BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyanyi 'diserang'peminat

anuarul

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,150
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,150
Reaction score
104
Points
133
BIRMINGHAM - Penyanyi popular dan juri program realiti televisyen bakat nyanyian, X Factor, Cheryl Cole berdepan situasi mencemaskan apabila seorang peminat mencekau pergelangan tangannya ketikea dia mahu memasuki sebuah hotel, lapor sebuah akhbar semalam.

Peminat tersebut menolak jurukamera akhbar dan mencekau pergelangan tangan Cheryl yang juga bekas isteri pemain bola sepak England, Ashley Cole.

Menurut beberapa saksi, peminat itu memegang pergelangan tangan Cheryl dan enggan melepaskannya semasa merayu penyanyi tersebut memberikan autograf di kulit depan albumnya.

Namun, pengawal-pengawal pengiring Cheryl tersebut menolak peminat tersebut ke tepi bagi memberi laluan untuk penyanyi berkenaan berjalan.

Penyanyi itu kelihatan ketakutan ekoran kejadian tersebut dan dia kemudian diiring oleh beberapa pengawal keselamatan memasuki bilik hotel kelmarin. - Agensi


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
 
bagi je le autograf...settle...
 
Back
Top
Log in Register