BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut Mati Ditembak

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
JOHOR BAHARU, 21 Okt (Bernama) -- Polis menembak mati seorang peragut remaja berusia 20 tahun manakala rakannya yang cuba melibas parang panjang ke arah anggota polis bermotosikal berjaya melepaskan diri ketika dikejar di Taman Johor Jaya, di sini, pada malam Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Amer Awal berkata atas maklumat awam, tiga anggota polis, yang menaiki motosikal masing-masing, berjaya mengesan kedua-dua peragut itu menaiki sebuah motosikal di Jalan Dedap 9 di sini pada kira-kira 12 tengah malam.

Bagaimanapun, peragut tersebut enggan berhenti lalu anggota polis mengejar mereka sejauh kira-kira 15 kilometer sebelum berjaya menghimpit motosikal lelaki berkenaan.

"Tindakan itu menyebabkan pembonceng motosikal berkenaan melibaskan parang panjang ke arah anggota polis terbabit," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Katanya anggota polis itu dapat mengelak dari dilibas sebelum melepaskan tembakan ke arah dua peragut itu, menyebabkan penunggang motosikal itu terkena tembakan.

Katanya, polis menemui dua telefon bimbit yang dipercayai hasil ragut dua lelaki berkenaan selain sebilah pisau dan sebilah parang.

Amer berkata kedua-dua peragut itu dipercayai melakukan 25 samun ragut di kawasan itu sejak Ogos lepas.

Dalam kes lain, katanya polis berjaya menumpaskan kumpulan curi motosikal dan kereta di sekitar bandar raya itu selepas menahan empat lelaki berusia 19 hingga 34 tahun dalam dua serbuan berasingan di sini Jumaat lepas.

Dalam serbuan pertama di Taman Bukit Kempas di sini, polis menahan dua lelaki dan menemui dua buah kereta jenis Proton Iswara, sebuah motosikal Honda C70, tiga rangka motosikal, komponen motosikal, dua kotak berisi alat pencetak.

Selain itu, polis turut merampas tiga pedang samurai, sepasang gari, pistol tiruan, parang dan alat pemotong besi.

Dalam serbuan kedua di Kangkar Pulai, katanya polis menahan dua lagi lelaki serta menemui sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria serta sebuah Perodua Kelisa.

Katanya kesemua lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah dan akan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.



-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=448528
 
semoga menjadi iktibar oleh sesiapa nak duit mudah dengan cara haram ini.
 
Tak serik2 mat2 peragut ni
diorg nie memang nak kene
HEMPOK!!!!!
 
syabas... orang sesusah cari duet.. dia pakai ragut aje. .syabas sekali lagi.. kan secure skit.. perompak,peragut kena tembak.. cuak skit diorang nak buat jenayah.. pasni kalau boleh.. tembak perogol sekali.. baru aku rasa aman sentosa di Malaysia
 
perasuah pun tembak gak la.
lagi kasar dia ragut
 
Back
Top
Log in Register