JaMeQ
Legendary Member

- Messages
- 16,164
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2007
- Messages
- 16,164
- Reaction score
- 105
- Points
- 123
Celcom tawar 100 Camry
Oleh Zef Othman
KUALA LUMPUR: Celcom (Malaysia) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.
Menyifatkan peraduan berkenaan sebagai promosi terbesar syarikat telekomunikasi itu, Naib Presiden Kanan Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
Zalman berkata, pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
Beliau berkata, pelanggan boleh mendapatkan mata dengan menghantar sekurang-kurangnya satu jawapan betul.
"Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5," katanya pada taklimat media dan pelancaran kempen `Celcom 100 Hari 100 Kereta'. Hadir sama, Ketua Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly.
Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.
Zalman berkata, pemenang kereta harian akan diumumkan menerusi SMS tahniah dan dihubungi menerusi telefon sebelum jam 12 malam keesokan harinya.
Katanya, kad tahniah daripada Celcom yang menampilkan nama pemenang peraduan terbabit juga akan dipaparkan pada laman web http://www.100days100cars.com.
Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan.
Katanya, kempen seluruh negara itu juga membolehkan Celcom mengetengahkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti SMS dan segmen kandungan.
Zalman berkata, kempen itu dilakukan dengan kerjasama Newsphone Hellas SA Audiotex dari Greece.
10 soklan tu bermaksud :
10 Soklan = 1 sms atau
10 soklan = 10 sms ..?
ceq pun tak ropa paham... huhu) :">
10 soklan = 10 sms = RM50
kena ada 100,000 pelanggan yg bercita2 nak keta free nih sari dpt la selcom RM5,000,000 sehari...takat nak bg keter sebiji baru RM180,000...
fu..yoh!!!! kaya !!!