BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyamun

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

MAZLAN LAZIM (kiri) menunjukkan gambar empat penjenayah yang dikehendaki polis selepas majlis penutup Kem Shields 2015 di PCB Resort, Kota Bharu, Kelantan, semalam. UTUSAN/WAHIDIN SALIM​

KOTA BHARU 30 April – Polis hari ini mengedarkan gambar empat lelaki Cina yang dipercayai terlibat dalam sembilan kes samun berkumpulan dengan menggunakan kereta mewah di beberapa daerah di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihak polis juga kini sedang giat membuaru seorang lelaki Melayu tempatan yang menjadi pemberi maklumat kepada Kumpulan Eva terbabit melakukan kegiatan samun sejak setahun lalu.

“Lelaki Melayu berkenaan dipercayai membuka jalan untuk ahli kumpulan terbabit dari Pulau Pinang, Melaka, Shah Alam dan Serdang Baru, Selangor itu menjadikan rumah mewah ‘tauke besar’ sebagai sasaran.

“Geng yang menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Alphard dan Toyata Estima semasa menyamun dipercayai tidak kerap melakukan kegiatan tersebut kerana membuat risikan terlebih dahulu bagi memudahkan untuk melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Kem Shields 2015 di PCB Resort, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah AADK Kelantan, Ibrahim Abd. Ghani dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa.

Utusan Malaysia pada Rabu lalu melaporkan pihak polis memburu lima lelaki yang menyamun dua rumah 'tauke besar' di Kota Bharu dan Kuala Krai sebelum meninggalkan kenderaan mewah yang digunakan di Gua Musang dan melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan bas.

Mengulas mengenai penganjuran kem tersebut, Mazlan berkata, program pemulihan itu merupakan peluang kepada pelajar yang baharu terjebak dalam gejala dadah untuk berubah.

“Kita tidak ambil tindakan dari segi perundangan, jadi mereka masih mempunyai peluang untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Pada tahun ini sahaja, pelajar yang telah ditangkap kerana terlibat dalam pengedaran dan mengambil dadah adalah sebanyak 19 orang. Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding tempoh sama pada tahun lalu sebanyak 37 orang.

“Bagaimanapun, kita tetap berasa bimbang kerana mereka ini mudah untuk dipengaruhi namun masih berharap jumlah tangkapan berkaitan dadah dalam kalangan pelajar di negeri ini dapat diturunkan kepada sifar,” ujarnya.

Seramai 48 pelajar dari sekolah-sekolah di Kota Bharu yang didapati positif saringan awal air kencing menyertai kem anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Bharu dan Pejabat Pelajaran daerah itu.
 
Back
Top
Log in Register