BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyokong boleh tukar tiket

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

PBNP memberi jaminan keselamatan dan insiden sama ketika perlawanan separuh akhir Piala FA Pahang dan JDT tidak berulang.


PEMEGANG tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzimpada 28 Mei lepas boleh menebus tiket berkenaan dengan menukar tiket perlawanan Liga Super antara Pahang menentang Perak di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Naib Presiden I Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Dr Omar Othman berkata, PBNP telah membuat permohonan sebanyak 12,000 tiket bagi perlawanan Liga Super itu bagi membolehkan pemegang tiket 28 Mei lepas menukarnya.

“Mengikut rekod hanya 5,000 tiket yang ditukar dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang ditunda ke Stadium Nasional Bukti Jalil pada 1 Jun lepas.

“Selebihnya boleh menukar tiket berkenaan di pejabat PBNP mulai hari ini (semalam) manakala beberapa kaunter khas pula akan dibuka di Stadium Darul Makmur bermula 10 pagi Sabtu ini,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan siasatan yang dilakukan mengenai insiden 28 Mei lepas mendapati tiada tiket palsu yang dikesan dijual pada perlawanan tersebut.

Omar berkata kesemua tiket yang digunakan pada perlawanan malam itu merupakan tiket yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya, kekeliruan timbul apabila tiket simpanan yang juga dikeluarkan oleh FAM agak berlainan dengan tiket perlawanan malam itu menyebabkan timbul salah faham.
 
Back
Top
Log in Register