BTC USD 84,849.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyewa Lari Menghilangkan Diri

Assalamualaikum Warga CG

Saya ingin minta pendapat semua.

Tersebut alkisahh..

Saya menyewakan rumah di Seremban kepada pasangan berkeluarga. Pada mulanya pasangan ini mengaku berkahwin dan datang bersama anak ketika hendak masuk rumah. Si suami yang tanda tangan perjanjian sewa.

Setelah hampir setahun..

Penyewa lari dan tidak bayar sewa rumah serta bil utiliti.

Urusan bayaran biasanya dengan si isteri.

Bila saya tanya kenapa lari tanpa bayar sewa bermacam alasan diberi.

Dan dapat tahu si isteri ni baru sahaja berkahwin. Pada hemat saya lelaki yang tanda tangan surat perjanjian bukan suaminya yang sah.

Apa tindakan yang boleh saya ambil?

Hati dah panas rasa nak viralkan sahaja pasangan ni

Harap ada yang sudi membantu
viral dulu sebab benda ni mendatangkan kesulitan pada bro
nanti ramai tentera bawang tolong
 
mengikut statement, si isteri kawin lain ya?

Dalam situasi ini, walaupun tuan rumah berurusan $$$ dengan si isteri, tetapi tandatangan dalam dokumen masih daripada si suami (bekas la katakan). Cakap dengan dia, walaupun si isteri sudah berkahwin lain dan bersama suami baru, perjanjian ditandatangan oleh si suami ni, jadi dia yang bertanggungjawab keatas penyelesaian saki-baki tungakkan (sewa / utiliti / kerosakkan jika ada).

saya terbaca 2 bulan terakhir tidak dibayar, pastikan dalam laporan polis nanti sertakan (tolak deposit jika ada) dengan teliti, kalau nak .. duduk taip repot kat rumah dulu simpan dalam pendrive bawa ke balai supaya tidak tertinggal maklumat dalam repot polis kemudian. Sertakan juga yang penyewa tu ada buat ugutan verbal.

hantar salinan repot polis pada dia, jika masih berdegil, sila viralkan maklumat supaya tiada pihak lain tertipu pada masa hadapan.

play safe .. dan tegas sikit dengan dia, usah risau
 
viral dulu sebab benda ni mendatangkan kesulitan pada bro
nanti ramai tentera bawang tolong
kalau saya viralkan dia. Saya boleh dikenakan tindakan tak?
last saya berhubung dengan dia..dia tak kisah saya nak buat apa sebab perjanjian bukan atas nama dia. tapi sebelum ni dia yang bayar sewa bulanan.
 
nak ikut yang tandatangan surat tu kena la

Wpon dia dah xdak hubungan

perjanjian bersama dulu memang ada leaki tu kan

Asalkan ada tandatangan dan saksi yang sah kira terpakai perjanjian tu
 
Viralkan dua2 belah. Lelaki dan perempuan.
Kalau sewa bulanan pun dia x mampu nak bayar, jangan mimpi la acah2 mampu nak hire lawyer segala.
Viral je bro. Kasi dia tau langit tinggi rendah.
Tapi make sure bro banyak fakta lah. J
gn jadi macam mak yg viralkan ustazah merangkak tu, memang makan xhabis nanti.
 
nak ikut yang tandatangan surat tu kena la

Wpon dia dah xdak hubungan

perjanjian bersama dulu memang ada leaki tu kan

Asalkan ada tandatangan dan saksi yang sah kira terpakai perjanjian tu
ya.. tapi bila jiran bercerita..mereka bukan suami isteri. saya pun pening
 
Viralkan dua2 belah. Lelaki dan perempuan.
Kalau sewa bulanan pun dia x mampu nak bayar, jangan mimpi la acah2 mampu nak hire lawyer segala.
Viral je bro. Kasi dia tau langit tinggi rendah.
Tapi make sure bro banyak fakta lah. J
gn jadi macam mak yg viralkan ustazah merangkak tu, memang makan xhabis nanti.
inshaallah tuan.. masih bagi masa untuk dia selesaikan cara baik. Nanti buat report polis dulu baru viral.
 
inshaallah tuan.. masih bagi masa untuk dia selesaikan cara baik. Nanti buat report polis dulu baru viral.
Satu lagi si perempuan acah sembang suami baru polis segala, jangan gentar dengan sembang tu.
Kalau dia main petik pasal polis,
Cakap dgn dia jgn sebab hal awk, laki awk kena tindakan disiplin.
Jangan buat main benda2 kecik mcm ni nak jual nama anggota.
Dia beria lagi, tanya siap2 no badan suami dia yg dibangga2kan tu.
Kalau laki dia polis pangkat tinggi, xde maknanya nak risikokan jawatan. X berbaloi.
 
Saya nasihatkan TT dapatkan nasihat guaman.
Tk mahal pun...klu lawyer cakap, boleh proceed baru proceed...klu ada stamping agreement, dah layak buat legal case.
Klu agrrement kosong even ada balck white tanpa stamping, mmg mahkamah tk accpet.
Untuk viral, tanya lawyer juga. Klu opposite party lbh celik undang2, silap2 tuan plak yang kena.
 
ok.. tapi apa apa nk kena buat repot polis dulu.
 
Back
Top
Log in Register