BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyu kembali mendarat di Rantau Abang setelah 9 tahun menyepi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146

Penyu Belimbing Kembali Mendarat, Bertelur Di Pantai Rantau Abang​

5b73ba07437fe1da0aeea085322f4e746aa618c5f17e8

Pembantu Am Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang, Mohd Saipul Nizam Hamzah melakukan proses pengeraman telur Penyu Belimbing di TCIC Rantau Abang, hari ini.

Seekor penyu belimbing dikesan mendarat dan bertelur 81 biji di Pantai Rantau Abang di sini awal pagi tadi, menjadi pendaratan kedua spesies itu di Terengganu tahun ini selepas kali pertama direkodkan di Pantai Pasir Putih, Marang pada 1 Sept lepas.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Pang Nyukang berkata spesies penyu terbesar di dunia itu dipercayai mendarat di pantai tersebut pada 1.30 hingga 2.30 pagi tadi dan sarang telur berkenaan ditemukan pemajak telur penyu pada 4 pagi.

Bagaimanapun, beliau berkata ibu penyu berkenaan telah kembali ke laut selepas selesai bertelur dan tidak lagi berada di lokasi ketika sarang telur ditemukan.

"Jabatan Perikanan tidak menolak kemungkinan penyu belimbing yang mendarat merupakan ibu penyu sama yang mendarat dan bertelur di Pantai Pasir Putih, Marang kira-kira dua minggu lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, saiz jejak ‘Raja Penyu’ yang mendarat itu berukuran 2.20 meter (m) manakala saiz telur pula lima sentimeter (cm).

Pang berkata telur penyu berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk dieramkan di Hatcheri Pusat Konservasi Penyu di Rantau Abang.

"Telur penyu yang dieram itu dijangka menetas dalam tempoh 50 hingga 70 hari daripada hari ini," katanya sambil memberitahu ibu penyu tersebut dijangka kembali ke jajaran Pantai Rantau Abang untuk bertelur buat kali ketiga dalam tempoh dua minggu lagi.

Bernama sebelum ini melaporkan seekor penyu belimbing mendarat di Pantai Pasir Putih pada malam 1 Sept lepas dan bertelur sebanyak 44 biji.

Pendaratan terakhir reptilia marin itu di pantai Terengganu dilaporkan pada 2017.

 
14314435430091213-425105.jpg

14314435430091213-425106.jpg

14314435430091213-425107.jpg

14314435430091213-425108.jpg

14314435430091213-425109.jpg


LEPAS 9 TAHUN SENYAP, PENYU BELIMBING NAIK PANTAI TERENGGANU DUA KALI DALAM SEBULAN 🐢😱

Pagi tadi, Dungun.

Seekor penyu belimbing merangkak naik pantai, gali pasir, dan tinggalkan 81 biji telur. Petugas Jabatan Perikanan terus pungut dan bawa ke Hacheri Penyu Rantau Abang untuk ditanam semula.

Kalau setakat tu, dah cukup buat kita senyum.

Tapi ini bukan yang pertama.

1 September hari tu, seekor lagi penyu belimbing mendarat di Pantai Marang. Dua pendaratan dalam masa tak sampai dua minggu.

Untuk faham kenapa ni besar, kena tahu satu benda. Hampir 9 tahun spesies ni langsung tak dikesan mendarat di Terengganu. Sembilan tahun. Rantau Abang yang dulu terkenal satu dunia sebab penyu belimbing, tiba tiba jadi sunyi.

Orang tua tua Dungun masih ingat zaman pelancong beratur tengah malam nak tengok penyu bertelur. Zaman tu dah lama tak ada.

Dan sekarang, dalam bulan yang sama, dia balik. Dua kali.

Kita tak tahu kenapa. Mungkin kebetulan. Mungkin pantai kita dah cukup selamat semula. Mungkin dia sekadar singgah.

Tapi penyu belimbing ni bukan pergi merata pantai. Dia balik ke tempat dia lahir. Kalau dia pilih Terengganu, maksudnya Terengganu masih rumah dia.

Moga 81 biji telur tu menetas.
Moga yang balik bulan ni, balik lagi tahun depan.

Moga pantai kita kekal sunyi cukup untuk dia rasa selamat.

Ni khazanah kita. Jaga elok elok. 🐢

#PenyuBelimbing #Terengganu #MehGiJalan #RantauAbang #KhazanahTerengganu #PenyuTerengganu #Dungun #Marang

Kredit ➡️ Discovery Terengganu
 
14320407059865181-427036.jpg

14320407059865181-427037.jpg

14320407059865181-427038.jpg



Istimewanya, kalau sebelum ini hanya dapat jumpa sarang dan bekas, kali ini staf Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dapat jumpa tuannya, seekor Penyu Belimbing bersaiz besar. 70 butir telur telah dibawa ke Santuari Penyu Rantau Abang untuk ditetaskan.

Penyu adalah spesis zaman dinasour yang masih bertahan hidup sehingga sekarang.

Pakat jaga semoga penyu tidak menangis lagi.

Kredit ➡️ Dr Azman Ibrahim
 
Back
Top
Log in Register