akudotcom
CG Hardcore Club


- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Penyanyi rap dipanggil polis
KUALA LUMPUR: Polis memanggil penyanyi rap yang juga penganjur Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021, untuk direkod keterangan semalam, berhubung dakwaan majlis itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Turut dipanggil direkod percakapan selebriti wanita bersama suaminya selepas dilihat hadir pada majlis berbuka puasa itu di sebuah hotel, di sini, pada 29 April lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata setakat ini tujuh individu sudah dipanggil membabitkan penganjur, wakil hotel dan selebriti.
"Kita akan panggil lagi lima individu membabitkan selebriti, pasangan mereka dan adik seorang selebriti hari ini untuk bantu siasatan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan selepas penularan gambar majlis itu menunjukkan majlis berbuka berlangsung dengan kehadiran yang ramai tanpa ada penjarakan fizikal.
"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohamad Zainal berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 19
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021.
Dalam gambar yang tular di media sosial menunjukkan antara artis yang hadir pada majlis itu adalah penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.