balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Kisah Nadia
Nadia (bukan nama sebenar) seorang eksekutif muda. Rutin hariannya kerap melalui jalan raya yang sesak untuk ke tempat kerja. Disebabkan sibuk, dia kerap makan di luar dan pilihannya ialah restoran makanan segera yang boleh dibeli secara pandu lalu.
Dia juga tidak sempat bersenam kerana sibuk. Pulang kerja pada lewat malam, Nadia kerap makan pada tengah malam kerana tidak sempat makan pada jam 7 malam seperti orang lain.
Atas alasan sibuk juga, Nadia tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan. Suatu hari, Nadia pengsan kerana kepenatan dan pemeriksaan doktor mendapati Nadia menghidap darah tinggi dan diabetes yang agak teruk.
Gaya hidup serba ringkas pada hari ini boleh mengundang bahaya kepada kesihatan diri. Masakan tidak, kekerapan mengambil makanan segera misalnya mi segera, minuman 3 dalam 1 dan hidangan di restoran makanan segera menjadi amalan.
Ditambah pula dengan senario malas bersenam membuatkan kesihatan seseorang itu menjadi semakin buruk. Selain malas, ada kala kesibukan dengan rutin harian membuatkan seseorang itu tidak mampu lagi untuk bersenam disebabkan kepenatan.
Sedikit sebanyak hal ini turut menjejaskan kesihatan seseorang wanita. Apatah lagi jika wanita itu mempunyai anak kecil. Ia turut boleh menjejaskan kesihatan apabila seseorang wanita itu tidak cukup tidur.
Hormon tidak seimbang menyebabkan banyak gangguan kepada tahap kesihatan. Tidur yang tidak cukup membuatkan ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan paras gula dalam tubuh. Hal ini sekali gus boleh menyebabkan wanita menghidap diabetes.
Penyakit
Antara penyakit yang lazimnya menyerang wanita dengan gaya hidup moden seperti ini ialah masalah jantung, kanser rahim dan kanser payu dara. Ini merupakan tiga penyakit berbahaya yang amat ditakuti namun kerap mendekati wanita yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
Ada pendapat menyatakan kanser mudah mendekati seseorang apabila individu itu stres. Pada hari ini pelbagai rutin harian boleh menyebabkan stres misalnya kesesakan jalan raya, bebanan tugas yang melampau, masalah rumah tangga dan masalah kewangan.
Segala hal tersebut boleh membuatkan seseorang itu berdepan dengan tekanan perasaan. Stres melampau boleh menjejaskan emosi dan jiwa seseorang. Justeru tidak mustahil jika mereka mudah menghidap kanser hanya kerana stres dengan rutin harian yang begitu mendesak.
PENGAKUAN 1 - Lebih hargai hidup
Saya disahkan menghidap kanser payudara pada 24 Januari 2015 selepas membuat biopsi di payudara kiri. Tiada seorang pun daripada ahli keluarga saya menghidap kanser.
Memang ada benarnya kanser berpunca daripada gaya hidup tidak sihat. Misalnya pengambilan makanan berlemak memudahkan penyakit merebak di dalam badan kita.
Ini kerana lemak tepu akan menghalang nutrisi diserap oleh badan dan melemahkan sistem antibodi badan kita. Kanser mudah menyerang apabila sistem antibodi lemah.
Jika diberi peluang kembali ke masa lalu, saya akan berusaha mengamalkan gaya hidup sihat. Terutama dari segi pemakanan berkhasiat dan melakukan aktiviti fizikal untuk membantu sistem antibodi dalam badan. Saya akan jalani pemeriksaan awal kesihatan untuk mencegah kanser ini sebelum merebak menjadi lebih teruk.
Kini rutin rawatan kanser yang saya jalani ialah kemoterapi dan radioterapi. Pembedahan mastektomi dijalani pada tahun lepas.
Saya juga perlu jalani terapi hormon setiap tiga minggu sekali selama setahun dan dijangka selesai pada penghujung tahun ini.
Sokongan suami, ibu bapa, anak, keluarga dan sahabat amat diperlukan untuk mengelakkan pesakit kanser murung dan beremosi negatif selepas menjalani pelbagai proses pemulihan kanser.
Rakan-rakan membuat #prayforaimi sebagai tanda sokongan mereka terhadap saya selama.
Setiap hari bangun dari tidur, saya bersyukur kerana masih diberi kehidupan. Saya tak akan sia-siakan hidup dengan menjadi lemah semangat dan tidak bermotivasi. Saya lebih hargai kehidupan seharian kerana tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Impian saya semoga ALLAH menyembuhkan saya sepenuhnya supaya saya dapat membantu pesakit kanser yang lain. Saya mahu melihat anak membesar dengan sihat.
Saya juga berazam menjadi Tokoh Kanser atau sukarelawan kanser untuk memberi khidmat kepada mereka. Saya turut jadi duta larian amal The Running Diva Malaysia sempena kempen kesedaran kanser payudara pada 23 Oktober nanti. - Wan Musfirah Aimi Wan Supian, 32
PENGAKUAN 2 - Konsisten bersenam, jaga pemakanan harian
Mengamalkan senaman secara konsisten antara yang dipraktikkan oleh saya bagi memastikan badan kekal sihat dan bertenaga. Namun bagi sesetengah wanita mereka menganggap senaman memerlukan waktu yang sesuai dan lokasi khas atau tertutup.
Disebabkan tanggapan sebegini ramai yang menjadikan ia sebagai satu alasan. Sebenarnya senaman boleh dilakukan di mana-mana mengikut kesesuaian masing-masing. Macam saya senaman yang dilakukan bukanlah terlalu berat. Cukup sekadar ringkas tetapi dapat memberi kesan yang positif kepada tubuh.
Malah saya juga lebih senang untuk melakukan senaman dalam kumpulan yang besar kerana kita boleh berkongsi pendapat. Persekitaran yang ramai membuatkan saya lebih seronok dan boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan lain.
Sekurang-kurangnya cara sebegini boleh menghilangkan stres di tempat kerja. Lagi satu yang saya perhatikan, dengan persekitaran yang positif ini terutama apabila dikelilingi oleh kawan-kawan secara tidak langsung membuatkan saya senang hati dan seterusnya membina hormon-hormon positif dalam badan.
Selain itu, dalam menjaga kesihatan badan, saya tidak memilih untuk mengambil suplemen secara terus. Bagi saya mengamalkan pemakanan sihat seperti melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan antara yang diutamakan.
Ini lebih baik kerana saya dapat khasiat vitamin itu secara terus tanpa terlalu bergantung kepada sebarang ubat untuk menjaga kesihatan. Nasihat saya selain bersenam dan menjaga pemakanan, bersosial dengan rakan-rakan mampu membina karakter diri yang baik dan menjauhkan diri daripada sebarang tekanan yang memudahkan untuk diserang penyakit. - Nurul Akmal Mohd Wazai, Pengawai Penerangan Kementerian Kesihatan
PENGAKUAN 3 - Amal suplemen, aktif sukan
Saya mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan kesihatan tubuh berada pada tahap yang betul. Antaranya saya ambil suplemen. Bagi saya pengambilan suplemen sangat penting kerana faktor persekitaran dan pemakanan pada hari ini memerlukan kita mempunyai antibodi yang lebih kuat.
Suplemen mempunyai pelbagai jenis khasiat sumber alam yang boleh membantu memberi kesan positif kepada masalah dalam tubuh. Untuk mengetahui sama ada suplemen itu sesuai atau tidak dengan tubuh, kita perlu ambil tahu dan mengkaji tentang bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu produk.
Ia sangat penting untuk seseorang itu mengenal pasti akan kesesuaian sesuatu produk pada diri sendiri. Fokus perlu diberikan kepada suplemen yang merujuk kepada permasalahan yang kita alami.
Sebagai seorang wanita, saya ada cara sendiri untuk menjaga kesihatan. Saya amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan aktif bersukan. Pengambilan suplemen adalah salah satu langkah untuk memberi kesan lebih baik terhadap kesihatan.
Saya ada pantang mengambil beberapa jenis makanan mengikut nasihat pakar pemakanan. Misalnya saya elak makan ayam biasa sebaliknya ambil ayam organik atau ayam kampung. Saya juga elak makanan berlemak. Saya ambil makanan separa masak untuk elak asid furik.
Selain itu, wanita juga digalakkan mengambil tahu informasi mengenai penyakit. Dapatkan tip penjagaan kesihatan sebagai rujukan. Pelbagai sumber boleh dijadikan rujukan misalnya buku, akhbar, majalah dan laman sesawang. - Azura Baharudin, Pengasas B’Zura Skincare
Elak kalori meningkat
Kalau tidak bersenam, tubuh akan mudah menjadi gemuk. Rutin pemakanan di tanah air kita adalah antara tiga hingga enam kali sehari iaitu sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan makan tengah malam.
Setiap kali kita makan, kita akan menambah kalori dalam tubuh. Tanpa bersenam, kalori dalam badan akan semakin meningkat tetapi tidak disingkirkan. Maka seseorang itu akan mudah didekati penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, hipertension dan kolesterol tinggi dalam darah.
Pengalaman selama 11 tahun dalam bidang ini, memang ramai klien saya yang agak sukar disiplin untuk bersenam. Pengurusan masa sangat penting dan perlu diuruskan dengan bijak. Jika kita boleh luangkan masa untuk melihat Facebook, Instagram, namun kenapa kita tidak boleh luangkan masa untuk bersenam padahal itu untuk kesihatan diri sendiri?
Kita selalu sedar pentingnya bersenam apabila sudah disahkan berpenyakit. Ketika itu sudah agak terlewat sebenarnya. Ada klien saya yang masih muda namun sudah menghidap penyakit darah tinggi. Jika dia rajin bersenam, mungkin risiko penyakit itu boleh dikurangkan.
Untuk bersenam, seseorang itu tidak perlu pergi ke gimnasium pun lebih-lebih lagi bagi anda yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Namun jika anda ingin membuat senaman yang agak rumit, maka anda perlukan seorang jurulatih kecergasan untuk memberi tunjuk ajar bagi mengelakkan sebarang kecederaan.
Selain itu, jika anda suka senaman secara berkumpulan, boleh pergi ke kelas senamrobik atau zumba. Maka rutin dan sesi senaman anda menjadi lebih menyeronokkan. Boleh juga tonton Youtube untuk dapatkan teknik senaman yang bersesuaian dengan kehidupan anda di rumah. Sambil dukung bayi pun anda masih boleh bersenam.
Kesihatan
Orang yang selalu bersenam lazimnya lebih sihat, terasa muda dan kulit lebih cantik. Ada kala tidak perlu pun ambil suplemen kerana tubuh kita boleh hasilkan kalsium dengan sendirinya.
Kajian di Jepun menunjukkan bahawa pada hari ini seseorang itu perlu bersenam 30 minit sehari atau sekurang-kurangnya lima kali seminggu. Berjalan kaki atau berbasikal juga sudah dikira bersenam namun perlu ada gerakan pada anggota tubuh.
Ini kerana pembakaran lemak hanya berlaku pada minit ke-20 seseorang itu bersenam. Sebab itulah kita perlu bersenam hingga 30 minit untuk membakar kalori dan lemak. Lebih baik bersenam pada waktu pagi. Namun jika sibuk pada waktu pagi, bersenamlah pada waktu petang sebelum jam 10 malam.
Ubah hidup
Senaman boleh mengubah hidup kita dengan mencegah penyakit. Hal ini sekali gus boleh menjimatkan wang. Bersenam tidak perlukan wang pun. Namun untuk berubat, perlukan wang. Jadi senaman boleh membantu mengelakkan kita membayar kos perubatan.
Bagi saya, orang malas bersenam sangat rugi. Orang yang rajin bersenam boleh jadi cantik, sihat dan fit. Tanya pada diri sendiri. Siapa mahu menjaga diri kita jika bukan diri kita sendiri? Kena rajin bersenam untuk elakkan penyakit datang pada kita dengan izin ALLAH. - Jurulatih Kecergasan, Adasandha Anuar
Gaya hidup sihat, kesihatan terjaga
Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) tahun 2006 mendapati bahawa amalan gaya hidup masyarakat di negara ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik dan berbahaya seperti jantung, kencing manis, angin ahmar, kanser, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru-paru dan penyakit tulang.
Kajian mendapati seramai 8.7 juta (7.8 peratus) daripada masyarakat kita tidak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak menjalankan aktiviti fizikal yang sepatutnya.
Selain itu, ciri gaya hidup yang lain seperti merokok, minum arak, kegemukan, kurang tidur dan kurang pengetahuan tentang cara menangani stres juga mendatangkan risiko kesihatan. Jika diteliti hasil kajian ini menunjukkan bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti fizikal tidak dititik beratkan dalam gaya hidup masyarakat Malaysia.
Pengambilan makanan mestilah seimbang dan mengelakkan diri dari mengambil kafein, gula halus dan makanan yang rendah nilai pemakanannya seperti makanan ringan. Makanan seperti oatmeal boleh meningkatkan serotonin iaitu sejenis neurotransmiter dalam otak. Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti oatmeal juga boleh membantu menstabilkan tahap gula dalam darah.
Aktiviti fizikal seperti senaman (sekurang-kurangnya 30 minit sehari 3 kali seminggu) membantu meregangkan otot dan mengurangkan stres. Senaman juga boleh melancarkan peredaran oksigen dalam darah serta menyegarkan badan.
Bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum, pendekatan yang boleh diambil ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat dan menjalani ujian saringan kesihatan secara berkala (sekurang-kurangnya sekali setahun) di mana-mana klinik atau hospital kerajaan mahu pun swasta.
Bahagian pendidikan Kementerian Kesihatan memperkenalkan pendidikan kesihatan dalam komuniti iaitu ‘Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku’ atau COMBI (singkatan bagi “Communication for Behavioural Impact”).
COMBI bertujuan mewujudkan mobilisasi sosial dengan menggunakan pelbagai saluran dan kaedah komunikasi untuk perubahan tingkah laku yang positif. COMBI ini diperluaskan kepada amalan cara hidup sihat yang merangkumi lima mesej utama iaitu aktifkan diri, makan ala kadar, minda sihat, kunci kebahagiaan, tak nak merokok dan sihat tanpa alkohol bagi membendung peningkatan penyakit gaya hidup tidak sihat dan penyakit tidak berjangkit (NCD).
Bagaimanapun harus diingat, peningkatan penyakit berbahaya ini tidak hanya untuk golongan wanita, tetapi lelaki juga turut berisiko tinggi jika tidak menitikberatkan aspek kesihatan. - Dr Razana Zakaria
Pakar Perubatan Keluarga (www.klinikrazana.com.my)
Bina kehidupan harmoni
Perempuan merupakan antara golongan yang lebih cenderung kepada penyakit-penyakit berisiko tinggi. Hal ini kerana, tubuh perempuan mengalami perubahan yang besar dalam melalui peringkat remaja, dewasa sehingga menjadi seorang ibu dan akhirnya ke usia emas.
Keperluan dan kehendak fisiologi perempuan melebihi daripada golongan lelaki membuatkan fizikal dan mental mereka lebih terdedah kepada penyakit-penyakit moden. Keperluan pemakanan mereka pada setiap peringkat kehidupan ini juga amat berbeza. Perubahan fisiologi dan biologi yang dialami sering dikaitkan sebagai faktor yang mendedahkan perempuan kepada ancaman kesihatan.
Perkara ini boleh dilihat daripada pertambahan jumlah perempuan yang mengalami osteoporosis, obesiti, diabetes, penyakit jantung dan kanser. Kerisauan memikirkan ancaman kesihatan ini akan memberikan kesan kepada emosi dan fizikal perempuan. Apabila emosi mereka terganggu, mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tanggungjawab kepada keluarga serta kerja.
Selain waktu tidur yang terganggu, mereka juga mungkin hilang selera makan. Secara tidak langsung, fizikal mereka juga akan mengalami perubahan seperti penurunan berat badan yang mendadak.
Golongan perempuan berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan di peringkat berlainan sepanjang umur mereka. Kebanyakannya terlalu bimbang terhadap serangan penyakit barah, khususnya barah payudara dan pangkal rahim. Seiring dengan kebimbangan itu, ramai yang semakin prihatin terhadap langkah atau mengambil usaha untuk mencegah penyakit tersebut.
Bagaimanapun, perempuan juga harus sedar, selain penyakit barah, masih banyak lagi penyakit lain yang menjadi punca kematian tinggi dalam kalangan perempuan dalam lingkungan usia 20 hingga 60 tahun di Malaysia. Tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang, diabetes dan sakit jantung juga adalah antara pembunuh kepada golongan perempuan. Walau apa pun jenis penyakit, prinsip paling penting yang perlu diketahui bagi mengelakkan penyakit berisiko itu adalah melalui kaedah cegah sebelum parah dan kawal apabila kena.
Terdapat penyakit tertentu menyerang perempuan disebabkan keturunan dan malangnya, ini tidak dapat dielakkan. Tetapi, apa yang boleh perempuan usahakan adalah menangguhkan kehadiran penyakit itu. Bagi mencegah sebelum parah, langkah pencegahan utama seperti membabitkan diri dengan aktiviti kesihatan seperti beriadah dan bersenam.
Di samping itu, penjagaan pemakanan harus diberi perhatian. Turut perlu diberi tumpuan berkaitan cara mengawal stres dengan menjauhkan diri daripada tekanan harian. - Noorihayati Noorudin
K.B,P.A
Pegawai Psikologi Kanan
Bahagian Kaunseling UPM