BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut tersungkur tepi jalan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.8F_X313Ats.webp


Melaka: Cubaan seorang penjenayah melarikan beg tangan diragut tidak berpanjangan apabila motosikal dinaiki terbabas selepas bergesel dengan sebuah kereta di persimpangan Jalan Tun Seri Lanang-Jalan Bendahara, di sini, sebelum dicekup dua lelaki yang mengejarnya, semalam.

Dalam kejadian 11.30 pagi, lelaki terbabit menunggang dari arah Jalan Munshi Abdullah dipercayai mahu masuk ke Jalan Bendahara sebelum terbabit kemalangan dengan kereta selepas meragut beg tangan seorang wanita warga emas berusia 59 tahun yang menaiki motosikal bersama suaminya beberapa minit sebelum itu.

Sebaik terjatuh, suspek berusia awal 40-an bangun meninggalkan motosikal dan beg tangan diragut lalu ke arah bahu jalan serta menyembunyikan dompet bersama telefon bimbit milik mangsa di bahagian kotak pasu bunga di lokasi berhampiran.

Bagaimanapun, malang baginya apabila dua lelaki yang menyaksikan kejadian ragut di Jalan Munshi Abdullah berhampiran sebuah bank tiba di tempat kejadian dan terus menahannya sebelum diserahkan kepada polis.

Saksi kejadian Shahril Abu, 23, berkata, ketika kejadian dia membonceng motosikal ditunggang rakannya dan berhenti di persimpangan sebelum melihat suspek menarik beg tangan seorang warga emas wanita menaiki motosikal bersama suaminya.




sumber;http://www.hmetro.com.my/articles/Tersungkurtepijalan//Article
 
Sepandai pandai abg meragut..... Hahhahahaa.... Sempat lagi maen sembunyi²....
 
Suka betul aku peragut ni kena tangkap...nak cari duit tak kena cara:mad:
 
mestila kena..klo tak die lari la..lg pun dh 40 tu xdaya nak fight dah

mcm muka pakistan jual karpet pun ada
 
dah usia awal 40 pun masih nak meragut....
 
semoga peragut tu terima pengajaran setimpal
tahniah orang awam
 
Back
Top
Log in Register