BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peraduan 100cars100days Celcom

ini ayat2 memujuk celcom

Betul. Pilihan yang bijak ! Begitu juga Toyota Camry

Betul . Anda boleh meraikan kemenangan Toyota Camry anda

Betul ! Toyota Camry akan menjadi realiti anda. Soalan seterusnya pasti mudah bagi anda

Betul ! Suaranya indah dan anda bakal menang Toyota Camry yang indah

Betul ! Ilmu anda begitu luas. Teruskan

Betul ! Filem dapat mewarnai hidup dan Toyota Camry akan mewarnai hidup anda

Betul ! Anda tidak dapat ditewaskan lagi kerana anda bakal menjadi pemilik Toyota Camry

Betul ! Anda pakar memberi jawapan betul. Toyota Camry memang sesuai untuk anda.

Betul ! Anda minat Sheila ataupun Toyota Camry? Kita teruskan

Ayat ayat diats inilah yang membuat aku rebah.
 
wakaka ... dah panas punggung dah tu ceo celcom :eek: :eek:

x lama dah post ceo tur....nnt kena posting p company laen ler...byk yg menimbulkan kontroversi...

sape yg bminat nk jadi ceo bole apply skang....kelayakkan tahu bab2 it...dan generate revenue secara kreatif...sila email ker:p :p :D

ada pendapat yg mengatakan dia bole ciplak pjalanan skim sijil simpanan premium...

mungkin dia bole open kpd semua account pra bayar dan pasca bayar berdasarkan account number atau mobile number...acc mesti active 1 tahun lebih...kekerapan mereload dan brapa byk yg seseorg itu guna bg account pasca bayar...tiada terma utk sms on demand...dan peraduan ini berjln sepanjang masa semcm sijil simpanan premium....setiap cabutan mesti diawasi oleh audit luar....tak semestinya hadiah yg lumayan...tetapi memadai banyak hadiah bagi sesuatu cabutan....yg ni boleh kot..tetapi pendpat ahli agama musti diutamakan
 
Last edited:
pulangkan... duit ku semua
hentikanlah.... peraduan ini
pulangkan....pulangkan duitku
hentikan...lain kali beringat.

psanan untuk diwri sendiwri.
 
patut ditukar format contest ni supaya tak jadi haram. Contohnye soklan disusahkan dan setiap jawapan betul peserta dpt balik at least RM1-RM2...lagi byk jawapan betul dpt lagi byk duit
 
Ni ada posting lagi Kat Berita Harian muka depan.

Jakim buat penilaian '100 Hari 100 Kereta' esok
Oleh Nazura Ngah dan Mohamed Farid Noh

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuat ketetapan sama ada peraduan '100 Hari 100 Kereta' yang dianjurkan Celcom (Malaysia) Bhd (Celcom) menyalahi hukum Syarak atau sebaliknya, dalam satu mesyuarat yang dijangka diadakan esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu akan dibuat Panel Kajian Syariah Jakim yang akan bermesyuarat bagi merungkai kekeliruan yang timbul di kalangan orang ramai berhubung peraduan itu.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad dan disertai Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Anan C Mohd; Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly dan Penasihat Kanan Bahagian Undang-Undang Celcom, Jalaluddin Mokhtar.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak menentang hasrat syarikat telekomunikasi mengadakan pelbagai kempen, tetapi sentiasa mengingatkan mereka bahawa jika sesuatu hadiah yang ditawarkan itu memberikan konotasi ada unsur merugikan, ia hendaklah dielakkan.

"Jika ini berlaku, saya berpendapat mereka boleh cari dan cipta pendekatan lain. Contohi mekanisme seperti Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dilaksanakan Bank Simpanan Nasional (BSN)... wang yang dilaburkan tidak hilang dan hadiah pula diperoleh.

"Bagaimanapun, bagi saya unsur perjudian hanya boleh dikategorikan jika sejumlah wang yang dilaburkan itu tidak membawa pulangan atau faedah kepada individu terbabit, maka hukumnya judi dan judi itu haram," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turun padang dalam Program Dakwah Salam Hadhari 'Masih Ada Yang Sayang' di sini, semalam.

Hadir sama Wan Mohamad; Pengarah Jawi yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali dan Pengarah Eksekutif Yayasan Salam Malaysia, Md Ghani Ibrahim.

Khamis lalu, akhbar melaporkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menyifatkan peraduan '100 Hari 100 Kereta' anjuran Celcom sebagai haram dan perlu dijauhi semua umat Islam.

Pertimbangan itu dibuat Mohd Asri selepas mengambil kira cara peraduan itu dilaksanakan dan dikendalikan pihak penganjur dengan menerapkan unsur tidak sihat, termasuk perjudian.

Beliau meminta semua umat Islam di negara ini tidak sekali-kali menyertai peraduan '100 Hari 100 Kereta' terbabit bagi mengelak bukan saja terpedaya, malah terjerumus kepada satu perbuatan dianggap haram di sisi Islam.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyarankan syarikat terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk merujuk kepada Jakim sebelum mengadakan sebarang peraduan bagi mengelakkan sebarang pertikaian.

"Kita bukan menghalang kreativiti, tetapi kalau peraduan yang boleh mendatangkan kekeliruan terutama dalam aspek membabitkan hukum agama, maka ia hendaklah dirujuk pada pakar sebelum diadakan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom, Datuk Najmuddin Abdullah, yang ditemui di Subang, berkata pihaknya yakin mesyuarat Jakim esok akan membuat ketetapan yang berpihak kepada mereka kerana yakin promosi yang dilakukan tidak bercanggah dengan Syarak.

Katanya, sebelum promosi dijalankan, Celcom sudah menjalankan kajian selain mendengar pandangan daripada panel peguam Syarie serta merujuk kepada Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kita yakin peraduan itu tidak berunsur perjudian tetapi disebabkan persepsi yang berbeza, Celcom memutuskan untuk mendengar sekali lagi pandangan Jakim yang akan diketahui Selasa ini," katanya yang enggan mengulas lanjut kerana Celcom akan membuat kenyataan bersama Jakim selepas mesyuarat itu.

Best ni nak tengok 2 jenis ulamak berdebat.


lg seratus ari baru kuar jawapan dr penilaian nak wat pe...game da abis bru nati kata haram
 
Back
Top
Log in Register