BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut untung RM5.60

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KULIM - Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berjaya menahan seorang remaja berusia 21 tahun kerana terlibat dalam aktiviti ragut di sekitar Kulim kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku ketika CPJ sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah di sebuah taman perumahan dan terserempak motosikal ditunggang suspek dalam keadaan mencurigakan.

Menyedari diekori polis, suspek cuba melarikan diri dengan memecut motosikal bagaimanapun berjaya di tahan.

Ghuzlan berkata, daripada pemeriksaan dijalankan terhadap nombor pendaftaran motosikal jenis Honda EX5 digunakan suspek, polis mendapati ia terlibat dalam kejadian ragut di Kulim.

Suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian air kencing, dan didapati positif dadah.

“Suspek terlibat penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine. Suspek turut mengaku melakukan ragut terhadap dua remaja perempuan pada 16 dan 19 Mac kira-kira jam 6.30 petang hingga 7 malam bertempat di Taman Kenari dan di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Pekan Kulim.

"Motosikal digunakannya dimiliki oleh ahli keluarganya. Dalam keterangan suspek, dia menyatakan, dari dua kes ragut dilakukan, dia hanya memperoleh wang tunai RM5.60 selain dokumen peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu dan sebagainya” katanya.

Ghuzlan menasihatkan kepada orang ramai terutama wanita supaya lebih berhati hati apabila berjalan.

Menurutnya, jika berlaku ragut, mangsa tidak seharusnya cemas tetapi cuba mengecam nombor pendaftaran dan jenis kenderaan digunakan suspek untuk memudahkan polis menjalankan siasatan dan menahan mereka terlibat.

“Saya juga menasihatkan kepada pemilik motosikal supaya jangan sewenangnya memberikan kenderaan mereka dipinjam oleh sesiapapun kerana ia boleh dijadikan kenderaan untuk melakukan jenayah.," katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/peragut-untung-rm5-60-1.142214
 
kalau kerja lagi banyak dari tu
hampeh punya peragut
potong je tangan
 
dah kering sangatlah tu sampai tekad meragut pulak.
 
dh kering pgla cr besi buruk..setakat 5rggit kena gelak jela dgn ahli2 persatuan peragut
 
yg paling bo.doh nya pakai motor plat asli lak..haha

kalau dah gian dadah cmni lah..



 
Back
Top
Log in Register