voters
    0
tok janggut aku anggap hero sebab cara dia berjuang, tujuan dia berjuang dan dgn siapa dia berjuang.

tapi mat indera ni aku keliru dgn cara dia berjuang dan dgn siapa dia berjuang.:-?
 
Smoga Allah merahmati pejuang2 islam yg syahid...amin
 
laaaa hang ni spin selagi boleh... :)

British kata Mat Indera petualang... orang melayu kata PKM penganas di atas kekejaman mereka... dan disebabkan itulah sesiapa sahaja yang berjuang bersama PKM adalah juga penganas... penganas yg tak boleh dilabel sebagai pejuang kemerdekaan..

Ada ke sesiapa kata label "penganas PKM serta kuncu2 nya" yg diberikan itu adalah sebenarnya mengikut telunjuk British...

Ornag Melayu tak bo.doh macam hang... kalau tak orang Melayu zaman2 tu dah label semua pejuang menentang penjajah dulu sebagai petualang, sebagai penganas, sebagai penghianat.. sebaliknya orang2 Melayu zaman dulu kata mereka2 ini ialah pejuang, dan PKM ialah penganas..

PKM = penyembelih atuk nenek kita
PKM = menegakka fahaman komunisma
PKM = tidak menerima sebarang bentuk agama dalam perjuagannya
PKM = penganas

So

Mat Indera = komrad PKM
Mat Indera = PKM = semua diatas

heheh pusing lagi halim.... :)

MANTOPPPPP !!!!! :) :) :D :)paid :)paid :)paid
 
Tok Janggut - Pahlawan terhebat dari Kelantan (Legend)

PROFIL

Nama Sebenar : Haji Mat Hassan Panglima Munas
Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Biografi Ringkas

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat menyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun.
cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun.
kelapa sebanyak 3 sen setandan.
sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.

sumber - portal rasmi Kerajaan Negeri Kelantan

TJ1.jpg


image64wy%255B1%255D.jpg
 
Tok Janggut adalah pejuang tulen
diera penjajahan Inggeris

Semangat beliau masih diwarisi
oleh ramai rakyat Kelantan
yang benar-benar cintakan
keamanan dan kebebasan
dalam erti kata sebenar
 
huhuhu.... sedih bile melihat pic moyang den... :((
 
Back
Top
Log in Register