BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang Besar?!

mybizme

Active+ Member
Messages
3,078
Joined
Oct 18, 2008
Messages
3,078
Reaction score
17
Points
25
‘Elak perang besar’

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
[email protected]

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.

“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/inf...Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
 
mufti ni la yg jadi bom sebenarnya...mufti ke mufta?
 
tuan mufti spatutnya jgn campur bab politik....jaga perak dulu sbelum jaga mesia...maaf tuan mufti....
 
kesimpulan daripada ucapan Harussani ini ialah :

1) kekalkan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada.
2) kekalkan Parti yang mencipta Perlembagaan ini.
3) kekalkan UMNO sebagai pemerintah

oleh itu, untuk menyelamatkan berlakunya huru-hara dan perang besar, undilah [STRIKE]UMNO[/STRIKE], MCA, MIC dan Gerakan :)
 
dulu org hormat..skang org hamun...
 
betul ke mufti perak ckp macam tue... sumber ni sahih dan telus ke?
 
Kalo betul ada mcmtu,apsal dia tak repot ja kat Pulis?kira boleh mengancam keselamatan negara...ni dok pung pang sana sini.hampes betullah..
 
Back
Top
Log in Register