BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut mati dibelasah

abu85

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,148
Paid Membership
Joined
May 31, 2008
Messages
30,148
Reaction score
453
Points
131
KOTA BHARU: Selepas bertarung nyawa kira-kira dua jam akibat dibelasah penduduk kampung kerana meragut, seorang suspek akhirnya menemui ajal ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), dekat sini, malam kelmarin.

Suspek berusia 30 tahun dari Tumpat yang patah tangan dan cedera di badanitu disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira jam 7.45 malam.

Sebelum itu, suspek dipercayai dipukul penduduk kampung ketika cuba meragut rantai leher seorang kanak-kanak bersama rakannya di Kampung Belimbing, Pendek, Kedai Mulong, dekat sini, kira-kira jam 5.15 petang kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata rakan mangsa berusia 28 tahun yang cedera parah menerima rawatan di hospital sama dan keadaannya dilaporkan stabil.





Menurutnya, dalam kejadian petang kelmarin, dua peragut terbabit dikatakan ditangkap penduduk kampung ketika cuba meragut rantai leher seorang kanak-kanak yang bermain di halaman rumahnya.

“Seorang daripada peragut terbabit ditangkap bapa kanak-kanak itu manakala rakannya ditahan penduduk kampung ketika cuba melarikan diri.

“Sebaik ditahan, kedua-dua suspek dibelasah bertubi-tubi penduduk kampung sebelum dikejarkan ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu sehingga menyebabkan seorang daripada suspek meninggal dunia.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diingatkan supaya tidak bertindak di luar batasan ketika menangkap suspek yang terbabit dengan kejadian jenayah.

“Kita minta orang ramai terus menghubungi polis apabila mereka menangkap suspek dalam apa juga kes jenayah sebelum melakukan tangkapan semula.

“Jika menangkap suspek yang terbabit dengan jenayah, orang ramai perlu menghubungi polis segera dan bukannya menghukum mengikut undang-undang sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia juga meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu supaya memaklumkan kepada polis bagi membantu siasatan.

Katanya, mayat suspek sudah diserahkan kepada keluarganya dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum sampai mati.

Abd Rahim berkata, kes peragut maut adalah pertama kali dilaporkan berlaku sejak Januari hingga penghujung November lalu selepas dibelasah orang ramai akibat perbuatan ragut.

SUmber:Metro
 
kalau dapat kat aku pun
memang belasah jer tp jgn sampai parah heheheh
 
bia je mati...
kalau tiap2 hari keluar berita peragut mati dibelasah...
kurang sikit yg meragut..
 
kerat je tangan diorg nih....baru tau susah carik mkn....
 
macam la kalau panggil polis tu berkejar2 polis datang
 
bia je mati...
kalau tiap2 hari keluar berita peragut mati dibelasah...
kurang sikit yg meragut..

Daripada hidup menyusahkan orang lebih baik..... duduk kat penjara pun, menambahkan kos pada kerajaan.... duit pembayar cukai beri kat penjenayah ni balik makan kat penjara (rakyat diragut secara xsedar)
 
ala...polis pun nak juga buat kerja.....macam kat drama gerak khas....ader babak kejar-kejar....
 
klu nk ikutkan, keluarga si peragut tu blh dakwa org yg belasah tu...
 
sebab tu la hudud tu sebaik2 hukuman ;)

mencuri potong tangan....

takde laa sampai kes mati camni...tak sempat pencuri tu nak taubat...huhuhu
 
Back
Top
Log in Register