BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peranan Lun Bawang diiktiraf

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
Oleh Sudan Ajang

Sejak merdeka, mereka terus menunjukkan kesetiaan dan sentiasa bersama kerajaan sama ada dalam keadaan susah dan senang: Nelson

MIRI: Kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan masyarakat Lun Bawang dalam memacu pembangunan dan memelihara kestabilan politik sejak negeri ini mencapai kemerdekaan 45 tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Nelson Balang Rining berkata, sepanjang tempoh itu hingga kini, masyarakat Lun Bawang terus menunjukkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi dan sentiasa bersama-sama kerajaan sama ada dalam keadaan susah atau senang.

“Bahkan masyarakat Lun Bawang dan Kelabit di utara Sarawak pernah menggadai nyawa untuk melindungi persempadanan negara sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan.

“Kesetiaan dan semangat perjuangan yang ditunjukkan ini memudahkan usaha kerajaan melaksanakan politik pembangunan yang sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya berucap majlis penghargaan pastor-pastor Lun Bawang anjuran Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) Cawangan Miri di sebuah hotel malam kelmarin (Sabtu).

Hadir sama Ahli Parlimen Bukit Mas Datuk Henry Sum Agung dan Pengerusi PLBS Miri Apui Garang.

Nelson seterusnya mahu masyarakat Lun Bawang melakukan penyesuaian dari aspek kebudayaan dan cara pemikiran agar mereka terus relevan dengan perubahan yang berlaku.

“Kita mesti menyesuaikan budaya dan cara hidup yang kita pegang sebelum ini dengan perubahan semasa.

“Fikir secara global dan bertindak secara glokal,” nasihatnya.

Dalam pada itu, Nelson mahu masyarakat Lun Bawang mengeratkan perpaduan dan kerjasama dengan kaum lain selaras dengan seruan kerajaan mewujudkan 1Malaysia.

Pada majlis yang sama Nelson mengumumkan peruntukan RM4,000 kepada PLBS Miri untuk membiayai aktiviti tahunan mereka.

http://www.theborneopost.com/?p=57101
 
Ini kali pertama aku dengar "Lun Bawang"...ketinggalan gak aku ni...
 
aku pernah mengajar kaum ni di sarawak masa aku mengajar kat lawas.....
 
dorang ni ramai islam ker tak
 
Back
Top
Log in Register