BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perancis larang burkini

du_02.1.jpg


Pakaian sut renang penuh atau burkini kini diharamkan pemakaiannya di kawasan pantai French Riviera. - Agensi

CANNES, Perancis – Datuk Bandar Cannes, David Lisnard mengharamkan pemakaian sut renang penuh atau burkini di pantai French Riviera kerana dianggap melanggar ‘adat baik dan sekularisme’, demikian menurut portal Le Figaro.

Sekularisme atau la Laïcité adalah salah satu prinsip penubuhan Republik Perancis.

Pakaian Islamik menjadi kontroversi di Perancis dan pada 2010, pemakaian purdah di tempat awam adalah dilarang.

“Pakaian pantai ini mempamerkan agama, apabila Perancis dan tempat-tempat beribadat menjadi sasaran serangan pengganas, boleh mewujudkan risiko gangguan ketenteraman awam (orang ramai, pergaduhan dan sebagainya) yang mana ia perlu dicegah,” lapor portal ber*kenaan.

Ketua Perkhidmatan Perbandaran di bandar itu, Thierry Migoule pula menambah:

“Kami bukannya bercakap tentang mengharamkan penggunaan simbol keagamaan di kawasan pantai tetapi pakaian ini merujuk kepada kesetiaan pergerakan pengganas yang sedang berperang dengan kami.”

Migoule berkata, burkini tidak kelihatan di Cannes sejak keputusan itu ditandatangani oleh Lisnard yang merupakan ahli Parti Les Républicains pada 28 Julai lalu.

Pada awal minggu ini, sebuah taman tema air di Marseille membatalkan rancangan untuk menjadi tuan rumah bagi acara peribadi wanita Islam memakai burkini selepas menerima bantahan politik. – Agensi



SYDNEY – Pengharaman burkini di Perancis telah melonjakkan jualan dan minat kepada pakaian renang menutup aurat itu terutamanya dalam kalangan wanita bukan Islam, kata warga Australia yang menghasilkan pakaian itu semalam.

Burkini mencetuskan kontroversi di Perancis dengan pakaian renang itu diharamkan di 15 buah bandarnya.

Larangan pemakaian burkini di pantai awam dibuat ketika ketegangan di Perancis memuncak selepas serangan berdarah oleh kumpulan militan.

Bagaimanapun, wanita berketurunan Australia-Le*banon, Aheda Zanetti yang mendakwa mencipta jenama burkini dan burqini sebagai pakaian renang pertama wanita Islam sejak sedekad lalu berkata, kontroversi burkini di Perancis telah menarik lebih banyak publisiti untuk produknya.

“Saya sangat sibuk. Kami menerima 60 tempahan pada hari Ahad, kesemuanya daripada wanita bukan Islam,” kata Aheda yang berusia 48 tahun dan tinggal di Sydney. Menurut wanita itu, pada kebiasaannya dia cuma me*nerima 12 tempahan pada hari hujung minggu.

Zanetti yang tidak mempunyai angka jualan untuk minggu-minggu sebelumnya turut berkata, dia menerima banyak mesej sokongan dan memperoleh hanya satu e-mel berbaur kecaman sejak pengharaman Burkini oleh Perancis itu.

Dalam pada itu, ketika pertikaian berhubung pemakaian burkini hangat diperkatakan di Perancis, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kelmarin menolak idea untuk mengharamkan burkini di negaranya.

Trudeau berkata, rakyat Kanada perlu meninggalkan kontroversi itu dan perlu saling menghormati hak serta pilihan individu. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...ub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4ID8dNmLh
Hakcipta terpelihara
 
ak pernah pakai jenis baju wetsuit tutup kepala,

selesa der, air sejuk lagi best, boleh tahan lama santai dalam air.

itu la islam ni indah, org bukan islam paham pakaian tutup pon ada guna gak.

xfaham lagi? gini le waktu musim sejuk ko tutup telinga, lagi lama ko tahan dalam situasi sejuk. paham kan.

arrr bagus
 
du_02.1.jpg


Pakaian sut renang penuh atau burkini kini diharamkan pemakaiannya di kawasan pantai French Riviera. - Agensi

CANNES, Perancis – Datuk Bandar Cannes, David Lisnard mengharamkan pemakaian sut renang penuh atau burkini di pantai French Riviera kerana dianggap melanggar ‘adat baik dan sekularisme’, demikian menurut portal Le Figaro.

Sekularisme atau la Laïcité adalah salah satu prinsip penubuhan Republik Perancis.

Pakaian Islamik menjadi kontroversi di Perancis dan pada 2010, pemakaian purdah di tempat awam adalah dilarang.

“Pakaian pantai ini mempamerkan agama, apabila Perancis dan tempat-tempat beribadat menjadi sasaran serangan pengganas, boleh mewujudkan risiko gangguan ketenteraman awam (orang ramai, pergaduhan dan sebagainya) yang mana ia perlu dicegah,” lapor portal ber*kenaan.

Ketua Perkhidmatan Perbandaran di bandar itu, Thierry Migoule pula menambah:

“Kami bukannya bercakap tentang mengharamkan penggunaan simbol keagamaan di kawasan pantai tetapi pakaian ini merujuk kepada kesetiaan pergerakan pengganas yang sedang berperang dengan kami.”

Migoule berkata, burkini tidak kelihatan di Cannes sejak keputusan itu ditandatangani oleh Lisnard yang merupakan ahli Parti Les Républicains pada 28 Julai lalu.

Pada awal minggu ini, sebuah taman tema air di Marseille membatalkan rancangan untuk menjadi tuan rumah bagi acara peribadi wanita Islam memakai burkini selepas menerima bantahan politik. – Agensi



image.jpg



NICE - PERANCIS. Polis di Perancis bertindak memaksa seorang wanita menanggalkan pakaian dipakainya di kawasan pantai dengan disaksikan pengunjung lain yang turut berada di kawasan tersebut ketika itu.

Memetik laporan Dailymail, empat pegawai polis kelihatan membuat rondaan dengan cota dan penyembur air lada di pantai Promenade des Anglais di Nice.

Wanita itu dirakam sedang berbaring seorang diri dengan baju berwarna biru dan skaf rambut warna sama sebelum dihampiri empat pegawai polis.

Wanita itu dikenakan saman selepas dipaksa menanggalkan pakaian luarannya dan hanya meninggalkan pakaian dalamnya sahaja.

Perkara sama menimpa seorang ibu muda di pantai di Cannes gara-gara memakai tudung dan baju renang muslimah.

Polis dikatakan telah mengacukan penyembur air lada itu ke wajah wanita berusia 34 tahun itu sebelum memberi amaran tentang undang-undang larangan pemakaian baju renang muslimah.

Beberapa hari sebelum kejadian itu pula, empat wanita disaman gara-gara memakai burkini di pantai dekat Cannes.

Melalui rakaman sebuah klip video, polis kelihatan menanti wanita tersebut keluar dari pantai sebelum memberi amaran dan mengeluarkan saman.

Namun rata-rata wanita yang dikenakan saman tidak menutup wajah sebaliknya memakai tudung yang menutup kepala dan baju yang menutup aurat.

Menurut seorang wartawan France 4 TV, Mathilde Cusin yang menyaksikan kejadian menimpa seorang wanita Muslim bernama Siam berkata orang ramai mula menjerit kepada wanita tersebut agar dia balik rumah kerana kehadirannya tidak dialu-alukan di situ.

“Ia agak kasar. Saya lihat wanita itu terduduk di tanah dan menangis bersama anak perempuannya,” katanya.

Sebelum ini, Perancis mengenakan larangan ke atas pemakaian pakaian renang Muslimah burkini di pantai awam dengan alasan menyembunyikan wajah atau memakai kostum menutup seluruh tubuh ke pantai kononnya tidak selaras dengan ideal hubungan sosial.

Difahamkan, 15 bandar di tenggara dan kawasan lain di negara itu telah menguatkuasakan larangan itu termasuk Cannes, di mana tiga wanita masing-masing didenda 38 euro (RM172) kerana melanggar peraturan tersebut.
 
nak buat macam mana...tu negara dorang..negara kapir...nanti klu ada org france masuk mesia suruh pulang ..jgn bg masuk...
 
Kat Malaysia orang perancis suruh pergi kolam sahaja,jangan bagi pergi pantai,tengok dari jauh boleh.

Pantai pasir pun tak ada,banyak batu kerikil tajam pun nak berlagak...

Pelancong sila datang Malaysia,kita banyak pantai pasir halus,air laut tak mengigil sejuk macam sana.matahari 24 jam,tak macam 4 musim 3 bulan jer.laut jernih ada batu karang cantek.
 
baju mcm tu pn xtutup aurat, lg la merosakkan imej islam,
nnti org salah anggap menutup aurat hnya tutup shje bkn brpakaian longgar
 
PARIS - PERANCIS. Larangan pakaian renang wanita Islam, burkini yang dikenakan di lebih 30 pantai di Perancis telah menyebabkan kebanyakan wanita Muslim berdepan ancaman oleh penduduk tempatan.

Difahamkan, kebanyakan wanita Muslim kini hidup tertekan di Perancis akibat cemuhan, kritikan dan ugutan yang diterima setiap hari.

Ia susulan daripada larangan yang dikenakan oleh Datuk Bandar Cannes, David Lisnard yang menyifatkan pemakaian burkini adalah lambang pelampau ekstremisme.

Larangan itu didakwa turut memberi kesan terhadap penduduk tempatan yang beragama Islam di negara tersebut.

Seorang guru di Pantin, pinggir bandar Paris, Taslima Amar berkata, dia dan suaminya terpaksa berdepan kutukan dan cemuhan daripada masyarakat sekeliling susulan daripada larangan itu.

"Selama bertahun-tahun, kita terpaksa bersabar dengan kata-kata ancaman yang dilemparkan kepada kami.

"Saya telah diminta untuk kembali ke rumah (walaupun saya telah balik),” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal The NYTimes.com.

Menurut Taslima, kini dia dan suaminya sedang berusaha mencari jalan untuk meninggalkan Perancis dan meneruskan kehidupan di negara lain.

Sementara itu, seorang rakyat Perancis beragama Islam, Laurie Abouzeir, 32, berkata dia kini sedang mempertimbang untuk memulakan perniagaan taska asuhan di rumahnya di Toulouse, selatan Perancis.

Menurutnya, bekerja di rumah sendiri membuatkan dia lebih selesa dan dia juga tidak perlu meminta kebenaran untuk memakai tudung daripada majikannya.

Seorang pelajar di Bourg-en-Bresse, Perancis berkata, keadaan di Perancis tidak lagi sama kini dan sudah jauh berubah sejak serangan Charlie Hebdo berlaku.

“Cara orang melihat kami telah berubah. Sekarang, tidak ada sesiapa yang takut untuk memberitahu seorang Muslim untuk 'pulang' lagi,” katanya.
 
SYDNEY – Pengharaman burkini di Perancis telah melonjakkan jualan dan minat kepada pakaian renang menutup aurat itu terutamanya dalam kalangan wanita bukan Islam, kata warga Australia yang menghasilkan pakaian itu semalam.

Burkini mencetuskan kontroversi di Perancis dengan pakaian renang itu diharamkan di 15 buah bandarnya.

Larangan pemakaian burkini di pantai awam dibuat ketika ketegangan di Perancis memuncak selepas serangan berdarah oleh kumpulan militan.

Bagaimanapun, wanita berketurunan Australia-Le*banon, Aheda Zanetti yang mendakwa mencipta jenama burkini dan burqini sebagai pakaian renang pertama wanita Islam sejak sedekad lalu berkata, kontroversi burkini di Perancis telah menarik lebih banyak publisiti untuk produknya.

“Saya sangat sibuk. Kami menerima 60 tempahan pada hari Ahad, kesemuanya daripada wanita bukan Islam,” kata Aheda yang berusia 48 tahun dan tinggal di Sydney. Menurut wanita itu, pada kebiasaannya dia cuma me*nerima 12 tempahan pada hari hujung minggu.

Zanetti yang tidak mempunyai angka jualan untuk minggu-minggu sebelumnya turut berkata, dia menerima banyak mesej sokongan dan memperoleh hanya satu e-mel berbaur kecaman sejak pengharaman Burkini oleh Perancis itu.

Dalam pada itu, ketika pertikaian berhubung pemakaian burkini hangat diperkatakan di Perancis, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kelmarin menolak idea untuk mengharamkan burkini di negaranya.

Trudeau berkata, rakyat Kanada perlu meninggalkan kontroversi itu dan perlu saling menghormati hak serta pilihan individu. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...ub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4ID8dNmLh
Hakcipta terpelihara




PARIS - PERANCIS. Larangan pakaian renang wanita Islam, burkini yang dikenakan di lebih 30 pantai di Perancis telah menyebabkan kebanyakan wanita Muslim berdepan ancaman oleh penduduk tempatan.

Difahamkan, kebanyakan wanita Muslim kini hidup tertekan di Perancis akibat cemuhan, kritikan dan ugutan yang diterima setiap hari.

Ia susulan daripada larangan yang dikenakan oleh Datuk Bandar Cannes, David Lisnard yang menyifatkan pemakaian burkini adalah lambang pelampau ekstremisme.

Larangan itu didakwa turut memberi kesan terhadap penduduk tempatan yang beragama Islam di negara tersebut.

Seorang guru di Pantin, pinggir bandar Paris, Taslima Amar berkata, dia dan suaminya terpaksa berdepan kutukan dan cemuhan daripada masyarakat sekeliling susulan daripada larangan itu.

"Selama bertahun-tahun, kita terpaksa bersabar dengan kata-kata ancaman yang dilemparkan kepada kami.

"Saya telah diminta untuk kembali ke rumah (walaupun saya telah balik),” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal The NYTimes.com.

Menurut Taslima, kini dia dan suaminya sedang berusaha mencari jalan untuk meninggalkan Perancis dan meneruskan kehidupan di negara lain.

Sementara itu, seorang rakyat Perancis beragama Islam, Laurie Abouzeir, 32, berkata dia kini sedang mempertimbang untuk memulakan perniagaan taska asuhan di rumahnya di Toulouse, selatan Perancis.

Menurutnya, bekerja di rumah sendiri membuatkan dia lebih selesa dan dia juga tidak perlu meminta kebenaran untuk memakai tudung daripada majikannya.

Seorang pelajar di Bourg-en-Bresse, Perancis berkata, keadaan di Perancis tidak lagi sama kini dan sudah jauh berubah sejak serangan Charlie Hebdo berlaku.

“Cara orang melihat kami telah berubah. Sekarang, tidak ada sesiapa yang takut untuk memberitahu seorang Muslim untuk 'pulang' lagi,” katanya.
 
Mai datang PD.. nak burkini, nak bikini, nak bogel, nak pakai spenda, semua boleh.. aku pon boleh cuci mata.. haha
 
Back
Top
Log in Register