BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang jalan terakhir : Putin.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
MOSCOW - 'Ukraine dicemari dengan insiden rampasan kuasa bersenjata yang menentang Perlembagaan'.

Menurut laporan Agensi, kenyataan pertama sejak krisis Crimea bermula itu dikeluarkan Presiden Rusia Vladimir Putin selepas beliau mengarahkan 150,000 askar yang menjalani latihan ketenteraan berhampiran sempadan Ukraine sejak 26 Februari lalu supaya kembali semula ke pangkalan masing-masing.

Tindakan tersebut turut mencetuskan persoalan banyak pihak sama ada Moscow mula akur dengan gesaan Barat supaya tidak meningkatkan lagi ketegangan di Ukraine.

Selain itu, Putin turut mengulangi pendirian bahawa Rusia masih mengiktiraf Viktor Yanukovych sebagai Presiden Ukraine yang sah.

Menurutnya, Yanukovcyh telah memenuhi semua syarat yang terkandung di dalam perjanjian bersama pembangkang pada 21 Februari lalu, namun beliau menjadi mangsa permainan politik kotor di Kiev.

"Penduduk Ukraine mahukan perubahan, tetapi mereka tidak seharusnya menyokong tindakan kerajaan pimpinan Presiden sementara Oleksandr Turchynov yang secara terang melanggar undang-undang sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan.

"Peperangan adalah jalan terakhir kerana kami hanya akan menggunakan tindakan ketenteraan untuk melindungi penduduk. Bagaimanapun, pintu rundingan masih terbuka," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, tentera Rusia yang menawan pangkalan udara Belbek di wilayah Crimea dilaporkan melepaskan beberapa das tembakan ke udara sebagai tanda amaran kepada kira-kira 300 askar Ukraine.

Tindakan tersebut dibuat selepas ratusan anggota keselamatan tidak bersenjata itu cuba untuk merampas semula pangkalan tentera tersebut.

Media tempatan melaporkan tiada insiden pertempuran tercetus walaupun Moscow memberi kata dua kepada tentera laut di Crimea untuk menyerah kalah atau bakal berhadapan tindakan lebih buruk jika gagal berbuat demikian.

Sementara itu, Rusia turut memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Barack Obama mengancam untuk mengenakan sekatan ke atas mereka.

Pembantu ekonomi Kremlin, Sergei Glazyev berkata, Moscow akan mengurangkan kebergantungan ekonomi dengan Washington jika mereka mengambil tindakan melulu tersebut.

"Sebarang cubaan untuk mengenakan sekatan ke atas kami akan menyebabkan AS hilang kuasa serta-merta dalam sistem kewangan global," tegasnya.

Terdahulu, Duta Rusia ke PBB, Vitaly Churkin memaklumkan bahawa Yanukovych ada meminta bantuan tentera Rusia untuk 'menceroboh' Ukraine kerana beliau percaya negara itu kini di ambang perang saudara.

Menurutnya, Yanukovych khuatir dengan keselamatan penduduk di tenggara Crimea yang semakin terancam dan terdedah dengan tindakan keganasan.

Susulan daripada ketegangan semakin memuncak, 28 wakil negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) telah mengadakan mesyuarat tergempar kedua di Brussels selepas Poland yang terletak di sempadan Rusia dan Ukraine mula berasa terancam dengan konflik tersebut.


Gambar hiasan..:)

image.php

http://www.sinarharian.com.my/global/perang-jalan-terakhir-putin-1.257063
 
baru sj lepas olimpik musim sejuk , skrg perang pula
 
Ini semua lakonan semata2.
Rusia dengan Amerika ni sebenarnya satu kepala.
Mereka buat wayang nak kaburkan mata orang Islam.
 
kredit Tun Farul Azri

Berita dari Ukraine ini dimulakan dengan 'hype' kononnya
rakyat Ukraine ditindas dan mahukan pembebasan.. Ini
adalah propaganda besar..! Dalam drama yang kita
nampak sekarang ni hanya keterlibatan dari 2 negara
sahaja iaitu, Russia dan Ukraine.. Manakala kuasa besar
seperti US dah mula mengeluarkan amaran kepada Russia
(sehingga setakat ni).. Ok.. Sebenarnya ini adalah agenda
besar dari United States (US) yang disokong penuh oleh
European Unions (EU), United Nations (UN/PBB) dan
beberapa NGO antarabangsa yang lain.. Beberapa siri
'mesyuarat' dan perjumpaan diantara Barrack Obama dan
Vladimir Putin tak berlangsung dengan baik.. US dan
Russia tak berjaya mencapai kata sepakat.. Ada sebab.

Perang yang sedang dan bakal berlaku ni sebenarnya
melibatkan banyak negara.. Bukan dua je yop..! Segala
drama yang sedang ditayangkan pada kita sekarang ni
adalah satu perancangan teliti oleh semua mereka yang
terlibat atas izin dan ketentuan Allah Taala juga..
Ukraine merupakan sempadan di antara Russia dan
negara-negara Eropah selain dipisahkan oleh Laut Hitam
(The Black Sea).. Presiden Russia, Vladimir Putin ni pulak
bukan cap ayam punya jenis.. Bijak kepala otak dia ni..
Salah satu tujuan besar dari Russia ialah untuk
menguasai Laut Hitam ni dengan parking segala jenis tok
nenek kapal perang dan super-carrier diorang kat sana..
Untuk apa..?

Antara tujuan lain pulak Russia nak bungkus Ukraine ni
(yang mungkin ramai tak tahu) selain dari penguasaan
Laut Hitam ialah Ukraine adalah salah satu negara yang
mengeluarkan (serta mengalirkan dari bawah tanah) gas
asli dan menjadi pembekal & penyalur tetap kat negara-
negara dalam EU termasuk United Kingdom (UK).. Sebab
itulah Eropah dah mula panik sekarang ni.. So, diorang
mintak tolong laa kat US untuk guna kekuatan tentera
diorang tu untuk warning Russia.. Tapi korang ingat
Vladimir Putin peduli ke dengan amaran US tu..? Dia tak
heran pun beb..
Agenda yang sedang dijalankan ini juga merupakan salah
satu agenda final dalam menyempurnakan 'prophecy of
NWO - New World Order'.. (Bab ni aku tak payah cerita
laa.. Korang cari sendiri..

Ok sekarang aku explain apa yang aku kata nak explain
tadi.. Moh cerita tahyul sikit.. US dengan Russia ni
memang dari dulu tak ngam langsung.. Takkan boleh
ngam punya..! Semua orang tau.. Sejarah dunia dah
mengajar kita yang dua-dua kuasa besar ni memang
pangkah satu sama lain dan saling berlumba-lumba
dalam setiap bidang khususnya ketenteraan.. US
walaupun mengaku kat mulut sebagai sebuah negara
Kristian, tapi kiblat diorang ni yang sebenar-benarnya
adalah Zion.. Diorang ni bertindak sebagai 'tools' oleh
'The Hidden Hands' of Illuminati laa apa kejadah semua
tu laa yang korang dok selalu sembangkan sangat tu..

Russia pulak dimonopoli oleh Kristian yang 'true' (bak
kata bebudak Hardcore).. Kristian yang true ni, diorang
tak kowtim dengan Israel / Yahudi beb.. Gila ke apa nak
kowtim macam mana..? Dalam sejarah Kristian, orang
Yahudi ni laa yang bunuh Tuhan diorang Jesus tu.. Jadi
mana boleh ngam punya.. Atas sebab itu diorang ni juga
memusuhi dan tidak menyokong penubuhan negara haram
Israel.. Dan ini jugak merupakan kenapa Russia
bersungguh-sungguh nak bungkus Ukraine (untuk tapau
Eropah) dan boleh masukkan battleship serta super-
carrier diorang kat perairan sekitar termasuk laut Hitam..

Dipendekkan cerita, agenda Zion ni (Israel, US, EU, UK, UN
NATO dan beberapa NGO antarabangsa sebagai funder)
memang nak conquer seluruh dunia untuk complete kan
prophecies akhir zaman diorang.. Russia pulak tengah
main peranan untuk menyekat dan dari sinilah nanti akan
jadi seperti hadis Rasulullah SAW yang mana "orang-
orang Muslim akan bersepakat dengan kaum Romawi
sebelum bertembung sesama mereka pulak nanti dalam
perang yang akhir dekat Tel Maggedo.." Sebab apa..?
Korang tengok laa siapa ally dengan Russia sekarang ni:
1. China (ramai orang Islam dan musuh US jugak dari
sudut ketenteraan)
2. Iran (memang confirm dah musuh US)
3. Lebanon (pun musuh US dan Israel)
4. Belarus
5. North Korea
... Dan lain-lain lagi.

Semua yang berlaku sekarang ni adalah kesinambungan
dari tragedi-tragedi di Iraq, Libya, Mesir dan paling latest
di Syria.. US dah belajar dari banyak kesilapan diorang
dalam perang-perang sebelum ni apabila diorang hantar
tentera, tapi diorang hanya dapat bawak balik 'beg berisi
mayat'.. So, drama kali ni, diorang pakai pemain import'
atau 'player dari dalam'.. Diorang cuma funding dari segi
kewangan dan bekalan senjata je.. So kat sini diorang
dah cover cost dan mendapat keuntungan dari sudut low
casualties..

Yang lebih kelakarnya, negara-negara Islam lain sendiri
turun 'funding' pemain import ni semua untuk
menjatuhkan negara Islam lain yang menjadi musuh dan
ketakutan kepada US dan Israel secara amnya..

Contohnya Arab Saudi dan Qatar.. Kedua-dua negara ni
merupakan negara Wahhabi tepu, pekat dan likat.. Dari
pandangan aku, player import inilah akan membentuk satu
kumpulan dari Bani Kalb dari keturunan Abu Sufyan
menerusi nasab Muawiyah, seperti dalam sabda
Rasulullah SAW yang akan membentuk 'Tentera as
Sufyani' yang akan menentang angkatan Imam Mahdi
nanti..

Dipendekkan lagi cerita, perang yang meletus kali ni,
Inshaallah Taala (kalau diizinkan Allah) memang bakal
jadi punca kepada WW3.. Bunga-bunga cinta dia dah
ada.. Jazirah Arab dah bergolak lama.. Eropah dan Russia
dah menyusul.. It's gonna be a cold war at first.. Perang
dingin sebelum meletus 'Nuclear Holocaust' itu pun kalau
sempat sebelum bumi bakal dihujani dengan meteor-
meteor (NASA dah confirmkan) yang bakal menjadikan
tsunami, gempa bumi dan 1/3 penduduk bumi akan hilang
(Wallahualam)..
 
kredit Tun Farul Azri

Berita dari Ukraine ini dimulakan dengan 'hype' kononnya
rakyat Ukraine ditindas dan mahukan pembebasan.. Ini
adalah propaganda besar..! Dalam drama yang kita
nampak sekarang ni hanya keterlibatan dari 2 negara
sahaja iaitu, ................

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

info cmnila yg ku tunggu2.. xde button thanks:D:D
 
For madda russian. No problem, mengikut salah seorang forumer cg yang mendapat anugerah hero anti keganasan, as long as you are not muslim, you are not a terrorist. Biar hancur dunia pon takpe, tak salah perang, janji bukan islam .hanya islam dilarang mengangkat senjata walaupun nak mempertahankan diri
 
Back
Top
Log in Register