BTC USD 84,415.0 Gold USD 4,153.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang Tok Janggut

Anda kenal Tok Janggut


  • Total voters
    0
Cerita Bukit Kepong berlaku sebelum MERDEKA.

"Jadi sesiapa yang menyokong British pada masa itu
adalah pengkhianat bangsa, Agama dan Negara"

Mat Indra serang Rumah Pasong Bt Kepong ialah utk
menghancurkan alat dan talibarut British. Yang
mempertahankan Rumah Pasong tersebut BUKANYA POLIS DIRAJA
MALAYSIA, tapi SC dan Homegaurd yg dibayar oleh British
satelah mereka berjanji akan mempertahankan Penjajah.

Pihak British telah mengubah Nama PEJUANG KEMERDEKAAN sebagai
Komunis, sebab depa tahu Melayu benci Komunis.

Jadi siapakah yang Hero Dalam Drama BUKIT KEPONG ini
adakah penyerang Rumah Pasong tersebut ataupun
yang mempertahankan Instrument British disitu.
 
Manusia macam kau ni yang panggil Rosli Dhobi sang pembunuh agaknya.

Main percaya cakap tv dan radio.

Lepas tu melalak.




Kalau benci sangat apa-apa yang bukan kapitalis, suruh je UMNO jual Telekom tu.

Mana boleh gomen pegang syarikat kan? Itu kan dah sosialisme, pemilikan bersama kaedah pengeluaran.

Jual je semua GLC.

Biar Cina pegang semua ekonomi kat Malaysia ni.

KenPa ko ni DUNGU sgt???
Bila masa gomen pegang syarikat? Gomen uruskan syarikat atau pelaburan yg menggunakan duit rakyat dunguuuu...
Hasil dia disalurkan kembali kpd rakyat dgn pelbagai cara...
Sebab apa disalurkan kembali kpd rakyat? Sebab wang perlaburan itu wang rakyat, jadi dikembalikan semula kpd rakyat...
Tak sosialis pon...nmpk mcm sama tp tak serupa...
Si Komunis/sosialis dungu je yg akan ckp sama...

Pastu nk salahkan cina...
Kerajaan byk bagi peluang org melayu nk majukan ekonomi...
Buktinya adalah kemudahan pinjaman yg disediakan ketajaan...
Tp yg hampehnya pinjam reti, nk mmbyrnya liat...
Bisnes pulak ala kadar...pastu terlungkup...
Jgn lah nak kata kerajaan tak bg bantuan, berlambak kerajaan bg...
Geran2, TEKUN, dana belia 1 msia...
Itu belum kira lagi skim perumahan pprt, mesra rakyat etc...
Sapa yg buta hati dan dungu mmg tak akan nmpk, sebab tu masih mebgharap pada komunis dan sosialis...
Smpai kiamat lah kau dok berharap...kahkahkah dungu betul!
 
Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Malay%2Bstate.jpg


Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Tok%2Bjanggut3.jpg


Tok%2BJanggut4.jpg


Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

(Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah)

sign%2Btok%2Bjanggut.jpg


Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.

sumber


Buku sejarah mana yang kata Tok Janggut adalah pemberontak/penjenayah/penganas/penderhaka boleh bagi link.... bukan ke buku sejarah mengatakan Tok Janggut juga adalah seorang pejuang mementang penjajah...
 
Buku sejarah mana yang kata Tok Janggut adalah pemberontak/penjenayah/penganas/penderhaka boleh bagi link.... bukan ke buku sejarah mengatakan Tok Janggut juga adalah seorang pejuang mementang penjajah...

Itulah masalahnya, budak2 dungu ni masa sekolah baca buku sejarah komunis ciptaan pemimpin agung bangsat diorang...
Kan dah kantoi masa sekolah tak baca buku...
Novel sejarah subjek BM pon tak baca jugak...
Dia baca novel karl max je...
KANTOIII KEDUNGUAN!!!
 
1950 mesia masih belum merdeka... Org2 yg menentang british waktu tuh pejuang kemerdekaan ker atau pengkhianat
 
1950 mesia masih belum merdeka... Org2 yg menentang british waktu tuh pejuang kemerdekaan ker atau pengkhianat

Sejarah yang saya belajar dan kaji mengatakan Tok Jangut adalah pejuang menentang penjajah.. sejarah yg u belajar kata apa?
 
1950 mesia masih belum merdeka... Org2 yg menentang british waktu tuh pejuang kemerdekaan ker atau pengkhianat

Bro kena bezakan juga yg kononnya perjuangkam kemerdekaan negara tp at the same time zalim menumpahkan darah org awam yg mostly Islam melayu...
Org mcm ni nk iktiraf apa?
 
Alhamdulillah pihak british halau komunis dari menyebarkan ideologi anti keagamaan diorang ke tanah melayu

Dan tahniah umno kerana berjaya memerdekakan negara tanpa pertumpahan darah..

dan menerima Cina dan India jadi warganegara.

Kemudian meneruskan agenda British dalam undang-undang.

Memelihara kepentingan ekonomi British.

Memelihara status B.Inggeris melalui penipuan dan pengkhianatan kerana setelah berjanji menggunakan B.Inggeris hanya 10 tahun selepas kemerdekaan UMNO mempertahan malah menjadikan B.Inggeris kebal sebagai Bahasa Rasmi di samping Bahasa Melayu (tapi menjadikan B.Melayu tak berguna kerana B.Inggeris telah pun digunakan dengan meluas).

Meneruskan sistem sekolah mengikut bangsa yang membuatkan Cina dan India yang mereka terima sebagai rakan warganegara itu tidak berasimilasi dengan pribumi.
 
Bro kena bezakan juga yg kononnya perjuangkam kemerdekaan negara tp at the same time zalim menumpahkan darah org awam yg mostly Islam melayu...
Org mcm ni nk iktiraf apa?

Apa benda la...

Sebelum Melayu tu masuk hutan, yang pergi tangkap dan siksa diorang sampai diorang masuk hutan tu siapa?

Lepas tu bila diorang tentang semula British dan barua-baruanya, salahkan diorang semula?
 
Sejarah yang saya belajar dan kaji mengatakan Tok Jangut adalah pejuang menentang penjajah.. sejarah yg u belajar kata apa?

Nah, makanya kenapa Mat Sabu salah kalau dia mengatakan Mat Indera juga pejuang negara?

Tok Janggut bertempur dengan Polis berbangsa Melayu.

Mat Indera juga bertempur dengan polis berbangsa Melayu.

Salah Mat Indera di mana?
 
Back
Top
Log in Register